Resepi Mudah Kek Cheesekut

10:17 pm


Hai korang, sejak dua menjak ni Ney rasa macam hari-hari ada orang masuk blog ni cari Resepi Mi Kari la, macam mana nak masak Spaghetti Carbonara la, Sambal Goreng Jawa la, eh eh Takoyaki pun ada? Ye semua resepi lah orang google hari-hari. Hari ni Chef NeyNey nak bagi resepi Kek Cheesekut pulak!



Nak buat Cheesekut ni sangat mudah. Disebabkan Ney takde oven kat rumah sewa, maka Ney cuba cari resepi kek yang mudah tanpa guna oven. Bahan yang digunakan pun mudah dicari di pasaraya. Okayh akak-akak sekalian, bahan-bahannya ialah...

Cheese Cream
Biskut Mayat
Susu Fresh Milk
Susu Pekat Manis
Nestum

Hah mudah kan? Punya sikit bahannya dan tak mahal sangat pun. Maybe Cheese Cream je la mahal sikit. Haha! Cara-caranya ialah...

1. Sediakan bahan-bahan. Pastikan cukup! Kang gelabah nak pergi kedai runcit pulak. Lepas tu sediakan mangkuk dan hand mixer atau kalau have have maybe korang ada mixer besar tu hah. Ala Ney guna senduk dengan mangkuk je gais. 


2. Masukkan cream cheese 250g. Ney guna brand Tatura Made in Australia tu hah. Beli size kecik RM8 tu dah memang sukatan dia 250g. Picit je sampai habis masuk dalam mangkuk kayh?


3. Lepas tu masukkan pulak susu pekat manis, agak-agak banyak mana level potong kaki korang nak letak. Ney letak 1/4 tin je. Tak suka manis sangat!


4. Lepastu kacau la adunan cream cheese dan susu pekat manis tu hingga sebati. Pastikan kacau satu arah je tau? Kacau dengan tenaga yang kuat dan penuh kasih sayang.


5. Lepas tu dah macam cream cheese tu sebati dan hancur elok je, boleh letak 2-3 sudu susu segar. Tapi sebab resepi agak-agak kan so Ney pakai tuang je dari kotak! Pepandai la ok? Jangan banyak sangat nanti adunan cair pulak. Kacau adunan sampai kembang.



6. Sediakan loyang atau bekas tupperware. Sediakan semangkuk susu segar, dan celup biskut mayat tu dalam susu tadi satu persatu sebelum susun dalam loyang. Susun rapat-rapat tau?


7. Hah dah susun sebaris tu, boleh tuang adunan cream cheese tu di atas lapisan biskut mayat tadi. Jangan letak terlalu sikit sebab kedekut pulak! Sebab nanti cheesekut ni jadi kering. 


8. Ratakan adunan cream cheese tu lepas tu tabur pulak nestum! Hah tabur bagi sekata ye jangan menimbun pula!



9. Ulang langkah 6 hingga 8 beberapa lapisan sampai habis la. Lepas tu lapisan terakhir tu lepas dah tuang adunan cream cheese teeakhir paling atas tu, tabur nestum dan lebihan biskut mayat yang dihancurkan. Tabur je semua cantik-cantik.


10. Simpan cheesekut yang telah siap ke dalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman. Macam Ney, letak dalam peti ais semalaman so lapisan cream cheese tu tak la terlalu cair masa makan. Makan masa sejuk memang sedap! Potong cantik-cantik dan hidang atau ambil sudu, sekop ke terus cheeskut ni masuk mulut.  Nyummms.

So senang tak? Mudah kan resepi cheesekut ni? Selamat mencuba semua!

You Might Also Like

1 comments

  1. Lama dah teringin nak buat,tapi tak terbuat pun...bookmark dlu,nanti senang

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S