Jom Ketawa: Laugh Die You di Resorts World Genting Febuari ini!

2:49 am


Siapa suka tengok standup comedy mesti tak sabar tunggu Laugh Die You tahun ni! Laugh Die You tahun mesti seronok gila macam tahun-tahun lepas. Tahun lepas punya pun tak tahan nak gelak guling-guling dengar lawak selamba diorang. Tahun ni, Resorts World Genting berkolaborasi dengan Popcorn Studios Sdn Bhd untuk Laugh Die You pada 17 february 2017 ni di GEnting International Showroom. 


Press conference baru ni kat Red Box Karaoke The Gardens, meriah dengan lawak jenaka . Aduhai, press conference pun nak buat lawak macam apa, malam Laugh Die You nanti entah macam mana kan. Pelawak-pelawak seperti Kuah Jenhan, Mark Lee, dan Jonathan Antherthon akan menghilangkan stress korang malam 11 Febuari nanti di Laugh Die You. Fuh, Mark Lee kot memang lawak nak mampos dia ni!

 


Ketiga-tiga pelawak ini akan menghiburkan tetamu dengan pelbagai jenis komedi yang hubungkait dengan Malaysia dan Singapore. Ye la diorang pun datang dari Malaysia dan Singapore mesti best kan dengar lawak bersahaja gitu dari diorang. Laugh Die You ni bawak maksud Laugh Till You Die, atau ketawa sampai mati dari satu frasa Kantonis yang sangat popular..... eh eh jangan mati pulak, ketawa takpe. Nanti 150 minit show Laugh Die You ni ketawalah guling-guling atas lantai pun takdehal!

 


Kuah Jenhan antara pelawak komedi yang terkenal di Malaysia, dan selalu perform di Malaysia, Simgapore, Australia dan Hong Kong termasuklah persembahan solo di Melbourne International Comedy Festival pada tahun 2015. Tahun 2016 pulak Kuah Jenhan pernah dicalonkan untuk Perth Fringe Comedy Award untuk wataknya dalam Like This Like Dad. 

Mark Lee pulak pernah debut dalam komedi seram, The Ghosts Must Be Crazy dan terkenal dengan watak bersahaja depan kamera. Mark lee juga pernah pegang peranan sebagai Lee Tok Kong di dalam rancangan bersiri Police & Thief di Channel 5, Singapore Media Corp dan juga terkenal dengan filem Money No Enough dan Liang Po Po. Mar Lee juga pernah dianugerahkan All Time Favourite Artiste award di Star Award 2010 bersama rakan seperjuangan, Christopher Lee. 


Jonathan Atherthon pula kini tinggal di Singapore dan pendatang baru dalam industri komedi ni, dan selalu buat persembahan di The Riverbank Club, Singapore. Tapi Atherthon ada banyak juga buat persembahan komedi di Australia dan New Zealand dan jugak bandar-bandar popular seperti London, Kuala Lumpur, dan Bangkok. Special appearance, ada Michael Leaner juga malam Laugh Die You nanti! Leaner ni penulis lirik dan penyanyi dari Kuala Lumpur yang pernah buat persembahan bersama Amber Chia, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah dan Vince Chong. Tapi dia femes sebab dia lead vocalist untuk band rock alternatif, The Marquee. 

Tiket Laugh Die You berharga RM308 (VIP), RM258 (PS1) dan RM158 (PS2). Diskaun 10% untuk FIT member, dan diskaun 15% untuk GRC member sepanjang promosi early bird sehingga 15 Januari 2017. Tiket boleh beli di www.rwgenting.com. Jom ketawa sakan sama-sama di Laugh Die You! Jumpa kat sana!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S