Raikan Hari Natal & Malam Tahun Baru di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

6:16 am


Hari Natal atau Hari Krimas dah tak lama je lagi. Yang menyambut, dah siap ke semua preparation? Kalau susah susah sangat nak fikir masak apa Malam Christmas Eve atau pada Hari Krismas tu sendiri nanti apa kata korang datang je makan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Apa agaknya yang menarik untuk Sambutan Hari Natal tahun ini?


Sempena Krismas yang menjelang tiba, Big Apple Restaurant, Berjaya Times Squares Hotel, Kuala Lumpur, bakal menghidangkan pelbagai sajian istimewa untuk menceriakan lagi musim perayaan tahun ini. Antara seleksi yang disediakan termasuk Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember 2017, Christmas Hi-Tea Brunch pada 25 Disember 2017 dan New Year’s Eve Buffet Dinner pada 31 Disember 2017.


Dengan pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur, bersama yang teman tercinta dan keluarga tersayang, terhidang Bufet Krismas untuk anda semua. Lagi menarik, tahun ini turut serta meraikan ialah Pocotee & Friends!




Lagi bertambah menarik katanya sambutan kali ini juga lebih meriah apabila para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuklah seutas gelang cantik ditaja oleh 97's , Madeleine Dessert Tower direka khas oleh L'ange Petit Patisserie, baucer penginapan hotel dan juga baucer makan malam di hotel. Wah banyaknya hadiah best! Berjaya Times Square Hotel dah bertukar jadi Santa Claus ke?



Chef Ian Lim berkata memori indah bersama tersayang menyambut Hari Krismas akan tercipta disini. Dekorasi penuh dengan mood Krismas juga disediakan sekitar Big Apple Restaurant ni. Chef Ian Lim ada jugak suggest kitorang try Roasted Whole Turket yang seberat 6 kilogram dihidangkan bersama lobak, sweet potato, radish dan sos Giblet serta jeli kranberi . Memang sedap!





Lebih 200 hidangan disediakan termasuklah seafood fresh semuanya, kek sedap-sedap, ginger bread pun ada! Tapi paling saya suka makan Caramelized Banana Cheese Cake dan Stuffed Banana Roasted Turkey. Ya ampun sedapnya sampai termimpi-mimpi malam tu. Tak puas rasanya! 

Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember 2017 bermula dari jam 630 petang hingga 1030 malam berharga RM138 untuk dewasa, RM48 untuk kanak-kanak dan RM69 untuk warga emas termasuk segelas Carlsberg, house wine, house cocktail, soft drink atau chilled juice.

Christmas Eve Set Dinner pada 24 Disember 2017 bermula dari jam 630 petang hingga 1030 malam berharga RM178 untuk dewasa termasuk segelas Carlsberg, house wine, house cocktail, soft drink atau chilled juice.

Christmas Day Hi-Tea Brunch pada 25 Disember 2017 bermula dari jam 1230 tengah hari hingga 4 petang berharga RM95 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan RM58 untuk warga emas.

New Year Eve Buffet Dinner pada 31 Disember 2017 bermula dari jam 630 petang hingga 1030 malam berharga RM148 untuk dewasa, RM58 untuk kanak-kanak dan RM74 untuk warga emas.

New Year Eve 5-Course Set Dinner pada 31 Disember 2017 bermula dari jam 630 petang hingga 1030 malam berharga RM218 untuk dewasa termasuk house wine atau house cocktail.

Menariknya, Countdown Tahun Baru 2018 akan diadakan pada 31 Disember 2017 di Broadway Lounge dari jam 11 malam hingga 2pagi dimana korang boleh enjoy suasana meriah malam tahun baru dengan view Menara Berkembar PETRONAS, atau boleh juga turut serta dalam countdown party di Poolside Gazebo pula dari jam 9 malam ke atas dengan persembahan bunga api Extravaganza yang akan melengkapkan lagi sambutan malam tu. Harga untuk kedua-duanya ialah RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak kanak berumur antara 12 hingga 15 tahun. Pakej termasuk segelas beer, house wine atau house cocktail.


Nak beli goodies Christmas pun boleh je Life Size Gingerbread House di lobi hotel. Banyak seleksi goodies dengan harga diantara RM16 hingga RM388.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Big Apple Restaurant di talian 03-21178000 (ext. 8133), Samplings On The Fourteenth (ext 8131), Broadway Lounge (ext 8127) dan Poolside Gazebo (ext 8977) atau ke laman web www.berjayahotel.com untuk sebarang maklumat lanjut.

Thanks @zarnizar for the photos! 

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook