Travel: Jogjakarta Trip - Kalibiru, Gereja Ayam, Candi Borobodur & Sellie Cafe (Day 2)

9:25 pm


Kami berlima di Candi Borobodur

Selesai dengan penuh jadual hari pertama di Kota Jogja dengan kesana kesini, pagi hari kedua kami keluar agak awal. Siap berpesan pada pihak hotel untuk bungkuskan kami sarapan pagi. Mengunyah lah toast bread dan omelette dalam kereta pagi tu. Destinasi pertama ialah Kalibiru! Salah satu wisata wajib untuk korang lawati bila ke Jogjakarta. 

Wisata di Jogja ni semuanya jauh-jauh. Perjalanan mengambil masa agak lama, dalam satu jam ke dua jam kot. Tapi sebab awal pagi, perut dah kenyang pulak maka semua orang bantai membuta je. Sedar-sedar dah sampai! Tapi azab jugak jalan nak naik ke Kalibiru ni. Pak Salim memang power gila skill driving dia. Punya lah scary jalan sempit dan berliku-liku kat Kalibiru ni?


Tiket masuk; IDR 15,000
Spot foto 2: IDR 10,000
Softcopy gambar: IDR 50,000 / 10pcs
Air minuman: IDR 10,000 


Di pintu masuk Kalibiru


Ayunan di Kalibiru

Kami tiba sebelum jam 9 pagi. Bayangkan takde orang? Hahaha. Bukan je takde pengunjung lain, yang jaga setiap spot foto pun takdak! Mula lah buang tebiat setiap jenis dinding dan batu pun kami duk ambil gambar hah. Lepas tu masa ni lah ushar semua spot foto dan fikir nak yang mana satu. Ye la, satu spot foto bergambar kosnya IDR 10,000 hingga IDR 15,000. Kat sini, ada high ropes jugak tapi macam tak thrill je sebab kawasan dia kecik. Untuk mengelakkan pembaziran dan penjimatan masa, kami pilih satu spot je. Itupun sebab ralit bergambar kat tempat lain, Pak Salim yang tolong beratur dan ambilkan no giliran kami hahaha! Bila nak sampai giliran je, Pak Salim call "anak-anak....turun! Udah sampai nomornya!" 

High Ropes IDR 35,000
Spot Foto Panggung IDR 15,000
Spot Foto 1 IDR 15,000
Spot Foto 2 IDR 10,000
Spot Foto Bundar IDR 15,000
Spot Foto Love IDR 10,000


Tak gayat okayh! Cantik kan view?


hah, kalau berani lompat lah. Nasib tak roboh platform hahaahaha

Untuk yang tak gayat, ikut suka lah nak melompat ke, nak melunjur kaki ke, nak bergayut ke apa. Jangan risau, ada safety harness dipasang di pinggang masa kita nak naik ke atas tu. Kalau jatuh pun maybe, tergantung? hahaha. Takdehal la memang cantik gila view atas tu. Puas hati jugak naik dan pilih spot foto 2. Tapi tu lah, tak dapat nak duduk lama sangat, fikirkan orang lain beratur panjang lagi ye dak? Tipsnya datang weekdays dan awal pagi so takde la menunggu lama.




Di hadapan Gereja Ayam

Dari Kalibiru, kami terus menuju ke Gereja Ayam di Bukit Rhema atau juga dikenali sebagai Rumah Doa Bukit Rhema. Haruslah feeling Ada Apa Dengan Cinta uolls. Bila lagi nak feeling macam Rangga tarik tangan naik ke puncak Gereja Ayam melihat keindahan suasana pagi Bukit Rhema? Gituh.... Tapi tak larat lah nak bersunrise pepagi buta di Punthuk Setumbu macam Ranga dan Cinta. Tiket masuk ke sini ialah IDR 15,000. Dan sekali lagi yang bestnya, tak ramai orang! Lama betul kami duk bergambar atas tu. Dari atas boleh nampak Candi Borobodur okayh! Oh, selain puncak yang femes tu, boleh jugak melawat kat kawasan bawah tanah Gereja Ayam ni. Ada kesan tinggalan lama gereja ni. 





Mana Rangga saya?


Kami berlima di puncak Gereja Ayam, berlatar belakang kan Punthuk Setumbu

Asal usul tempat ni ialah pada tahun 1989, Daniel Alamsjah dari bandar Lampung mendapat mimpi dan panggila Illahi katanya untuk berdoa semalaman di Punthuk Setumbu di daerah Borobodur. Katanya, dia mendapat mimpi kena bangunkan sebuah Rumah Doa bagi semua bangsa dan agama . Bentuk asal sebenarnya burung merpati, tapi dah macam rupa ayam, semua duk panggil Gereja Ayam. Tapi sebab kekurangan dana, usaha nya terus terhenti. Sempat tempat ni menjadi pusat rehab, dan kemudiannya ditutup, dan terus tetibe popular semula lepas filem Ada Apa Dengan Cinta 2 meletup femes. 



Kami tak  lama di Gereja Ayam sebab terus nak kejar masa bergegas ke Candi Borobodur pulak lepas tu. Bukan apa, sebab tengah panas terik… and kami tahu Candi Borobodur sangat besar nak jalan-jalan bergambar lagi. Perjalanan dari Gereja Ayam ke Candi Borobodur tu sekejap je. Tak jauh sebab kawasan sama.

Masa mula-mula nak masuk tu beriye Yazid cuba menyamar jadi local Indonesian. FAILED! Sebab diorang memang check betul weyh. Nak beli tiket check ID, nak masuk check ID. Harapan lahhhh….So cara jimat kedua, bawak je kad student. Kalau dah lama tak jadi student pun asal ada kad student, terus lepas. Selamber bebudak ni pakai Kad Siswa. Haha! Yang bestnya untuk foreign visitors, dekat entrance ada lobby cantik, air-conditioned room, and welcoming drinks! Fuh, layanan tiptop patut berganda-ganda mahal ticket dari local tourist.



Student Package
Boroboudur Entrance Fees IDR 130,000
Borobodur + Prambanan IDR 208,000

Candi Borobodur adalah salah satu candi terbesar di Indonesia, malahan di dunia. Boleh dikatakan, Candi Borobodur ni juga salah satu keajaiban dunia yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung. Candi Borobodur ni sebenarnya candi Buddha tinggalan Dinasti Syailendra sekitar abad ke-9 dulu, dan dibangunkan sekitar 780 Masihi. Lama kan? Tapi ada sejarah mengatakan Candi Borobodur ni pernah runtuh dan tertimbus tau akibat letusan Gunung Merapi yang memang dashat. Sampailah tahun 1814 salah seorang pemerintah Indonesia masa tu terjumpa monumen dan bongkah batu besar, dan tahun 1835 akhirnya habis proses penggalian. Lama betul! Tapi tak habis lagi. Tahun 1907 sampai lah 1911 proses menggali kawasan sekitar candi pulak dan jumpa pelbagai artifak dan patung-patung candi ni. Tapi tahun 1942 hingga 1949 ada perang la apa, candi rosak. Sayangnya...







Melompat kegembiraan di antara stupa-stupa Candi Borobodur

Sampai lah tahun 1973, UNESCO masuk campur dengan mulakan semula misi mencari dan membaikpulih Candi Borobodur ni. Bayangkan kos ni semua bernilai $6,901,243 dan melibatkan lebih 600 orang pekerja? Dan akhirnya tahun 1991, Candi Borobodur diwartakan menjadi warisan dunia UNESCO. Sekarang ni ramai pelancong je la datang tapi kaum Buddha pun selalu sambut perayaan Hari Raya Waisyak kat sini so masa tu memang ramai gilaaaa orang kat sini! 

 Candi Borobodur ni ada 10 tingkat, dimana 6 tingkat berbentuk petak macam tu, 3 tingkat berbentuk bulatan, dan tingkat terakhirnya ialah sebuah stupa besar di tengah-tengah. Di kalangan yang beragama Buddha, stupa ni macam makam atau tempat simpan abu mayat Buddha. Keseluruhannya, architecture  Candi Borobodur ni sebenarnya berbentuk Mandala kalau tengok dari view atas, yang melambangkan alam semesta dalam satu lingkaran tersusun kalau ikut kepercayaan agama Buddha. Dan 10 tingkat atau lapisan perlu dilalui untuk mencari kesempurnaan menjadi seorang Buddha. Hah dan  Candi Borobodur terbahagi kepada 3 lapisan iaitu Kamadhatu, Rupadhatu, dan Arupadhatu.



Cuba memahami ukiran ukiran dan cerita di sebalik panel dinding Candi Borobodur

Kamadhatu - lapisan paling bawah di kaki di Candi Borobodur yang melambangkan dunia manusia yang penuh dosa dan hawa nafsu, Kira macam lapisan paling hina la. kalau tengok panel dinding kaki Candi Borobodur ni memang banyak ukiran-ukiran yang menceritakan kehidupan manusia di hari-hari biasa. Bayangkan ada lebih 2000 panel kat dinding Candi Borobodur ni!



72 stupa bersaiz sedang tersusun di Candi Borbodur

Rupadhatu - Ada 4 lorong, dan kira-kira 1300 panel di dinding Candi Borobodur, yang melambangkan level manusia tu dah bebas dari segala hawa nafsu, tapi masih terikat dengan rupa dan bentuk. Level ni jugaklah katanya mereka dah lebih cenderung ke arah Pencipta. Kat certain bahagian boleh nampak patung-patung Buddha, yang asalnya ada 432 arca Buddha kat kawasan terbuka. Sebahagian besarnya ada lorong-lorong dan ruangan kecil dan kat sini jugak lah tersusunnya semua stupa-stupa kecil. 


Di stupa terbesar Candi Borobodur

Arupadhatu - kat sini lah dalam bulatan, tersusunnya 72 stupa bersaiz sedang dalam formasi 32, 24, 16, yang dalamnya ada patung Buddha dengan pelbagai posisi! Level ni melambangkan seseorang Buddha di tahap ini dah bebas dari segala keinginan, dan ikatan bentuk dan rupa. 

Stupa yang besar tu merupakan bahagian tertinggi, memang seketul je stupa besar tengah-tengah Candi Borobodur ni. Katanya ini bahagian paling suci dan menggambarkan seorang Buddha itu sangat sempurna. Kat level ni, Buddha tu tidak memikirkan lagi tentang hawa nafsu, dan bersatu dengan Penciptanya. Sebab tu juga stupa yang ni takde lubang-lubang. Tapi dalam stupa besar ni pernah jumpa patung Buddha yang tidak sempurna tau. Tapi diorang assume patung tu tak sempat siap atau rosak masa dibina, Hahaha! Tapi, banyak benda boleh belajar kat dalam Candi Borobodur ni kan? Di pintu keluar kawasan wisata Candi Borbodur ada banyak deretan kedai. Masa ni lah masing-masing menyesal beli t-shirt malam tu di Omah Oblong hari pertama tu sebab kat sini jauh lebih murah! Maka semua orang shopping lagi souvenier apa semua. 


Rangga, apa yang kamu lakukan pada saya itu JAHAT! -- kata Cinta versi banyak makan yang sedang berebut makanan dengan Rangga.


Menikmati kopi dan pisang bakar keju coklat di Sellie Coffee

Pulang dari Candi Borobodur, masa tu dah hujan. Nasib baik lah dah keluar dari kawasan candi baru hujan so terus pulang ke Hotel Adhisthana je. Malam tu masing-masing macam mati kutu tak tahu nak kemana sebab hujan kan so kami pun lepak minum coffee je di Sellie Coffee. Siapa yang tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 mesti tahu yang kedai kopi ni lah tempat pertemuan pertama antara Rangga dan Cinta selepas beberapa tahun. Fuh, nasib baik dari Hotel Adhisthana, lintas jalan, kurang dari seminit dah sampai Sellie Coffee,

Di kerusi yang sama, di meja yang sama, dan di sudut yang sama lah kami duduk macam Rangga dan Cinta. Gituhhhh. Padahal bebudak ni tak tengok pun filem AADC 2 tu. Kena buli je dengan saya suruh amek gambar macam tu . HAHAHA! Saya order Pisang Bakar Keju Coklat IDR 10,000 dan saya minum kopi yang saya sendiri tak tahu kopi apa saya pilih, IDR 13,000.


Minum kopi di Sellie Coffee, Jln Prawirotaman 2.

Tamat cerita hari kedua di Jogja. More exciting  activities soon untuk hari seterusnya. Nanti saya sambung entri hari ketiga okayh versi lebih adventure! Hah mesti tak sabar kan?

Kos untuk seorang (Day 2):

Total tiket masuk wisata + parking: IDR 162,000
Spot foto Kalibiru: IDR 10,000
Softcopy gambar Kalibiru: IDR 50,000
Makan minum: IDR 33,000
Shopping: IDR 25,3000

Total kemusnahan setakat ini: 
RM93.92 + IDR 582,000 (Day 1) + IDR 280,300 (Day 2) 
= RM 93.92 + IDR 862,300

You Might Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email [email protected]. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 589 (ALL IN)*
    RM 439 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal


    Pakej termasuk
    ● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: [email protected]
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb


    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook