Snorkelling Pulau Renggis & Romantic Dinner Berjaya Tioman Resort

2:41 am



#eyratravel lagi! Kali ini berpeluang mengikuti CSR Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016 bersama Berjaya Tioman Resort. Selepas dua minggu teaser demi teaser sampai pergi event pun semua tanya nak kemana sebenarnya, semua terpaksa dirahsiakan hingga lah hari kejadian tu. haha! Sorry gais, mana boleh kasi tahu awal tak surprise la kan.



Sehari sebelum ke TICD 2016, saya dan rakan bloggers lain check-in di Berjaya Hotel Times Square, Kuala Lumpur terlebih dahulu. Wah bermalam di sana memang best lah dapat King Size bed tu cukup rehat sangat la bermalam sehari sebelum bertolak ke pulau. Kami tido sana sebab pagi jam 4 pagi dah kena bangun ready nak ke sana dah. Kami bertolak jam 5 pagi menaiki bas, ke Jeti Tg Gemok dan tiba kira-kira 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan smooth dan selamat tiba. Ke Pulau Tioman kita!





Menaiki ferry selama 2 jam ke Jeti Kg Tekek, Pulau Tioman. Takde mabuk laut terus! Setibanya di sana, kami dijemput dengan bas dan terus check in di Berjaya Tioman Resort dan disambut dengan meriah! Siap ada persembahan silat apa bagai dari pelajar SMK Kg Tekek. Rasa macam disambut besar-besaran. Macam sambut pengantin baru dah. Eh? Saya dapat bilik Deluxe Chalet Sea View untuk 3 hari 2 malam di Berjaya Tioman Resort ni.





Welcome speech by Mr Sonny, General Manager Berjaya Tioman Resort pun cukup simple dan padat. Terus kami di bawa untuk menikmati lunch pula di Restoran Sri Nelayan yang terletak di dalam Berjaya Tioman Resort ni. Pelbagai makanan dihidangkan dan memang sedap betul la. My fav is Chicken Manchurian dan Beef Fillet with Black Pepper Sauce. Aduh, sedap betul sampai teringat la. Tu belum Mee Hailam lagi nya haha! Ok, naik lah berat badan. Lepas tu menyesal makan banyak haaaa tahu kenapa?




Kena bawak basikal keliling resort hah! Oh ya, bike rental service disini hanya RM5.00 sahaja untuk satu jam! Terdapat 20 buah basikal, dan guest kat sini boleh lah berbasikal untuk ke pantai, atau padang golf, atau aktiviti lain yang ada. Kami dibawa menaiki basikal mengelilingi Berjaya Tioman Resort ni untuk melihat jenis-jenis chalet yang disediakan. Terdapat kira-kira 268 buah bilik dan suite di hotel 4 bintang ini, yang lengkap dengan fasiliti seperti penghawa dingin, TV, IDD Telephone, Peti Keselamatan, Iron, dan lain-lain lagi.

Terdapat enam jenis bilik yang disediakan iaitu:

Standard Chalet
Standard Quad Chalet
Superior Chalet
Deluxe Chalet
Deluxe Triple Chalet
Junior Suite

Kalau tanya harga, harga akan berbeza mengikut season low peak atau high peak, jenis package dan juga berbeza untuk setiap jenis bilik. Semua senarai harga boleh terus ke www.berjayahotel.com. Boleh la pilih nak bilik sahaja, atau sekali pakej snorkelling ke, atau apa pun lah. Kalau nak jimat, dan percutian yang lengkap elok lah ambil full package terus. Senang sikit kan? Nanti saya ceritakan lebih lanjut tentang Berjaya Tioman Resort ni.





Selepas tu kami terus berbasikal ke Dive Centre dan mulakan aktiviti seperti main golf, snorkelling, diving, kayak dan menaiki boat glass bottom. Saya cuma sempat untuk try golf dan snorkelling sahaja. Seronok dapat belajar macam mana nak chipping dan putting di atas padang golf! Kalau nak tahu, untuk learn basic chipping and putting cuma RM25.00 sahaja untuk course selama 30 minit. Memang abang tu ajar betul macam mana nak pegang batang golf, macam mana nak pukul bola golf dan kedudukan badan, apa semua lah dia ajar.





Kemudian kami di bawa untuk snorkelling pula di Pulau Renggis yang SubhanaAllah cantik betul! Pernah saya snorkelling banyak tempat pun tak sangka corals sangat cantik di kawasan sekeliling Pulau Rengis ni. Tapi sebab kekangan masa, tak sempat untuk snorkelling lebih lama. Jujur, saya kecewa. Selalunya snorkelling sampai half day kot baru puas! Huwaaaaaaa~

Hah cuba tengok video dari K Network Media kat bawah ni. Cantik tak corals di Pulau Renggis ni? Fuhhhh.... 



Untuk Snorkelling di Pulau Renggis ini kalau tak ambil pakej bersama tempat penginapan, cas RM40.00 untuk dewasa, dan RM20.00 untuk kanak-kanak; termasuk life jacket, shuttle boat, snorkelling gear semua. Ada juga pakej lain seperti:

Round Island 
RM150.00 dewasa
RM95.00 kanak-kanak

3 points - Coral Island Snorkelling
RM90.00 dewasa
RM55.00 kanak-kanak

Mukut Waterfall & Snorkelling
RM120.00 dewasa
RM70.00 kanak-kanak



Balik tu berbasikal, dan layan sunset pulak kan tepi pantai. SubhanaAllah MasyaAllah terucap lagi bila tengok sunset keluar. Gila cantik! Bila tunggu sampai lama sikit, boleh tengok ada reflection kat atas pasir pantai dan air laut. Macam cermin! Ahhhh cantiknya lah sunset kat sini.


Pada sebelah malamnya pula kami terus dinner ke Restoran Sri Nelayan. Malam tu jugak pemenang like terbanyak di Instagram diumumkan dan haruslahhhhhh Neyra Shazeyra yang menang sebab orang lain tak upload apa-apa lagi, dia je gigih upload berpuluh gambar. Haha! Terus di bawa oleh Mr Sonny untuk ke Restoran Matahari, dan di hadiahkan dinner special malam tu di tepi pantai. Romantic dinner at the beach katanya. Haha! Untuk set Romantic Dinner ni, bernilai RM350.00 seorang. So kalau dinner romantic berdua, RM700.00 lah total. WOW sangat! Pakej ini termasuk sebotol red wine atau white wine tapi untuk Muslim, dia akan bagi choices air lain lah macam Fruit Punch ke and maybe harga less sikit lah ssebab takde wine kan. Tapi makanan memang semua sedap!




Starter
Mini Mushroom Quiche
Devil Eggs with Paprika & Parsley
Avocado & Prawn Ceviche’


Appertizer
Marinated South China Sea King Prawn, Bouquet of Salad, 
Mango Salsa, Ginger Sesame Aioli and Pimiento Reduction


Soup
Double Boiled Chicken Consomme, 
Vegetables Brunoise and Chicken Dumpling


Chef Specialties Main Courses
Fish En Pappillote’
Slow cooked Indonesian Black Bass in Parchment paper and rolled it with Silver Foil served with Vichy Carrot, Jlienne Leek, Slice Red Onion, Young Ginger, Fragrant Lemon Grass 
and Oven Baked Potato Parsley, served with Normandy Sauce



The Sweet Ending
The Duo
Strawberry Chocolate Bon-Bon Mousse
 and White Chocolate Trifle




Balik dari dinner tu, masuk bilik je terus terkejut tengok bilik kemas, siap ada bunga-bunga bertaburan di atas katil dan cookies. Aduh, kalau ada susu panas ni mesti best! Terbaik betul hospitality service di Berjaya Tioman Resort ni. Terus lena sebab kepenatan malam tu!

So malas nak cakap banyak apa kata tengok je sedikit sebanyak video & gambar yang ada kat atas . Latest update boleh check Instagram @neyrashazeyra okayh guys?



You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook