Buang lemak degil dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

4:19 am




Stress dengan lemak degil lagi tepu yang terperangkap dalam tubuh badan korang? Tipu lah kalau takde rasa kisah langsung dengan lemak degil korang tu. Cuba berdiri depan cermin. Tengok spare tyre kat perut, peha, lengan rasa macam eeeeee menyampahnya! Kalau ada Nampak jelas selulit lagi lah rasa malu je semua tu melekat kat badan kita. Hah untuk dapatkan tubuh badan menarik dengan membuang lemak dan selulit korang yang bertahun korang kumpul tu, kombinasi rawatan terapi Cryo-Lipolysis menggunakan teknologi baru Zimmer Z Lipo dan Z WavePro adalah pilihan paling tepat!


 

Tanpa pembedahan, langsung tiada rasa sakit, tiada side effect dan tiada ubat-ubatan mahupun cucuk sana sini, Zimmer akan bantu korang membuang lemak dan selulit di tubuh badan korang. Hah, seronok je dengar kan untuk yang takut jarum tu? Cryo-Lipolysis menggunakan Zimmer Z Lipo adalah selamat digunakan dan diyakini efektif. Zimmer Z Lipo akan mengurangkan lemak korang, dan kawal lemak-lemak tu semua dalam jangka masa yang panjang sebab proses ni akan slowly pecahkan sel-sel lemak dalam tubuh badan kita. Sel lemak mati akan hilang secara semulajadi melalui lymphatic system dalam jangka masa selama 8 hingga 12 minggu. Hah apa tu? Lymphatic system ni ialah satu network of tissue dan organ yang akan membantu menyingkirkan toksin, bahan buangan dan segala bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam tubuh badan kita.

 

Berkesempatan untuk cuba treatment Zimmer Z Lipo dan Z WavePro di The Life Clinic, Jalan Batai, Damansara Height baru-baru ini bersama Dr Serina. Masa datang Dr Serina consult dulu and brief tentang treatment ni. Lepas tu kita bagitahu which part kat badan kita yang kita rasa sangat concern untuk buang lemak. Antara kawasan-kawasan yang boleh buat treatment ialah perut, pinggang, pinggul, belakang, bahagian dada lelaki, peha, dan lengan. Sah sah la seketul Neyra memilih tummy belly yang penuh lemak degil. Lepas tu masuk bilik treatment, terus salin baju, dan baring atas katil je. Haha! Menyerah diri untuk membuang lemak degil di perut yang selalu mintak makanan macam ada saka je dalam tu. Mati lah semua saka lemak itu. Ada 4 step treatment Zimmer Z Lipo ni yang ambil masa kira-kira satu jam. Step-step Zimmer Z Lipo Treatment ialah:

 

Gelpad yang sangat sejuk akan diletakkan terlebih dahulu di bahagian yang kita nak buang lemak tu lepas tu baru dia letak applicator dan cooling process akan dimulakan.

Masa ni segala perasaan ada. Haha! Masa ni boleh rasa lah mula-mula tu macam mana sel lemak bertindak balas dengan kesejukkan terlampau. Kesian, mesti lemak tu terkejut kan? Hah feel dia masa tu macam applicator tu sedut-sedut lemak kita. Mula-mula je lah rasa, lepas tu kalau lemak korang tebal sangat, tempat tu akan kebas dan tak rasa apa-apa dah.

Proses singkirkan lemak! Lemak degil tu semua akan disingkirkan secara semulajadi selepas habis treatment.

Korang akan dapat tengok hasilnya dalam masa 8 hingga 12 minggu dan akan datang follow up semula hasilnya dengan doctor yang rawat kita.

 

Ya, ternyata memang tidak sakit langsung lepas habis treatment Zimmer Z Lipo ni. , memang ternyata takde side effect atau rasa sakit langsung! Kalau ada pun masa treatment tu macam kena gigit semut je. Tapi kalau lemak korang tebal, sah korang takkan rasa apa. Haha! Side effect treatment ni pada badan saya memang takde apa-apa pun yang jelas. Merah ke lebam ke apa memang takde tapi mungkin bergantung kepada individu jugak. Ye lah, badan orang kan lain-lain.

  

Selesai je rawatan Zimmer Z Lipo, mereka teruskan dengan rawatan Zimmer Z WavePro. Z Wave ni akan buat kulit lebih smooth dan contouring bentuk badan untuk kelihatan lebih baik dan opkos lah untuk lebih cantik! Zimmer Z WavePro ini biasanya akan di aplikasikan untuk membuang selulit, menegangkan kulit, membaikpulih parut atau stretch mark, dan mestilah membantu untuk membuang lemak dengan cepat kalau bergabung dengan Zimmer Z Lipo.

Ya, masih di kawasan yang sama, Zimmer Z WavePro di aplikasikan ke kawasan perut saya dan masa mula-mula dengar bunyi machine tu macam gerun jugak. Rupanya tak sakit pun. Haha! Tiada downtime after treatment, tidak membahayakan, efek tahan lama, result yang sangat nyata, dan telah diuji secara klinikal. Ujian klinikal membuktikan perbezaan ruang di antara dua peha sangat berbeza sebelum dan slepas menggunakan rawatan ni, dari 1 cm ke 7 cm. Perubahan yang sangat nyata boleh dilihat selepas 2 hingga 3 sesi. Ada jugak ujian klinikal yang dibuat membandingkan hand massage dengan shockwave technology memang ternyata 44% lapisan lemak lebih banyak disingkirkan menggunakan Z WavePro berbanding urutan secara manual menggunakan tangan. Dan tentunya result yang lebih bagus akan terhasil kalau korang try kedua-dua Zimmer Z Lipo dan Z WavePro!

 

Hah amacam? Nak kurus tanpa rasa sakit? Kalau korang nak try buat rawatan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro ni boleh terus hubungi:

The Life Clinic
Lot 6-2A, First Floor, Plaza Batai,
Jalan Batai, Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur
Tel: 03-2856 9292


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook