5 Video Iklan Tahun Baru Cina 2018 Wajib Tonton

5:04 am


Happy Chinese New Year semua! Sejak dua menjak musim Tahun Baru Cina ni mesti korang perasan banyak video-video CNY yang orang share di Facebook kan? Saya pun ada share beberapa video tau! Ye la, bukan apa, terhibur dan tersentuh dengan video-video CNY yang dikongsi tu. So untuk entry hari ni, dengan semangat tahun baru ni saya nak share dengan korang beberapa video yang menarik perhatian dan pasti korang terhibur dengan video-video ni.




  1. Petronas ‘A Long Way Home’ (https://youtu.be/YHa-5DLiLR8)

Menceritakan tentang Ah Boy yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bersama bapanya tapi dia marah pulak bapak dia sebab membebel tak henti dalam kereta. Jangan begitu semua, ibu bapa kita membebel ada sebabnya. Sayangkan kita la tu. Bila dah teringat momen indah waktu mereka besarkan kita pasti sedih kan?



  1. #YouCanDuit True Love True Wealth (https://youtu.be/hGaBtDNS8jk)

Weyh yang ni sumpah sedih! Betul orang cakap, kekayaan sebenar bukan lah dari segi harta benda tapi sebenarnya kasih sayang la tanda kekayaan yang sebenar. Tak percaya? Tengok la video ni! Menitik air mata baru dua video ni. Aduh video seterusnya macam mana pulak?



  1. Maxis ‘It’s Time To HuarAR (https://youtu.be/UleXdiHL4n8)

Pernah dengar tak singa yang menari Tarian Singa tu merungut dia dah letih jadi singa? Kahkah! Nasib baik video ketiga saya nak share ni dia funny sikit. Ada ke pulak singa ni cakap dia dah letih nak buat tarian singa kat semua tempat? Fuh singa pun tahu komplen sekarang ingat manusia je!


  1. Air Asia ‘Pawsperous Chinese New Year’ (https://youtu.be/hOojgxepuiQ)

Ok yang ni super simple! Tapi maksud yang dia nak sampaikan tu sampai lah which is tahun ni Tahun Anjing kan? Wahhhh pandai anjing tu berlakon kan? Semoga CNY semua orang mendapat pawsperous yang cukup banyak!


  1. YES ‘Yi Er San’ (https://youtu.be/0LcKlg_osj0)

YES! Akhirnya video CNY yang berakhir dengan sedikit kegembiraan. Tapi yang ni kelakor jugak la korang cucu kalau tak balik raya,hah tu dia atok berkungfu piat telinga panggil korang balik. Sampai ikan emas pun terkejut! Tu belum masuk part Neelofa pun ada sekali. Eh? Neelofa?


Apa-apa pun semoga korang semua terhibur dan Selamat Tahun Baru Cina untuk yang menyambut, dan selamat bercuti untuk yang tak sambut tapi sibuk balik kampung bercuti juga. Gong Xi Gong Xi! Huat Ah!! Huat Ah!!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S