Cabaran Kurus 15 Hari BodyDream Coco Slimming

7:11 pm



Pulang dari sekolah hari Rabu lepas, berlari terus ke Wolo Bukit Bintang untuk event BodyDream Coco-S. Dah lama saya consume BodyDream ni sebenarnya adalah dalam 4 atau 5 kotak dah. Sebab tu bila BodyDream call bagitahu ada Cabaran Kurus 15 Hari Bersama BodyDream Coco-S dengan blogger-blogger lain, terus rasa semangat! 

Sebelum ni berat saya 80KG, turun ke 68KG, dan naik sikit lately sebab aktif food review semula. Haha! Sekarang saya mula dengan berat 73.5KG untuk Cabaran Kurus 15 Hari BodyDream Coco-S! Apa yang saya suka dengan BodyDream Coco-S ni, bukan je sebab rasa chocolate yang sangat sedap tapi BodyDream 100% semulajadi membantu untuk menurunkan berat badan, mengurangkan lemak, melansingkan tubuh badan S-Shape, menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan selulit, mengawal selera makan dan paling penting sentiasa kenyang dan bertenaga.



 

Seramai kira-kira 20 blogger menyertai Cabaran Kurus 15 Hari BodyDream Coco Slimming Drink ini. Dan selama 15 hari ini, blogger-blogger ni semua akan diberi konsultansi dan monitoring sehingga KURUS! Selama saya consume BodyDream pun memang pihak BodyDream selalu whatsapp dan bagi tips-tips dan pantau progress Misi Kurus saya. Memang terbaik!

 

BodyDream Coco Slimming Drink mengandungi Swiss Coco untuk meningkatkan metabolisma, membantu kehilangan berat badan, melambatkan proses penuaan, dan menguatkan lagi tulang dan mengawal tekanan darah korang. Selain Swiss Coco, BodyDream Coco Slimming juga mengandungi Flaxseed yang akan mengawal kadar gula dalam darah, Estrak Biji Anggur yang akan tinggi anti-oksida, mencantikkan kulit, menghalang radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel, dan juga kandungan Garcinia Cambogia yang mengawal selera makan kita secara semula jadi, mebakar lemak, meningkatkan tenaga, dan menghalang pembentukan lemak asid. Sememangnya boleh kurus cepat dengan cara selamat!

 

Dengan kesibukkan kerja dan kekangan masa, setiap pagi memang saya mulakan rutin pagi dengan BodyDream Coco-S dan sarapan pagi. Tak perlu berpantang, tanpa diet, sesuai untuk wanita sibuk macam saya. Memang selalu terkejar masa, breakfast pun bukan heavy breakfast. Tapi sebab dan minum BodyDream Coco-S ni terasa kenyang walaupun sarapan cuma dua keping roti atau biskut multigrain. Siapa yang follow Instagram @neyrashazeyra sure akan selalu tengok saya upload rutin makan saya. Haha!

 

Tak sabar untuk lebih kurus dengan BodyDream Coco Slimming Drink dalam Cabaran Kurus 15 Hari ni! Berjayakah Misi Kurus 2017 saya? Hah nantikan selepas 15 hari nanti!


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook