Bercuti ke Pulau Perhentian bersama Traveloka yang awesome!

4:28 pm


Jetty Pulau Perhentian Kecil

Siapa teringin sangat nak ke Pulau Perhentian yang cantik tu? Hah, mesti korang yang plan nak ke Pulau Perhentian macam pening fikir perbelanjaan ke sana kan? Ye, saya tahu harga-harga resorts atau chalet di Pulau Perhentian memang agak pricy tapi kita kan ada Traveloka Malaysia. Jangan risau, korang plan je percutian korang ke sana. Happy kan diri dan family itu lebih penting ye tak? Disebabkan saya dah pergi beberapa kali ke Pulau Perhentian dan ramai sangat tanya tips, jom baca dulu sedikit sebanyak pengetahuan untuk bercuti di Pulau Perhentian ni hah.


Perhentian Kecil & Perhentian Besar

Nama "Perhentian" merujuk kepada peranan pulau ini sebagai titik persinggahan laluan untuk peniaga-peniaga antara Bangkok dan Malaysia pada zaman dahulu. Eh, nak buat entri sejarah lagi ke setiap kali travel? Haha! Okayh, sebenarnya Perhentian terbahagi kepada dua pulau utama iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau Perhentian Kecil ini memang famous dengan Long Beach yang sungguh happening pada waktu malam yang disebut-sebut sebagai “Nightlife & Party”. Di sini lah tempat dimana pelancong-pelancong luar negara melepak dan berparti. “Nightlife & Party” ini bermula dari awal malam sehingga ke lewat pagi. Dalam 2-3 pagi macam tu lah. Tak semestinya parti mabuk-mabuk. Ada pelbagai aktiviti nightlife kat sini macam pertunjukan api, BBQ seafood dan macam-macam lagi lah benda best.


Kincir Angin di Pulau Perhentian Kecil


View dari atas bukit Kincir Angin, Pulau Perhentian Kecil

Selain itu, Perhentian Kecil ni juga famous dengan Kincir Angin yang pelancong dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik. Tak caya tengok lah gambar tu! Cantik gila view dari atas bukit ni tau. Kat sini lah korang boleh ambil gambar berlatar belakangkan kincir angin dan juga keindahan Pulau Perhentian Kecil dari atas bukit. Kalau korang ambil gambar kat sini, mesti semua orang akan tanya soalan macam, “eh kat luar negara ke ni?”. Hah tak percaya, boleh try nanti okayh?


Snorkelling di Coral Garden

Manakala Pulau Perhentian Besar pula lebih kearah kedamaian dan ketenangan. Lebih kepada untuk yang datang bercuti dengan family dan perlu lebih privacy. Pulau Perhentian Besar nil ah ada point snorkelling utama seperti Turtle Point, Shark Point dan Coral Garden. Kat Pulau Perhentian Besar ni juga sebenarnya ada lebih banyak resort dan chalet. Tak kira lah chalet bajet ke mahupun resort bertaraf 5 bintang semua ada kat sini. Selain itu, kalau korang nak feeling camping di pulau juga, korang kena datang ke Perhentian Besar ni sebab kat sini ada camp site yang terletak di Pantai Teluk Dalam dan Teluk Keke. 

So basically, kalau korang prefer pulau yang happening dan bising-bising meriah boleh lah korang pilih Perhentian Kecil. Tapi, kalau korang berkeluarga especially ada anak kecil dan baby, dan korang memang prefer suasana pulau yang mendamaikan, I would suggest you guys to go to Perhentian Besar je. Tapi apa pun kedua-dua pulau ada air yang  sangat jernih atau orang cakap, crystal clear. Sebab tu lah Pulau Perhentian di kategorikan antara pulau tercantik di dunia. Wow! Hebatkan? Rugi okayh kalau tak ke sini.


Bot yang sentiasa get ready di Jeti Pulau Perhentian

Pengangkutan
Tentang pengangkutan ke Pulau Perhentian ni, korang kena naik bot di jeti Kuala Besut. Bot mula beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 4 petang. Bot laju ini mengambil masa perjalanan sekitar 30-45 minit untuk sampai di Pulau Perhentian bergantung kepada keadaan laut. Korang kena maklumkan pada orang bot tu nama penginapan korang, so diorg akan berhenti di jeti-jeti yang berdekatan penginapan korang tu. Bagi resort atau chalet yang tidak mempunyai jeti berhampiran, biasanya akan ada bot kecil atau dipanggil water taxi yang akan mengambil penumpang untuk di bawa ke tempat tersebut. Tahu sebab apa? Sebabnya, bot laju tidak dapat menghampiri pantai kerana air agak cetek dan berhampiran pantai.


Cantik kan laut dan ombak tinggi?

Monsun
Pulau-pulau Perhentian mengalami musim tengkujuh antara bulan Oktober hingga Mac, dan kebanyakan pulau-pulau ini akan ditutup kepada aktiviti pelancongan. Resorts dan perkhidmatan feri dihentikan pada masa ini disebabkan oleh cuaca juga dikenali sebagai monsun. So, jangan lah korang tak tahu ye dan terus plan ke sana pada bulan yang dimentioned kan tu. Alamatnya korang cuma pergi tengok jeti Kuala Besut je lah. Hahaha. Tapi kalau datang bulan Mac pun jangan awal sangat. Sebagai gadis Pantai Timur yang memang duduk kat laut ni, dah tahu sangat laut tak berapa stabil lagi. Alamatnya, mabuk laut muntah atas bot. Tapi dari sudut positif, gambar cantik ada background ombak besar macam kat atas ni. LOL.


Senarai Penginapan

Asyik duduk hotel bajet je kan selama bercuti ni. Sekali sekala cuba duduk hotel yang mewah pula. Pasal harga korang tak perlu risau sebab Traveloka kan ada

 

Private beach di Sharila Resort.

Perhentian Kecil

Antara yang famous di sini adalah Mohsin Chalet, Rock Garden Chalet, The World Café, Bubu Long Beach, Alunan Resort. Penginapan-penginapan ni dekat dengan Long Beach yang sungguh happening di waktu malam. And of course banyak pelancong asing yang stay sini. So kalau korang nak feel ala-ala di luar negara boleh choose to stay here.

Selain itu, Fatimah Chalet, Maya Chalet, Sharila Resort, Ombak Resort adalah yang famous berdekatan dengan Coral Bay. So kalau korang taknak bising-bising sangat tapi still nak duduk di Perhentian Kecil, korang boleh duduk sini. Especially kalau korang nak datang ke Pulau Perhentian Kecil untuk scuba diving, Sharila dan Ombak is the best choice! Eh, saya tahu lah sebab dua-dua saya pernah duduk situ hahaha. Tapi takde hal, duduk kat Coral Bay area pun boleh je pergi Long Beach tu dalam 10-15 minit jalan kaki dah sampai.

 

View Long Beach dari Mohsin Chalet

Perhentian Besar

Antara yang famous di sini pula adalah Perhentian Tuna, Coral View, The Barat Perhentian, Perhentian Island, Arwana Perhentian, Mama’s Place, Water Colours, Flora Bay dan beberapa lagi resort yang ada. Sini pun banyak resort yang ada tempat ambil sijil scuba diving semua tu. Artis lagi lah selalu datang sini tau!


Dapatkan tiket online dengan sering melayari laman web rasmi Traveloka untuk dapatkan diskaun harga penginapan korang di Pulau Perhentian ni nanti! Tak payah pening lagi kan? Semua setel dengan adanya Traveloka. 

You Might Also Like

83 comments

  1. Salam cik ieyra..nak tanya kalau pegi perhentian kecik better free and easy ke fullboard ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kalau fullboard senang jgk xpayah fikir da mana nak pilih pakej snorkelling ke apa. Lagi2 kalau first time tatau lg keadaan sebenar sana mcm mana kan. hehe.

      Saya first time dlu fullboard package. siap da stay, makan 5x, snorkelling package,boat transfer.

      kali kedua pegi da mcm free n easy skit sbb da tahu mcm2 hahahaha. tp tempat nak stay mohon book awal sbb sllu FULL!

      Delete
    2. Haa kan tk payah fikir pape dh betul jugak.. hhuhuuu okayy2..terima kasih :D

      Delete
    3. Hehe sbb kalu awak nak gi waktu peak season better la amek je fullboard. sana sini full kang. nak terjah slot kosong utk snorkelling pn takut full haha. Boleh la booking stay dekat Traveloka jgk

      Delete
    4. Ha ah betul jugak..fully booked karang..lagi satu saya bnyk baca review pasal pulau kapas jugak..perhentian and kapas lebih kurang je review nak tanya pendapat awk kapas ke perhentian ye lagi better sbb nak pegi dgn classmate mcm tk de kata sepakat je huhu

      Delete
    5. kapas mahal skit. perhentian la jimat. kahkhkah

      Delete
  2. Salam,accomodation kalau walk in harga dia macam mana? Boleh tak suggest accomodation untuk backpackers/solo traveler?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga mahal kalau walkin. saya suggest awak duduk chalet area coral bay kalau nak murah. ada sejenis je dorm kat sana tu pn selalu full.

      Delete
  3. Slm..nk mnta pndgn berkenaan dgn accomadation bajet yg bdepn dgn pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau area long beach mahal skit. tp view cantik mcm mohsin. area long beach yg murah pn awatif je. kalau coral bay.. yg murah skit maya chalet maybe

      Delete
  4. Kg nelayan okay tak dkat sane?

    ReplyDelete
  5. awak rasa kalau xyah ambil pakej makan sekali di nelayan , ok x? berbaloi x

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah amek pakej makan masa 1st time dtg.. xsdap dan x puas. better makan sendiri je hahah

      Delete
  6. Bot bot ke Pulau Perhentin ni ada sediakan life jacket tak?

    ReplyDelete
  7. Nak tanye, bot bot ke Pulau Perhentian ni ada sediakan life jacket tak?

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi bulan 4 ok ke cuaca nya?

    ReplyDelete
  9. Airport dgn jeti jauh x? Sempat tak sy nak naik bot g pulau perhentian kalau flight estimated smpai dlm kul 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. airport KB ke Kuala Besut sejam .. or sejam lebih depends on traffic. U cant make it kalau sampai airport 3pm. Last boat around 4pm . I suggest u stay one night at KB or guesthouse nearby jettu. and gerak ke jetty utk naik boat 8am.

      Delete
  10. Assalamualaikum.
    Kalau g dalam 12-15 okt ok tak??
    Air laut clear k?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau tutup. Monsoon kan. Skrg pun dah start bergelora. Sept mid biasanya dah x sesuai ke pulau . The best on april to June

      Delete
  11. Hi..ok tak g ptengahan okt??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau tutup. Monsoon kan. Skrg pun dah start bergelora. Sept mid biasanya dah x sesuai ke pulau . The best on april to June

      Delete
  12. Baru plan nak ke sana akhir bulan 8 ni..huhu

    ReplyDelete
  13. Salam sis. Tengah2 ogos ni okey tak agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa baik awak baca Harian Metro semalam. BAru je ada bot terbalik sebab laut cuaca tak menentu. Ada yang mati. Skrg dah nak masuk monsoon bahaya. Makcik saya pn baru balik last week, mmg dia ckp terlalu teruk laut skrg

      Delete
    2. Tapi dia sekejap ok, sekejap tak. Mungkin sbb baru ni ada gerhana. Efek sikit laut dan cuaca. Or maybe awak boleh je pergi....atas risiko sendiri la. Kawan kt pulau cakap mid sept ni banyak resort pn dah start tutup

      Delete
  14. Kalau bulan ogos ni?

    ReplyDelete
  15. Hi Ieyra..malam2 ade tak bot trf dr pulau perhentian kecil ke besar or vise versa?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Diorg panggil water taxi. boleh mntk tlg mana mana local shop situ. diorg yg ada boat mmg buat servis tu

      Delete
  16. Ala tiket flight semua da booking nk pegi awal bln 10 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada lg resort bukak waktu tu apa slaahnya hehehe cuma air laut bergelora sedikit la

      Delete
  17. Bulan oktober dengan mac ke atau bulan oktober hingga mac?.Sebab saya nak pergi bulan febuari ni

    ReplyDelete
  18. Hujung bulan 11,sesuai bercuti ke pulau perhentian x..sis eyra

    ReplyDelete
  19. Utk family trip.dlm 18 org trmasok kanak2..hotel mna yg sesuai ye kt perhntian kecil

    ReplyDelete
  20. Utk family trip.dlm 18 org trmasok kanak2..hotel mna yg sesuai ye kt perhntian kecil

    ReplyDelete
  21. Tapi saya suggest awak cr la kat traveloka ni utk hotel. book online lebih murah. lepas tu whatsapp saya 0179070384 utk pakej boat return + snorkelling + tour kincir angin. Serendah Rm145 per person

    ReplyDelete
  22. Dr jetty k.besut to island n nk g Shari la resort, bot boleh direct ke situ or kene ambik water taxi?

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. Hi sis, nak tnya june and july mana lagi better untk bercuti di pulau perhentian ?

    ReplyDelete
  25. Pulau perhentian kecil dan besar dekat tak? Kalau dari pulau perhentian besar ke pulau perhentian kecil, perlu naik transport apa ye?

    ReplyDelete
  26. Pulau perhentian kecil dan besar dekat tak? Kalau dari pulau perhentian besar ke pulau perhentian kecil, perlu naik transport apa ye?

    ReplyDelete
  27. Awak kalau kg nelayan ke long beach kena naik boat ke? Berapa ya ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye water taxi RM10 - 20, per pax. per head ye. so my advice better u stay je kat pulau kecil haha

      Delete
  28. Awak , Kami 4 org dewasa + 1 kanak2 decide ke pulau perhentian kecil.

    Boleh rekemen chalet yg boleh muat utk Kami? Kalau boleh mengadap Laut.

    Lps tu nk Tanya kedai2 mkn utk breakfast, lunch & dinner senang tak kat situ?

    Lagi satu, Kami naik flight dari subang , mana yg mudah ? Turun KB ke turun Terengganu?

    Dari airport ke jeti senang naik apa? Maaf byk soalan .. first time pegi ni.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak hadpa laut , Mohsin la mmg betul2 hadap laut. Shari-La pun ok but make sure u choose SeaView room la. or maybe Cocohut Long Beach.

      Kedai senang. bersepah kedai makan dr breakfast sampai lah dinner.

      Flight turun KB. Dari Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut pulak satu jam. Sana xde uber or grab. So taxi atau kereta sapu is the only choice and pls bear with the expensive fare. Maybe around rm100-150 for one way trip. 😅 Thats why I wont choose flight .

      Delete
  29. Cantiknya,1 masa bj akan jejakkan kaki ke sini.. tolong reviewed my blog..
    http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  30. Sis, area2 pantai tu ada ikan nemo tak ? Saya plan nak holiday dgn family tp tak berminat utk snorkeling. Which one better, Kapas @ Perhentian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak nemo, kena snorkelling. sebab nemo hidup dekat corals, bukan tepi persisiran pantai 😅

      Delete
  31. Assalamualaikum..kami nak trip ke pulau perhentian kecil..14 orang...ingat nak cari homestay or hostel gitu yg boleh sumbat sume 14 orang tu, ade cadangan x homestay or chalet yg sediakan tempat cenggitu...jenuh dh duk search..x jumpe..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homestay mmg takde la. Pulau x besar mana pn. Tapi x sure la if kat Kg Nelayan ada org kg buat homestay ke haha. Kalah chalet saya suggest Tivoli Inn. Boleh sewa satu dorm muat 8 org dan 4 org terus. Amek la dua dorm

      Delete
    2. oh okay..terima kasih membantu dan respon

      Delete
  32. brl harga boat dr kuala besut ke perhentian besar

    ReplyDelete
  33. Haii sis....kalau saya nk night life yg happening mcm perhentian kecil....tp pd masa yg sama saya nk juga buat aktiviti snorkeling ...sbb kalau saya bac review sis,nk snorkeling kt perhentian besar...cadangan sis mna yg terbaik...stay perhentian pulau kecil atau besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. stay perhentian kecil. snorkel tu xpe nnt ada boat bawak

      Delete
  34. Sis impossible ke klau nk pgi perhentian kecil end of October?

    ReplyDelete
    Replies
    1. possible kalau awak nak pegi surfing. Ombak besar masa tu haha. and chalet pn x banyak bkk tah2 kena camping je

      Delete
  35. assalamualaikum,

    kami nk ke perhentian 8-10 sept 2018. nk pegi ni x plan pun tiba2 je.asal nk ke kapas tp mcm x hapening pulak.

    1.boleh suggest accomodation yg selesa,bersih(janji x kotor n berbau sudah..hehe) n senang nk cari mkn n depan beach.
    2.kami nk drive dr KL je kesana. naik jeti mana,boat transfer berapa utk kanak & dewasa.tqvm

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum,

    kami nk ke perhentian 8-10 sept 2018. nk pegi ni x plan pun tiba2 je.asal nk ke kapas tp mcm x hapening pulak.

    1.boleh suggest accomodation yg selesa,bersih(janji x kotor n berbau sudah..hehe) n senang nk cari mkn n depan beach.
    2.kami nk drive dr KL je kesana. naik jeti mana,boat transfer berapa utk kanak & dewasa.tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe boleh stay at Shari-La or Ombak .Atau Cocohut.

      Jety Kuala Besut. Return adult RM70 . kalau kanak2 maybe half la kot hahah

      Delete
  37. nak tanya masa snorkeling tu, kalau ada ikan jerung dia gigit kaki tak?

    ReplyDelete
  38. Salam sis bole tnya x.. kalau sy nak bercuti dgn husband berdua sahaja .. brapa agak2 bajet keseluruhan utk 2hari 1 malam or 3 hri? Bajet ni include dari KL smpai sne? Bole bgtaw x agak2 brapa bajet ..

    ReplyDelete
  39. Saya nk tnya mcm mn nk tempah pakej snorkelling klau kita x pergi underpakej

    ReplyDelete
  40. Saya nk tnya mcm mn nk tempah pakej snorkelling klau kita x pergi underpakej

    ReplyDelete
  41. Hi sis, boleh tak nak tahu berapa total budget untuk trip Perhentian ni? :D

    ReplyDelete
  42. Okay ke kalau saya pergi 18-20 sept ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far makcik saya pergi last week dia kata cuaca tak menentu sangat. Dah start monsoon ni. Boleh nak pergi tp ikut nasib la cuaca. Hahaha

      Delete
  43. Hotel mane yg ade jeti utk ke pulau? Hotel coral view resort ade jeti utk ke pulau x?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook