16 Going On 17! New Year Countdown Party di CITTA Mall

3:46 am


Alhamdulilah dah masuk tahun 2017 rupanya. Apa azam baru korang? Ke azam nak kurus bertahun-tahun yang sudah belum terlaksana? Aduh, sambung azam sama ke tahun 2017 lah nampaknya. Macam tahun lepas juga, tahun ni saya sambut tahun baru di CITTA Mall lagi. Sambutan tahun baru ni tak semestinya tengok persembahan konsert je tau! Di CITTA Mall, macam-macam ada!






Persembahan dari selebriti bermula jam 10 malam, maka selepas dinner tu jalan-jalan lah dulu dalam CITTA Mall. Wahhhh ada CITTA Challenge. CITTA Challenge ni macam ala-ala Running Man pulak rasanya. Kitorang kena pergi setiap point dan siapkan tugasan. Dah berjaya tugasan diberi baru staff tu bagi stamp kat card tu. Kena kumpul 6 stamp di permainan Flip & Win, Puzzle Block Game, Mad Birds, Shoot & Win, Snap & Win dan Treasure Pot. Menarik sangat semua cabaran yang disediakan. Dah lah ada masa yang ditetapkan. Kelam kabut juga nak setelkan. 




Di cabaran Flip & Win, kitorang kena cuba cari pasangan gambar yang sama dalam masa 1 minit. Fuh, kena ada memori yang sangat kuat untuk selesaikan tugasan ni. Nasib baik lah cuma ada 16 gambar yang perlu di flip kan dan saya berjaya! Untuk cabaran Mad Birds, patung angry birds diletakkan kat situ dan sebagai pihak yang baik, kena lah bunuh semua burung yang sedang marah tu. Punya senang tugasan ni, sekejap je saya setelkan ketiga-tiga ekor burung kat situ. 

Untuk Snap & Win pun senang! Cuma perlu bergambar dengan Trick Art CITTA Mall yang tersedia di situ, dan upload di FB page CITTA Mall. Fuh, kalau lah semua tugasan macam ni. Siapa je tak suka bergambar kan?





Shoot & Win ni pulak kena shoot the stars arleast dua orang. Dah lah bullet ada 4 je. Fuh mencabar jugak kalau salah target. menjerit-jerit saya dapat tembak Baki Zainal hah. Bukan senang okayh nak complete kan task untuk CITTA Challenge ni hah. Nak menang handphone!!!



Ini yang paling seronok! Treasure pot ni mula-mula kena pilih nama selebriti. lepas tu kena cari nama diorang dalam ni. Punya riang gembira terjun masuk dalam tu. Rupanya kena cari huruf kat bola tu dan susun kat luar. Fuh, nasib baik dapat nama BAKI je. senang hidup. Si Syafiera kelam kabut cari nama SHAWN LEE. hahahaha! Dah setel semua cabaran, terus ke bahagian Spin & Win. Rezeki cuma dapat tumbler. Boleh la nak... bebudak kecik ramai betul menang handphone. Bertuah betul!


Dalam pukul 9 lebih tu terus heret Shafiq ke pentas utama. Wow! masa ni Baki Zainal, pengacara majlis malam tu tengah lempar handphone je. Bertuahnya siapa yang dapat handphone tu. Tak sanggup nak berebut dengan orang ramai. Pengunjung pun dari petang sikit-sikit mula datang memeriahkan sambutan tahun baru di CITTA Mall ni. Memang Terbaik Baki Zainal jadi pengacara malam tu. Dengan kebolehan dia berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin memang seronok lah semua orang. Dia pulak jenis pandai hype up kan lagi majlis.





Dari Tanisha, Alvin Lee, Shawn Lee, Rejuvenate Dance Crew, An Honest Mistake hinggalah ke Dina Nadzir, memang happening malam tu! Semua orang menari bersama, dan menyanyi bersama. Diselang seli dengan selingan kuiz dan giveaway barang-barang yang memang best, semua pengunjung pun participate sama. Di perkarangan pentas utama ada persembahan api dan juga dimeriahkan lagi dengan badut-badut yang membuat persembahan. Jom tengok beberapa persembahan hebat yang sempat saya rakam kan kat bawah ni:



A video posted by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on

Dengan persembahan tarian, menyanyi dan juga pelbagai lagi persembahan menarik memang semua terihibur malam tu. Tengah panas berpeluh sesak orang ramai pun peduli apa. Sakan kami berhibur malam tu dengan kawan-kawan.

Of course, semua orang menanti detik jam 12 malam. Semua orang tak sabar nak tunggu masuk tahun baru kan? Malam tu sambutan tahun baru 16 Goin On 17! di CITTA Mall diakhiri dengan pertunjukkan bunga api yang sangat cantik! 




Alhamdulillah, akhirnya masuk ke tahun baru. Semoga segala azam dan impian tercapai hendaknya. Semua dah ready ke nak menempuh tahun baru ni?




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook