Resepi Agar-Agar Pudding POKKA Cookies & Cream

9:04 am




Selain POKKA Premium Milk Coffee dan POKKA Jasmine Green Tea yang memang faveret saya, POKKA Cookies & Cream ni pulak faveret saya untuk buat kuih muih di rumah. Hah siapa cakap air POKKA tak boleh dijadikan bahan dalam masakan? Tapi buat simple-simple je ni sebab balik kampung Tokki haritu macam takde choices sangat bahan yang terjual kat kedai Mak Leha kat simpang tiga tu hah. Gituh... nak buat kek pun Tokki takde Oven! Haha, Maka, terhasil lah Agar-Agar Pudding POKKA Cookies & Cream ni.



Bahan-bahannya ialah:

POKKA Cookies & Cream
Agar-agar
Gula
Serbuk Koko
Biskut Oreo


First step mestilah didihkan agar-agar dalam seperiuk air, Hah banyak mana sukatan air? Ibu punya petua, masukkan air dalam plastik agar-agar tu, penuh satu plastik tu tuang la dalam periuk. Gituh suakatan petua orang tua-tua. Sebenarnya saya pun tak reti sangat sukatan masak-masak macam dalam TV. Semua jenis campak-campak je. Hahahaha,


Sambil duk kacau agar-agar dalam periuk tu, masukkan pulak gula. Hah ni mula-mula letak separuh mangkuk je. Jenis takde sukatan kan. So nak tahu letak banyak mana kena rasa lah sikit kang manis sangat ke tawar sangat ke. Sikit-sikit kang rasa guna sudu. Selamba takut potong kaki pulak kemanisannya. Tapi kalau awak dah manis, mesti agar-agar dah manis kan?


Hah lepas tu masukkan POKKA Cookies & Cream so tak perlu guna susu dah. Air POKKA Cookies & Cream ni rasa manis manis air vanilla rasa cookies gitu. Sedap lah agar-agar puding ni nanti! Nampak tak, belum siap pun dah kena rasa konpiden okayh?


Lepas tu agak-agak macam dah mendidih, agar-agar pun dah cair, gula pun dah larut...masukkan pulak serbuk koko. Kalau takde serbuk koko, tabur milo la. Tapi milo manis tau. Serbuk koko pulak pahit. Hah pepandai sukat la. Ni pun tak letak banyak sangat. Cukup warna, cukup rasa kasi jalan!


Sementara duk kacau-kacau agar-agar tu atas api tu hah, susun lah mangkuk plastik dan letak biskut oreo yang dah dihancurkan atau kepingan biskut. Saya buang semua krim nya tinggalkan biskut je. Nak sedap letak sikit je, Sebab nanti dia kat dasar je. Tinggalkan sikit biskut yang hancur tu untuk ditabur atas agar-agar puding ni kemudian sebagai hiasan atau penambah rasa macam gambar kat atas yang first tadi tu.


Dah siap susun tadi, and dah matikan api kat dapur, tuang pulak adunan tadi ke dalam mangkuk. Hah nanti jadi macam ni tapi nanti biskut tu semua akan jatuh ke bawah. Lepas tu biarkan kejap sebelum tutup mangkuk dan letak dalam peti ais! Mesti lah sejuk-sejuk sedap makan agar-agar puding.Tapi jangan lah letak kat bahagian sejuk beku tu pulak. Jadi ais kang sia-sia je haha!


Hah bila dah perfect tu ready dah untuk dimakan. Agar-agar puding ni bukan macam agar-agar keras sangat ke apa tapi dia macam jelly sikit lembik-lembik gitu. Agar-agar puding ni sedap kalau makan macam gambar pertama entry ni. Ye la cedok terus dari dalam mangkuk dengan sudu! Ada pulak extra biskut ditabur kat permukaan tu! Tapi kalau makan macam gambar kat atas ni pun boleh. Hias sikit dengan buah strawberry ke kan? Tapi kat kampung mana ada strawberry! So makan macam ni je. Nyummm!

Ni video ringkasan cara-cara masak agar - agar pudding POKKA cookies & cream:




Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S