Gondola Kaca Awana Skyway Tarikan Terbaru di Genting Highlands

8:23 pm




#eyratravel minggu lalu sempat ke Genting Highlands untuk weekend short getaway katanya bersama kawan-kawan. Kali ni teruja sikit sebab nak try Kereta Kabel atau Gondola berlantaikan kaca/glass di Awana Skyway tu. Dari bulan 8 lagi tunggu punya lah tak sabar konon nak sambut birthday naik gondola tapi tak bukak lagi masa tu. Dah bukak ni terus teruja nak cuba. Gayat? Ala... kalau kat boleh naik basikal zipline atas cable di Cebu, apalah sangat naik gondola berlantai kaca macam ni ye dak?

 

Tiket menaiki glass floor gondola ini RM50 seorang untuk one way, dan untuk standard gondola cuma RM8 one way seorang. Dari Awana Station, gondola ni akan bawak kita terus ke SkyAvenue Station, iaitu station terbaru di puncak Genting Highlands. Perjalanan cuma 10 minit sahaja untuk travel sepanjang 2.8km dan mendaki ketinggian 620 meter tu. Laju kan? Tapi sempat je untuk kroang menikmati pemandangan indah atas tu. Lagi mudah untuk ke Genting Highlands lepas ni tak perlu nak mabuk drive jalan pusing-pusing ke apa. Kalau ada bawak luggage, konsep dia macam naik flight. Boleh bawak cabin size je ye. Kalau oversize baggage boleh bayar cas RM20 tambahan.

 
 

Dari atas, masa naik gondola tu nanti nampak pemandangan hijau bukit bukau dan hutan berusia 130 juta tahun di sekeliling Genting Highlands ni, lepas tu nampak Chin Swee Temple dan juga taman tema 20th Century Fox Malaysia. Tapi taman tema masih belum siap sepenuhnya, kalau dah siap nanti mesti lagi cantik kan? Lagi best kalau tetibe lah phone habis battery masa nak ambil gambar tu jangan risau gondola ni siap ada USB port untuk charge gadget korang! Ala...tapi get ready je la phone penuh bateri. Bazir masa nak cas bateri masa tu haha!

Untuk mengelakkan membuang masa, Awana Skyway punya speed ni 6 meter per second tau dia bergerak, dan mampu menampung dan membawa sejumlah 3,000 penumpang dalam masa satu jam! Ada 99 buah gondola biasa, dan 10 gondola berlantaikan kaca yang mampu membawa 10 dan 6 penumpang dalam satu masa. 

 
 

Gondola buatan Perancis ini sekarang terletak di ketinggian 2.1 meter, kalau nak dibandingkan sebelum ni 1.6 meter je ketinggian kereta kabel yang lama tu. Sekarang pun lagi mudah untuk penumpang keluar masuk gondola. Lagi best, dalam gondola tu ada tingkap tau. Boleh bukak tingkap bahagian atas tu untuk bagi angin sejuk Genting Highlands masuk dalam gondola. Best kan?

Nak lagi best tengok lah video-video ni semua. Jangan jeles pulak tau!




Dibuka setiap hari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam, saya suggest the best time untuk naik adalah awal pagi around 7 atau 8 pagi masa matahari baru nak naik dan kabus mula berarak lalu... cewah... atau ketika petang, matahari baru nak terbenam so kabus tu datang semula. kalau naik tengah hari panas terik tu... sejuk lah jugak tapi clear je la view. Haha! Pepandai korang la nak naik bila pun. Rancang perjalanan sebaiknya. Kat atas tu ada SkyAvenue Mall baru bukak pulak! pun best weyhhhh!

 


Selamat travel ke Genting Highlands! Maklumat lanjut tentang gondola atau kereta kabel Awana SkyWay boleh ke : http://www.rwgenting.com/getting-here/awana-skyway/




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook