Diva-Diva Komedi Super Kam Kembali Lagi!

2:46 am




Selepas satu tahun bertapa di dalam sebuah gua untuk mengumpul superpower yang baru, eh apesal macam cerita Dragon Ball dah ni? Hahaha! Okayh, siapa pernah tengok show siri-siri Super Kam sebelum ni? Mesti rindu diorang kan? Mac ini, diva-diva komedi akan kembali menemui korang semua di pementasan Super Kam Ultra.



 

Super Kam mula menambat hati peminat standup comedy pada tahun 2012 dengan memperkenalkan pementasan komedi dari pelawak-pelawak wanita. Ya, semuanya wanita! Go girls! Dan tahun ini, mereka kembali dengan Pementasan Super Kam Ultra dengan nafas baru dan lebih fresh selama tiga malam berturut-turut di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 24 hingga 26 Mac 2017 jam 8.30 malam, sempena sambutan LOL Fest 2017. Persembahan Super Kam Ultra kali ini menjanjikan lawak jenaka yang tidak kering gusi para penonton seperti tahun-tahun sebelum ni dengan bonus tambahan beberapa kejutan terbaru di pentas.

Super Kam Ultra yang dibawakan oleh ToniQ Creative ini diterajui oleh ratu komedi tanah air, Joanne Kam bersama Shamaine Othman, pelawak Bibi K Poh, tetamu undangan istimewa, pelawak terkenal Singapura iaitu Sharul Channa dan memperkenalkan juga pelawak muda dan baru yang sedang melonjak naik namanya, Hannan Azlan. Pementasan ini akan dimeriahkan lagi pengacara yang juga pelawak Malaysia iaitu Papi Zak dan saya yakin diva-diva ini semua akan buat korang semua gelak guling-guling di lantai nanti.


Menjanjikan 90% lawak jenaka baru dalam persembahan, persembahan Super Kam Ultra akan membawa pelbagai jenis topik yang akan menghiburkan penonton dengan jenaka mereka. Antara topik yang akanm diketengahkan termasuklah topik percintaan, perkahwinan, cabaran kurus, dan banyak lagi yang bakal gegarkan pentas untuk tiga malam berturut-turut.


Jangan risau, siapa yang tengah stress, putus cinta, bersedih sebab minyak naik harga ke, barang naik harga kea pa boleh datang KLPAC 24 hingga 26 Mac 2017 ni sebab Super Kam Ultra akan membantu anda dengan melesapkan semua masalah dan kesedihan di hati dengan superpower mereka iaitu : lawak jenaka. Hah, siapa yang memang pemnat Super Kam Ultra atau yang berminat nak tengok standup comedy boleh terus beli tiket di KLPAC Box Office atau www.ticketpro.com.my. Tiket berharga RM 48, RM 58, RM 68, dan RM78. Jom dapatkan dos komedi beramai-ramai dengan menonton Super Kam Ultra! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook