Alam Fantasi Komedi PAK PONG

7:17 pm




Baru-baru ni ke eCurve untuk ke Malam Gala Pak Pong. Mula mula macam pelik Pak Pong ni apa sebenarnya? First impression ingat ni filem aksi sebab kat poster nampak Hairul Azreen macam ajak bertumbuk. Hahaha! Maka berkobar-kobar lah ke eCurve nak tengok cerita ni. Lagi-lagi dapat tahu, Filem Pak Pong ni dah shooting 5 tahun lepas cuma baru sekarang ditayangkan. Penantian ternyata berbaloi!



   

Filem sulung arahan Fauzi Nawawi ini, menampilkan pelakon Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Datuk Ezlan Yusuf, Kaza, Rahim R2 termasuk 19 lagi penampilan khas seperti Amber Chia, Jasmin Hamid, Saiful Apek, Izreen Azminda, Joey, Marsha dan ramai lagi.

Sebenarnya filem terbitan 9 Country Creative ini mengisahkan tentang seorang pemuda lelaki iaitu Kadek (lakonan Bard) yang telah mengamalkan ilmu sebuah kitab bernama Pak Pong. PAK  PONG adalah sejenis kitab yang dikatakan ‘raja segala ilmu pengasih’ dan dimiliki oleh Tok Bintara (lakonan Saiful Apek) yang tinggal di Bukit Gambir. Muda (lakonan Hairul Azreen) dan Kadek merupakan dua beradik namun Kadek adalah anak angkat kepada ibu dan bapa Muda. Setelah 8 tahun mereka menjaga Kadek maka lahirlah Muda. Kadek merupakan seorang yang kerdil serta bongkok di belakang badannya dan selalu dihina oleh pemuda pemudi kampung kerana paras fizikalnya. Ibu bapa mereka meninggal semasa menunaikan Haji.

Selang beberapa tahun kemudian, Muda telah berkahwin dengan Suri (lakonan Marsha). Ketika Suri sedang hamil Suri ni mengidam pulak nak makan ayam hutan maka Muda pun mintak bantuan Kadek untuk mencari ayam hutan tapi ye lah bukan senang ye dak? Masa ni lah Kadek suggest ayam hutan ni boleh ditangkap kalau belajar ilmu memikat ayam hutan dengan Tok Bintara dan mempelajari ilmu kitab Pak Pong. Ya semuanya sebab ayam hutan tu la!

 

Malam itu mereka pergi ke Bukit Gambir kerana Bukit itu hanya menjelma pada waktu malam sahaja. Dalam perjalanan meredah hutan mereka berjumpa dengan Hantu Kopek, Hantu Cina dan Sang Kelembai. Apabila mereka berjaya menjawab soalan dari Sang Kelembai barulah mereka akan sampai ke Bukit Gambir dan bertemu Tok Bintara. Bagi menuntut ilmu memikat ayam hutan Muda hendaklah mandi air telaga di bawah rumah Tok Bintara. Ketika Muda sedang mandi, Kadek telah mengambil kesempatan untuk mempelajari ilmu pengasih yang terdapat dalam kitab Pak Pong untuk mengubah nasib hidupnya lalu Tok Bintara memberi kitab tersebut dan bertemankan 2 ekor Jin iaitu Jin Hitam dan Jin Putih yang merupakan kadam Kitab Pak Pong. Lalu mereka pulang pada malam yang sama .



Adakah Muda berjaya menangkap ayam hutan? Kenapa pulak Muda boleh tersesat ke alam bunian dan adakah Kadek berjaya mengubah nasib hidupnya dengan mengamalkan ilmu pengasih dari kitab Pak Pong?


 

Jalan cerita filem ni straight foward dan senang faham. Tak payah nak fikir berbelit apa dah. Relax dan santai je. Tapi permulaan cerita mesti korang macam fikir ni filem seram komedi ye la punya banyak hantu keluar hah. Tapi Pengarah filem ni iaitu Fauzi Nawawi ternyata pandai bermain perasaan penonton. Mixed feeling habis. Mula mula seram lepas tu di alam fantasi bunian lepas tu sedih. Sobs. Sobs.

Teknologi CGI yang digunakan memang terbaik. Masa permulaan cerita ketika Puteri Serapit (lakonan Siti Saleha) dan dayang-dayangnya sedang mandi,lepas tu ada haiwan dari alam fantasi buniaan terbang melintas lalu,dalam hati terus berkata... Wow! Kalau 3D best ni woi Real gila. Maybe few part untuk CGI ni ada kekurangan sedikit tapi masih tak mengganggu perjalanan cerita ni.

 


Scene aksi berlawan mantap. Ye la Hairul Azreen ni dah biasa jadi stunt man pulak memang takde hal la nak bertumbuk bersilat pun macam real kan. Siap dia jadi Goku la jugak buat kamehameha dalam ni. Selang seli penonton akan terhibur dengan keletah Tok Bogor (lakonan Rahim R2) yang memang mencuit hati. Boleh pulak Tok Bogor ni dah la buta, jadi ketua pendekar. Fuh tapi ada je semua benda dia buat tu kelakar. Biasalah Rahim. Siapa tak kenal ye tak? Lawak pun semua macam spontan. Haha! Tapi cerita ni part lawak memang lawak habis. Ye la dengan gandingan Saiful Apek, Rahim Sepahtu, Joey, dan lain-lain memang tak kering gusi kami gelak gegar panggung malam tu. Bayangkan filem ni dah shooting LIMA TAHUN lepas tapi semua lawak masih relevan di Tahun 2017? Padu!



  

Bagi saya Fauzi Nawawi memang dah buat research mendalam ketika menghasilkan filem konsep fantasi alam bunian ni. Ingat kisah budak lelaki yang hilang baru-baru ni di Bukit Broga dan katanya diculik Bunian? Pengalamannya sebijik macam Muda dalam filem Pak Pong ni. Tapi sebelum budak tu hilang kan cerita ni belum keluar lagi? Pak Pong pun da mula shooting sekian lama. Hah...... saspen tak? Haha! Oh ya dan saya juga puji dengan ciri-ciri budaya kemelayuan yang diterapkan dalam filem ini. Sekecil-kecil benda pun kalau kita perhati memang banyak Fauzi Nawawi cuba sampaikan. Budaya basuh kaki di tepi tangga sebelum naik ke rumah, tempat letak ayam dari kerajaan Bunian tu, bag kecil yang disandang Muda ketika mencari ayam hutan, dan macammacam lagi hey tengok lah sendiri! Hahaha.



Dalam pada masa yang sama, Filem Pak Pong juga sedang mengadakan contest untuk para penonton yang menonton filem ni di pawagam. 3 buah Vivo V5 mungkin jadi milik korang. Check details di Instagram: @pakpong_official okayh? Saya pun dah tengok lagi sekali Pak Pong ni di pawagam tau sebab tak puas nak gelak ketawa haha! Jom serbu pawagam!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook