Review: Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman

3:56 am


Berpeluang untuk ke Pulau Tioman baru-baru ini untuk menyertai Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD) 2016,  kami diberi penginapan di Berjaya Tioman Resort. Masa sebelum pergi siap google lah jugak hah apa ada. Teruja punya pasal nak ke resort bertaraf 4 bintang ni! Dengan keluasan 210 ekar, dan satu-satunya resort di Pulau Tioman yang mempunyai 18-holes international gold course dikelilingi hutan, memang sangat besar resort ni. 

Terletak di Kg Tekek, Pulau Tioman, untuk ke sini boleh melalui dua cara iaitu, dari Tg Gemuk, Pahang atau pun Mersing, Johor. Boleh download Self-Drive Guide untuk ke Pulau Tioman disini atau Google Map or Waze Map dengan GPS Coordinates : N2 39.524 E103 37.333. Kami bertolak dari Jeti Tg Gemuk, Pahang dan perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke pulau yang merupakan antara pulau tercantik di Malaysia ni. Kalau dari Berjaya Jetty Tg Gemuk, cuma ada sebuah ferry akan berlepas ke Pulau Tioman, jam 12 tengah hari manakala dari Pulau Tioman ke Berjaya Jetty Tg Gemuk pula pada jam 3 petang. Boleh hubungi public ferry operator untuk tahu jadual ferry, sebarang maklumat terkini dan tempahan tiket:

Bluewater Express 
Tel: +60 (7) 799 4811
Fax: +60 (7) 799 5696


Rates
Adult
Child
(02 - 11 years old)
Return
MYR75.00nett
MYR65.00nett
One-way
MYR40.00nett
MYR35.00nett

Jangan lupa untuk bayar fees Taman Laut RM5.00 dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak di Jeti okayh?

Terdapat kira-kira 268 bilik dan suite di Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman ini yang lengkap dengan fasiliti seperti penghawa dingin, TV, IDD Telephone, Peti Keselamatan, Iron, dan lain-lain lagi. Terdapat enam jenis bilik dan suite yang disediakan iaitu:



 Standard Chalet

Size of the Room: 33 sqm
Bed Type: Queen-sized bed or twin beds
Occupancy: 2



 Standard Quad Chalet

Size of the Room: 33 sqm
Bed Type: Single beds
Occupancy: 4



Superior Chalet

Size of the Room: 36 sqm
Bed Type: Queen-sized bed or twin beds
Occupancy: 2



Deluxe Chalet

Size of the Room: 40 sqm
Bed Type: Queen-sized bed or twin beds
Occupancy: 2



Deluxe Triple Chalet

Size of the Room: 40 sqm
Bed Type: Single beds
Occupancy: 3



Junior Suite 

Size of the Room: 42 sqm
Bed Type: King-sized beds or twin beds
Occupancy: 2

Semua harga bilik adalah berbeza mengikut low peak atau high peak season, view macam mana, dan sebagainya. Untuk tempahan bilik boleh terus ke website mereka: www.berjayahotel.com/tioman/. Eh tapi sekarang nak tutup dah due to monsoon. Dari 1 November 2016 hingga ke 28 Februari 2017. Jangan risau, mulai 1 Mac 2017 dah boleh stay sini semula. hehe...

Selain itu, terdapat 2 restoran, 2 bar dan 1 lounge di Berjaya Tioman Resort ni tau!

Sri Nelayan Restaurant
Matahari Restaurant
Beach Bar
Sunken Pool Bar
Fortune Courtyard

Yang bestnya kat Berjaya Tioman Resort ni banyak betul aktiviti boleh buat! Macam saya cerita di entri sebelum ni,





Ayura Spa


A photo posted by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on

Cycling


18-hole golf course




Jungle trekking

Dan juga aktiviti-aktiviti lain seperti: 

Round island tour
Marine Park
Waterbee
Snorkelling
Boat Charters
Glass-bottom boat
Fishing
Kayak
Sunset cruise
Island hopping

Gymnasium
Tennis
Table tennis
Beach volleyball
Swimming pool
Basketball
Recreation & games centre
Children's playground
Team-building facilities (Outdoor Challengers Park)
Diving (in-house PADI 5-star Gold Palm Resort dive centre)


Wah, banyak kan aktiviti yang boleh dilakukan disini? Selain itu yang datang nak buat kursus ke meeting ke Berjaya Tioman Resort juga menyediakan Shahzan Hall yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 400 orang dan mempunyai 6 meeting rooms. 


Jujur, kalau rasa nak chill, relax boleh ke Berjaya Tioman Resort ni. Part paling bestnya, Pulau Renggis terletak berhampiran dengan Berjaya Tioman Resort ni dan Pulau Renggis merupakan salah satu tempat untuk diving yang sangat popular! Corals memang sangat cantik terletak disekeliling Pulau Renggis ni. Maka, lokasi Berjaya Tioman Resort ni memang sangat terbaik! Sunset view juga boleh dilihat dengan clear nya dari Berjaya Tioman Resort ni. Lokasi yang strategik, dan cantik memang tak pelik lah ramai datang Pulau Tioman akan menginap di sini!

Berjaya Tioman Resort - Malaysia
P.O. Box 4, 86807 Mersing, Johor, Malaysia
 Tel : + 60 (9) 419 1000
Fax : + 60 (9) 419 1718
Email : [email protected]

Selamat bercuti!





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook