Travel: Jogjakarta Trip - Gunung Merapi, Hutan Pinus & Puncak Becici (Day 3)

4:42 am


Kami berlima di Gunung Merapi 

Selepas melawat kesini kesana di hari kedua Jogja Trip, masuk hari ketiga kami teruskan perjalanan. gituhhh. Tapi kami tak keluar awal kali ni, lek lek je pergi breakfast dulu di cafe Hotel Adhisthana. Dah siap breakfast apa semua, terus check-out hotel dan bersiap menuju ke Gunung Merapi! Fuh memang tak sabar nak ke Gunung Merapi ni. ye lah, Gunung Merapi ni gunung berapi paling aktif di dunia tau? Hampir kami batalkan niat ke sini sebab nak jimat, last-last pergi jugak! Semata-mata sebab nak naik Jeep okayh!!




Nak masuk ke sini, entrance fees dan parking IDR 20,000 untuk 5 orang maka bayar seorang IDR 4,000. Lepas tu kami ambil pakej Medium Tour yang berharga IDR 450,000. Nasib baik muat 6 orang satu jeep so jimat sikit lah. bayar IDR 90,000 sorang je untuk Gunung Merapi ni hah.... Tapi ya rabbi, berlaga-laga kami dalam jeep lagi-lagi masing-masing sihat semacam ye dak? Sampai kena berdiri la memang tak boleh duduk, kena bergilir-gilir. Dah la kawasan sini berbatu maka kalau duduk pun memang sedap massage bontot. Hahaha! Nasib baik lah jeep kami naik tu, salah satu jeep yang digunakan ketika perang dunia kedua atau world war 2, memang jeep lama tapi diyakini tahan lasak untuk bawak muatan berat seperti kami!

  

Di muzium mini, Omahku Memoriku


Tinggalan Letusan Merapi 2010 

Destinasi pertama kami guide tu bawak ke Omahku Memoriku iaitu salah sebuah rumah mangsa Letusan Merapi 2010 yang telahpun dijadikan mini muzium. Peristiwa Letusan Merapi pada 26 Oktober 2010 tu memang dashat la, dan mengorbankan 353 orang termasuklah Mbah Maridjan iaitu Mbah yang menjaga kunci Gunung Merapi katanya. Macam ketua lah sebenarnya, bila setiap kali Gunung Merapi meletus, orang kampung akan terima arahan dari dia untuk bertindak macam mana. Hah gitu lah. Sebab masa Gunung Merapi meletus tahun 2006, memang keberaniaan Mbah Maridjan ni semua orang tahu. Kiranya leader yang bagus ni. Sayangnya, Mbah Maridjan tewas jua tahun 2010 ketika Gunung Merapi meletus mengeluarkan awan panas dan vulkanik setinggi 1.5 kilometer, yang meluncur turun terus ke kawasan rumah Mbah Maridjan.

 

Jalan-jalan dalam Omahku Memoriku Muzium 


Antara barang-barang tinggalan Letusan Merapi 2010

Masuk ke sini, memang rasa insaf lah. Ye la sebab semua tinggalan barangan diorang yang masih diselaputi debu, ada yang dah cair kena lava Gunung Merapi, dan boleh lihat sendiri betapa besarnya kuasa Allah yang mencipta semua ni. Fuh, bayangkan mangsa-mangsa Letusan Merapi ni macam mana keadaannya? 


Batu Alien di Gunung Merapi


Kemudiannya, kami dibawa ke Batu Alien Gunung Merapi. Sebongkah batu yang sangat besar ni sebenarnya salah satu batu yang tercampak jauh dari Gunung Merapi tu hah masa meletus. Bentuknya menyerupai wajah manusia yang sedang menangis dengan kedua bola matanya melengkung menunjukkan kesedihan. Ajaibnya kalau lihat dengan mata kasar memang tak nampak. Tapi dalam kamera jelas wajah manusia tu. Hah nampak ke idok? Kalau tak nampak tu…. Haaaaa….
  
 

Di atas jeep, acah acah je ni..


Ni kulit album apa?


Poyonya masing-masing bergambar hahaha! 


Eh kita lah tu Captain America yang datang Gunung Merapi hari tuuu...

Hah lepas tu kami dibawa pula ke Bunker Kaliadem dan kawasan berbatu yang acahnya nak ambil gambar view Gunung Merapi tapi kabus penuh sampai tak nampak apa apa hahhhahaha. Nasib baik lah di Tebing Breksi hari pertama tu dah menikmati view Gunung Merapi yang cantik! Maka kami di sini, photoshoot je lah acah acah model klip video belaka.
 

Di Bunker Kaliadem.

  

Jangan datang sini waktu sore okayh? Kang dengar macam-macam kang...

Oh ya, Bunker Kaliadem ni sebenarnya dibina untuk dijadikan tempat perlindungan dari panas lahar gunung berapi. Tapi akibat suhu yang terlampau panas, tubuh badan manusia tidak mampu bertahan dan akhirnya semua meninggal dunia. Memang jasad ditemui macam kena panggang. Bayangkan, Bunker ni tertimbus setebal 4 meter, dan berjaya ditemui dalam misi penggalian, hanya selepas 3 tahun bencana Gunung Merapi meletus?  Hah tapi ada mistiknya tentang tempat ni, di waktu petang biasanya kedengaran seperti suara orang merintih menangis. Kalau masuk ke dalam Bunker ni pun memang rasa seram sejuk sebab gelap tanpa cahaya langsung. Sumber cahaya cuma dari pintu masuk je.


Kite mana gerun pun kalau duduk terjuntai di tepi gaung. Haha!


Termasuk dalam pakej ni, kami dibawa pula ke Kalikuning. Hah ingat ada Kalibiru je ke? Kalikuning pun ada uolls. Untuk medium tour ni, kami diminta untuk pilih nak ke Kalikuning atau melawat tinggalan rumah Mbah Maridjan. Mestilah curious nak ke Kalikuning bila Pak Salim pun cakap situ lagi best. Ye, memang cantik!



Atas Jambatan Plunyon Kalikuning

Kalikuning ni macam sungai la. Kali kan sungai. Tapi sebenanrya kat sini dulu, empangan besar untuk kawasan ni. Cuma, sejak Letusan Merapi, empangan air atau dam air ni dah tidak digunakan lagi. Tapi kalau waktu hujan lebat, masih ada lah air mengalir. Menariknya, ada jambatan kat sini yang dikenali sebagai Jambatan Plunyon Kalikuning, yang masih teguh berdiri di situ selepas Letusan Merapi 2010. Kawasan sekitarnya musnah sama sekali, tapi jambatan ni masih kukuh disitu.

Masa kitorang datang siap ada satu kumpulan budak sekolah memonteng kat sini. Lepas tu ada tourist sound diorang, semua blah terus. Hahaha! Tu lah bercinta lagi. Tapi rasanya tempat ni memang takde orang jaga. Kondom pun bersepah. Sedih betul. 

 

Gangster Kampung mana ni? Hahaha!

 

Tepi longkang pun jadi la ambil gambar. Cuba bayangkan macam mana photograher kami si Khai Artzfar amek gambar ni? Terkangkang dekat longkang haha!

Jeep akan melalui pos jaga untuk masuk ke kawasan Kalikuning. Lepas tu dia park tepi, kami jalan kaki jauh jugak lah ke kawasan jambatan tu hahahaha! Dulu sebenarnya kat sini jugak ada tempat kawasan perkhemahan, aktiviti lasak, dan cantik dengan deretan pokok pinus tapi semua tu dah musnah dan terbiar je sekarang. Jambatan Plunyon juga mula-mula tak boleh masuk tapi lepas check semua kondisi masih ok, tourist boleh masuk ke sini. Cuma tempat ni memang tidak dibaiki langsung so banyak kerosakan termasuklah bahagian tepi lereng semua maka hati-hati lah! Hah kat sini memang cantik ambil gambar. Feeling lah cerita Hindustan pulak khen. Ambil gambar pre-wedding pun cantik ok. 

 

Gigih nak bukak penutup Teh Botol 

Lepas tu terus balik ke depoh jeep tadi semula. Dapat air free yeay! Berebut masing-masing nak minum Teh Botol. Hilang semua dahaga anak tekak semua dibasahi oleh Teh Botol. Hah lepas tu apa lagi? Balik lah! Eh takkkk dari Gunung Merapi, kami terus menuju ke Hyatt Regency Yogyakarta untuk check-in kejap! Untuk baca review saya tentang Hyatt Regency boleh terus ke link reviewni okayh? Terima kasih Hyatt Regency Yogyakarta sponsor penginapan 3 hari 2 malam!

 

Mieyamso Besar satuuuuu!

Lepas check-in apa semua kami behenti makan kejap. Saya order Mieyamso saiz besar dan es tea semuanya berharga IDR 16,000. Mieyamso tu Mie Ayam Bakso. Diorang kat Indonesia ni memang suka shortform kan nama makanan hahaha!

 

Hutan Pinus Mangunan

Lepas tu terus menuju terus ke Hutan Pinus Mangunan yang terletak di kawasan Imogiri, Bantul, Yogyakarta. Hutan Pinus Mangunan ni terletak berhampiran dengan wisata lain seperti Kebun Buah Mangunan iaitu negeri di atas awan katanya dan Puncak Becici yang popular untuk melihat keindahan sunset. Kebun Buah Mangunan tu memang best! Sebab kalau datang awal pagi subuh macam tu, boleh tengok kabus awan semua kat bawah. Macam kita duduk atas awan gitu. Tapi kekangan masa dan tak sempat nak susun dah selit masuk itinerary, kami tak melawat ke sana.

  

Kulari ke hutan...kemudian teriakku... 
Eh eh eh...

 

Spot foto di Hutan Pinus

Entrance masuk ke Hutan Pinus Mangunan PERCUMA. Gratis dong! Kami kan suka melawat wisata free je haha! Cuma parkir kena bayar IDR 10,000. Maka apalah sangat bahagi 5 orang baru IDR2,000 sorang. Ye dok? Jimat gituh. Hutan Pinus Mangunan ni memang ala-ala hutan kat FRIM tu hah kalau kat Malaysia. Tapi sini bebas keluar masuk ikut suka hang. Kat sini ada buaian, landskap cantik, platform kayu tinggi atas pokok untuk bergambar, dan pelbagai lagi spot foto disini. Macam-macam ada. Tapi nak dapat view hutan tanpa orang ramai di sekeliling amat lah payah. Hah, kat Hutan Pinus ni jugak lah yang traveller suka buat Hammock gathering sangkut hammock kat pokok sederet panjang sampai atas tu. Fuh, memang best betul.

 


Di spot foto Puncak Becici. Kat sini lagi cantik dari Kalibiru! 

Lepas dah ambil gambar berejam kat Hutan Pinus tu kami terus menuju ke Puncak Becici untuk melihat sunset. Tak ramai tahu tempat ni, tapi sekali lagi ini wisata gratis entri masuknya dong! Demi penjimatan unggul ketika travel, seketul Neyra memang susun itinerary ke wisata yang gratis je banyak! Hahaha. Ye la, kami lama disini, bawak duit pun 2 juta rupiah je ni. Haha. Cuma, sekali lagi parkir disini ialah IDR 10,000. Maka kos untuk seorang Cuma IDR 2,000 sahaja sebab kami berlima.

  

Sunset di Puncak Becici yeay!

Terletak berdekatan dengan Hutan Pinus, Puncak Becici ni juga dipenuhi deretan pohon tinggi pinus. Puncak Becici ni sebenarnya bukan wisata pengunjung mula-mula. Kawasan ni hutan terlindung yang dijadikan tempat untuk proses penghasilan getah pinus. Tapi sebab pemandangan yang sangat cantik kat sini, terus jadi wisata dah. Masa kami datang baru ni pun kebanyakkan spot bergambar masih dalam proses pembinaan. Diorang banyak buat platform kayu atas pokok tu. Macam Kalibiru lah tapi FREE, tak perlu beratur panjang sebab memang takde orang pun dan…takde safety gears! Hahaha. Pepandai lah jaga diri sendiri.

Puncak Becici memang sangat cantik, view yang terbentang luas kat depan kami memang speechless terus. Dengan angina sepoi sepoi bahasa gituh, sesuai dengan nama becici yang membawa maksud berdiam diri dan kata suci. Lokasi terbaik menikmati sunset sebab bukit ni menghadap ke arah barat.

 

Thiwul gula jawa, thiwul keju, thiwul coklat di Thiwul Ayu Mbok Sum. 

Mesti tertanya kan, eh korang ni trip sana sini seharian tak makan apa-apa ke? Demi menghargai masa untuk terkejar sana sini, kami sediakan makan ringan macam biskut, snek dan macam-macam lagi dalam backpack hahahaha! Pulang dari Puncak Becici, dah malam tu berhenti kejap kat kedai Thiwul Ayu Mbok Sum. Hah thiwul ni saya tahu la kuih apa sebab saya keturunan jawa hahaha! Thiwul atau tiwul ialah sejenis makanan yang menggantikan beras. Kalau tak makan nasi, boleh lah makan tiwul ni hah. Bahan asasnya ialah singkong iaitu ubi kayu yang mempunyai kandungan karbohidrat dan kalori yang sama macam korang makan nasi. Daerah kawasan gunung macam ni memang terkenal sebagai salah satu lokasi penghasilan singkong yang banyak. Dan orang tempatan kat sini makan Tiwul ni sebab lagi murah dari beli beras hahahah! Untuk rasa original, Tiwul dimakan bersama parut kelapa dan gula jawa. Tapi di Thiwul Ayu Mbok Sum ni banyak jugak lah flava hipster lain macam coklat lah, keju lah. Sebiji Twiul yang saya beli berharga IDR 10,000 dan saya berkongsi dengan dua orang yang lain. So, dah bahagi 3 baru dalam IDR 3,300 sorang je. Makan panas-panas memang sedap!!!


Wedang Uwuh!


Lepastu on the way balik tu singgah pulak dah beli Wedang Uwuh IDR 9,500 sepaket dan Emping Belinjo 500g (sepaket IDR 12,000) sampai 3 paket! Fuh, 3 paket emping dah IDR 36,000. Ni memang benda wajib ayah selalu kirim. Kitorang kan jawa. Nak tungguh embah saya buat emping belinjo memang dia tak larat dah. So setiap kali visit Indonesia atau bibik kitorang balik kampung baru dapat emping belinjo terbaik gini. Agak murah emping belinjo kat sini berbanding saya beli di Bandung dulu.

Oh ya, Wedang Uwuh tu pulak sejenis miniuman dengan pelbagai bahan-bahan khazanah dalam air tu. Macam minuman herba khas hanya boleh didapati di Jogja ni. Kalau dalam bahasa Jawa, Wedang tu memang minuman la. Uwuh tu sampah. Rasa dia macam manis pedas gitu tapi ada aroma harum. Bahan-bahannya macam halia, kayu secang, bunga cengkih, kayu manis, buah pala dan daun pala, akar sirih dan daun sirih, dan juga gula batu. Macam ewwwww kan? Tapi masa kat Jogja setiap hari saya minum Wedang Uwuh. Memang sangat sedap! Dan pastinya banyak manfaat dan minuman sihat untuk tubuh badan.

Fuh, balik tu memang pengsan terus. Sampai kan Pak Salim pun tumpang tidur bilik Yazid malam tu. Hahaha! Real betul sampai supir pun tidur sama kat Hyatt Regency. Hari keempat kami di Jogja lebih banyak aktiviti menarik dan kami perlu bangun awal pagi! Nanti saya sambung entri seterusnya okayh?

Kos untuk seorang (Day 3):

Total tiket masuk wisata + parking: IDR 98,000
Makan minum: IDR 19,300
Shopping: IDR 45,500

Total kemusnahan setakat ini: 

RM93.92 
+ IDR 582,000 (Day 1) 
+ IDR 280,300 (Day 2) 
+ IDR 162,800 (Day 3)

= RM 93.92 + IDR 1,025,100











You Might Also Like

4 comments

  1. Scenario nampak banyak canitk dan menarik di Puncak Becici tu. Harap saya berpeluang untuk pergi bercuti di sana jugak.

    ReplyDelete
  2. Hi boleh sya bertanya. Kalau saya tidak cukup masa, gunung mana yg saya boleh daki utk lihat sunrise dan view merapapi dan marbabu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau view Merapi dr Tebing Breksi (refer entry Day 1) boleh nampak jgk gunung nya. Tapi situ sunset bukan sunrise. Sunrise lain saya x berapa sure la. X hiking plak kt sana hahaha

      Delete

drop your comment here!

Like us on Facebook