Resepi Chocolate Chips Cookies

7:19 pm


Sepanjang hari semalam saya sibuk baking cookies di rumah makcik saya di Seremban. Tiba-tiba balik Seremban sampai pakwe tanya "buang tebiat apa tetibe nak balik Seremban?". Hah rindu nak baking! Kat rumah sewa mana ada alat semua nak baking. Pernah baking roti sebelum ni cuma share resepi di Instagram @neyrashazeyra sahaja. Dalam blog ni last tulis resepi pun masa tulis resepi Fettucine Creamy Carbonara haha! Oleh sebab ramai sangat mintak resepi Chocolate Chips Cookies yang saya duk tak henti upload di Facebook dan Instagram semalam, saya share lah jugak dalam blog ni.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1 cawan butter

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula halus

2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
2 cawan oat (blend)
kepingan badam
chocolate chips
chocolate rice
kuaci


 

Mula-mula masukkan je butter dan gula perang terlebih dahulu lepas tu kacau bersama. Dah sebati tu, masukkan pulak teluer 2 biji, dan kacau lagi hingga sebati. Masukkan pulak gula halus, lepas tu tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder. Ala resepi campak-campak ke ni? Haha! Hah last tu masukkan lah chocolate chips, oat, kepingan badam, kuaci, chocolate rice semua. Senang gaul semuanya sekaligus. Saya guna tangan je. Bukan takde mixer tapi macam ni lebih best feeling dia. Kalau ada mixer tu korang campak je la together and mix everything kan kan. Guna tangan lebih kasih sayang katanya. 



Nak lagi best feeling tu korang gaul pulak dengan tangan sampailah doh jadi macam ni. make sure semuanya sebati dan perfectly tak terlalu keras, atau lembik. Hah gituhh. Senang je kan? 10 minit pun tak sampai lah nak gaul semua benda. Ni pakai tangan ni. kalau pakai mixer lagi cepat gamaknya hah. Kalau taknak letak kekacang, lebihkan chocolate chips. Nanti ras atepung je tak sedap jugak. Takde oat? tak suka oat? Letak nestum pun boleh la.



Dah siap doh tu, sapu dulu tray dengan butter. So nanti cookies tak melekat pulak kat tray. Susun kan atau bentukkan elok-elok atas tray. Jangan terlalu rapat nanti melekat each other. Bentukkan kecik je sebab nanti cookies ni mengembang sebab ada baking powder dan soda bikarbonat kan?


Panaskan oven, dan bakar cookies tadi dengan suhu 160'c (bergantung kepada jenis oven korang lah) dalam masa 20 minit. Lepas tu siap! Boleh terus makan.Tapi bila dah sejuk baru crunchy lah gitu. Hah mudah kan? 


Nak memudahkan lagi korang ni hah video untuk korang lihat step by step. Selamat mencuba! kalau tak sedap tu atau tak jadi tu maknanya korang takde bakat baking lagi. Boleh tempah cookies dengan saya je lah raya nanti. Haha!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook