468x60

.

Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat sedap!

Saturday, October 29, 2016


Coklat cair masuk ke mulut, aduh siapa je tak gemar makan cokelat? Saya tak suka makanan manis, tapi kalau dapat coklat sekali sekala teruja jugak macam saka belaan dalam perut kelaparan haha! Tapi, pernah korang semua makan kerepek pisang bersalut coklat? Haaaaaaa mesti tak kan? Tak sangka kombinasi kerepek pisang rangup disalut pula dengan coklat yang sedap ni mambu memberi kebahagiaan kepada semua orang! Ini diaaa Banane Munch - kerepek pisang bersalut coklat yang rangup dan sedap dimakan!


Mula makan Banane Munch ni sejak March yang lalu, masa tu packaging lama lagi. Sekarang dah cantik dah packaging Banane Munch. Nampak tak betapa setianya saya bersama Banane Munch ni? Tak caya boleh baca entry ke Pulau Perhentian dulu, siap bawak Banane Munch ni pergi travel sebab size kotak yang mudah dibawa ke mana-mana. Pergi hiking naik ke kawasan kincir angin Pulau Perhentian pun bawak bersama Banane Munch sebagai kudapan untuk hilang kan penat, lapar dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di atas bukit. Fuh, layan gila makan Banane Munch sambil tengok view cantik kan? 


Sampai sekarang, lepak kedai mamak pun bawak Banane Munch! Hahahaha saya ni kerja macam robot, kesini kesana. Bekalan kudapan yang mampu beri tenaga, perlu sentiasa ada dalam bag saya. Nak tunggu kedai mamak siapkan order makanan punya lama, sempat ratah Banane Munch alas perut yang memang selalu kelaparan tu hah. Banane Munch ni kalau tak suka berlengas jari jemari boleh lah sejukkan dulu dalam peti ais. Makan pun rangup semacam kalau keras tu hah. Tapi saya suka makan masa Banane Munch ni coklatnya cair, sebab makan sampai menjilat jari gituhhh!


Sempat berkongsi kegembiraan bersama Raja Sheril Ameera semalam, dengan beri dia sekotak Banane Munch. Sesuai dengan tagline Banane Munch, Feel The "Happyness" In Each Bite, mestilah nak kena share perasaan bahagia makan kerepek pisang bersalut coklat yang sedap ni dengan Sheril! Alang-alang ada extra kat rumah kan, bagi lah dia hah sekotak. Gigih berjumpa semata-mata demi sekotak kebahagian. Gituh. Tak percaya boleh baca review Sheril lepas dia melantak sekotak Banane Munch semalam. haha!


Dengan mengandungi ramuan seperti, Coklat Susu (gula, lemak sayuran, serbuk whey, serbuk koko, susu tepung skim, pengemulsi lesitin soya dan vanilin) dan Kerepek Pisang (pisang dan garam)... Banane Munch ni memang patut dijadikan hidangan kudapan rasmi untuk backpacker tegar macam saya yang mudah kelaparan, manusia yang juga seorang robot superbusy bekerja macam saya yang perlukan Banane Munch sebagai kudapan sentiasa berada dalam bag, dan juga untuk student yang buat thesis kat kedai mamak pun bawak Banane Munch. eh? Haha. Sesuai juga dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Dengan harga RM7.90 sekotak, kalau korang berminat untuk beli boleh terus hubungi:

Banane Munch - 012 808 8804

dan jangan lupa like & follow:

Facebook - Banane Munch HQ
Instagram - Banane Munch









1 comments:

  1. Mommy Cici said...:

    dapnyaa. buat nguyah sambil buat keje pun syok ni. hehehe

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates