Motorino: Pizza Itali Neopolitan Terbaik Di New York Kini Di Sky Avenue Genting Highlands

10:22 pm



Salah satu tarikan terbaru di Resort World Genting ialah jalan-jalan cari makan dalam Sky Avenue Mall. Sesuai sangat untuk kaki makan macam saya kan? Semua tingkat Sky Avenue Mall ni memang banyak kedai makan je tapi tak best lah kalau restoran yang selalu kita makan dha kan? So untuk kelainan, Resort World Genting bawa masuk jenama-jenama francais yang dimiliki mereka, datang dari luar negara. salah satunya ialah Pizza Motorino!


 

Piza Motorino yang terletak di Brooklyn, dan East Village, New York ni memang terkenal dan akhbar New York Times pun puji Piza Motorino ni sebagai restoran pizza Itali Neopolitan terbaik di New York! Dimiliki dan dikendalikan oleh lelaki kelahiran Belgium- Itali, Chef Mathieu Palombino apa yang uniknya piza kat sini ialah piza gaya Neopolitan yang dimasak dalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali. Motorino ada beberapa cawangan di New York, dua di Hong Kong dan Manila, satu di Singapura, dan di Sky Avenue ini cawangan pertama di Malaysia. Wahhhh specialnya nak makan piza Itali Neopolitan kena naik tinggi ke Genting Highlands dulu kan?

Motorino di Sky Avenue memang besar kedainya! Seluas 4,000 kaki persegi dengan bahagian depan ada tingkap gaya Itali berbingkai emas, rasa macam kedunia lain dah. Kalau kat Hong Kong dan Singapura, cawangan diorang kecik dan terhad sikit tau! Tapi cawangan Malaysia ni yang terbesar setakat ini. Masih kekal reka bentuk asal cawangan di Amerika, sampaikan tempat duduk pun lengkap kerusi besi tahun 1920-an dengan warna merah gitu.

 




Paling menarik perhatian saya mestilah ketuhar piza yang datang terus dari Naples, Itali. Sampaikan penyodok piza pun ditempah khas yang diperbuat dari sekeping kayu. Bestnya, sebab open view dapur buat piza ni, pelanggan Motorino boleh tengok sendiri proses buat piza terkenal Motorino dengan suasana sejuk. Feeling macam kat Itali boleh, kat New York pun boleh la. Dah la suasana restoran ni dengan cahaya lampu ala-ala gaya era 60-an dengan bola lampu Pantone, memang macam kat sana lah cerita dia.

 
 
 

Sebelum mula makan piza, kami makan antipasto dulu, macam pembuka selera la. Memang kalau orang Itali, makan antipasto iaitu pembuka selera Itali yang dimasak atau dimakan mentah campuran bilis, buah zaiton, sardin, jeruk, dan sayur-sayuran sebelum makan piza. Terasa kualiti antipasto yang dihasilkan memang fresh dan sedap! Untuk antipasto saya makan bebola daging ayam Motorino, yang dimasak dengan sos tomato dan ditambah keju pecorino dan daun selasih. Gabungan masakan New York dan Itali katanya. Saya juga sempat rasa kepak ayam Motorino yang ummmppph memang sedap! Ada rasa lemon, pudina, dan ditabur serbuk cili. Lain bebenor kepak ayam Itali ni hah.

 

 
 

Ada 9 pilihan pizza di Motorino, dan lebih 20 pilihan topping piza yang boleh ditambah kepada piza yang sedia ada. Pilihan topping piza ni termasuklah kobis Brussel, dua jenis ikan bilis, arugula segar, keju kerbau mozarella, dan keju fior de latte dan bahan-bahan lain macam ayam belanda, pepperoni, dan clam? Tapi kalau taknak tambah topping pun takpe. 9 jenis pilihan piza yang sedia ada ialah Magherita, Pepperoni, Marinara, Amatriciana, Meatball, Del Popolo, Arugula & Bresaola, Cherry Stone Clam dan Heirloom Tomato Pizza. Harga semuanya bermula dari RM45 hingga RM67. Hey dessert pun ada ok! Boleh order kek tiramisu, kek coklat atau gelato ice-cream!

 

Motorino terletak di Aras 1, Sky Avenue dan beroperasi jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Ahad hingga Khamis) dan 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (Jumaat, Sabtu, Cuti Umum). Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-61011118 atau ke www.rwgenting.com.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook