My Sketchbook Shawl by Emma Maembong

8:41 pm



Siapa tak kenal Emma Maembong kan? Selebriti comel lote putih melepak yang pandai berlakon, pandai juga melukis. Hah kalau follow Instagram Emma Maembong mesti familiar tengok post dia melukis. Berbakat besar Emma ni sebenarnya! Menurun bakat melukis pun dari ayahnya sendiri.





Walaupun sibuk dalam dunia lakonan, Emma sebenarnya masih luangkan juga masa menghasilkan lukisan. Tapi kita tak pernah tengok banyak hasil lukisan Emma yang lain kan? Yang art berat gitu. Yang gempak-gempak. Sebab tu kakak-kakak Emma iaitu Coddy Maembong dan Yaya aembong tetibe terfikir idea untuk menubuhkan My Sketchbook Shawl by Emma Maembong awal Jun lalu. Mungkin kakak dia dah penat tengok lukisan dia banyak sangat hah. Bukan sekadar di atas kanvas putih, kini lukisan Emma di atas tudung pula!





Sudah pun mengeluarkan koleksi Libelle, Metafora, dan Fatamorgana di bawah jenama My Sketchbook Shawl by Emma Maembong, dan dah pun mendapat sambutan hangat. Kini,koleksi terbaru iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell pula di keluarkan. Wahhh memang menarik sebab corak nya unik, hasil lukisan Emma Maembong sendiri. Bukan tipikal design yang lain seperti lambakan jenis tudung di pasaran sekarang. Menariknya, setiap pengeluaran tudung My Sketchbook Shawl by Emma Maembong adalah terhad sebab semuanya lukisan ekslusif milik Emma sendiri.



Saya dah rasa sendiri kualiti kain My Sketchbook Shawl by Emma Maembong ni, memang kualiti terbaik. Rata-rata terdiri dari jenis heavy chiffon dan dull satin. Harganya juga cukup berbaloi! Macam tak percaya hasil seni lukis di atas tudung ini dijual dengan harga bermula dari RM55 sehingga RM99.



Jangan lupa dapatkan My Sketchbook Shawl by Emma Maembong dari stokis mereka di seluruh negara! Maklumat lanjut di Instagram: @mysketchbookshawl_hq. Semoga terus sukses Emma!

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook