Review Filem Surf This Love : Gelora Juara

5:11 am


Ingat tak baru-baru ni ada cerita pasal  5 Tips Wajib Sebelum Surfing dalam blog ni? Hah lepas tu ada bagitahu yang filem surfing pertama di Malaysia, Surf This Love: Gelora Juara akan ditayangkan di pawagam berhampiran? Yesssss! Dah keluar di pawagam. Boleh dah serbu sekarang. Saya sempat ke Malam Gala Surf This Love baru-baru ni dan tonton filem ni. Hah, best sangat ke cerita ni? 



Dilakon kan oleh pelakon utamanya iaitu Shukri Yahaya sebagai Billy, Christina Suzanne sebagai Mia, Syuhaida Abraz sebagai Siti Lobster, Pekin Ibrahim sebagai Jimmy, Josiah Hogan sebagai Mike Malaya, Ardell Aryana sebagai Lia dan Mustaqim Bahadon sebagai Bobby. Dah kenapa semua nama mat salleh ni? Filem mat salleh ke? Tak. Tak. Surf This Love: Gelora Juara adalah filem tempatan yang terbaru bakal surfing terus ke hati awak semua. Hari ni dah mula ditayangkan di pawagam tau?


Overall, review jujur saya storyline filem ni sangat santai dan straightforward je. Nak relax, chill, gelak-gelak release tension memang wajib tonton Surf This Love. Watak Billy bergabung dengan watak kakaknya, Siti memang terbaik! Lawak mereka sangat bersahaja dan sampai punchlinenya. Semua pelakon juga berjaya menjiwai watak dan mendalami karekter watak masing-masing. Watak Jimmy terlalu deep bermonolog sendiri, watak Bobby yang hanya muncul dua tiga scene je ramai buat para gadis dalam pawagam kecewa sebab Bobby tu kacak!! Haha. 


Watak Lia yang kecil molek tapi pandai surfing juga sangat membantu, dan macam biasa si jahat pasti ada di dalam sesuatu cerita iaitu watak Mike yang playboy. Tapi paling dekat di hati tentunya watak Mia, seorang blogger. Ye la sangat blogger wakkk watak dia dalam filem ni. Sangat tepat jiwa blogger. Lagi-lagi bila tengok lokasi lakonan adalah Pulau Tioman dan ada sedikit sebanyak scene di kawasan Berjaya Tioman Resort. Aduhai, tiga kali datang Pulau Tioman sebagai blogger memang saya stay situ. Mengimbau kenangan.


Saya sangat kagum dengan lakonan Shukri Yahaya sebagai Billy. Dalam filem ni kita semua boleh nampak sisi lain seorang Shukri Yahaya yang sangat kelakar, berbanding watak-watak bengis, saiko, kejam yang pernah di bawa di dalam drama popular Andainya Takdirku dulu. Siapa sangka Shukri ni funny? Dan katanya disebabkan filem ni jugak lah dia sanggup cukur bulu ketiak demi half naked je dalam filem ni. Eh Eh? Haha!

Sinopsis Filem Surf This Love:

Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing, inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang surfer yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan surfing, turut menjadi idola Billy. Tapi satu je masalahnya, Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby meninggal dunia dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak.

Tapi, Billy tak patah semangat! Tetap berusaha belajar surfing. Motivasi dia ni menjadikan filem ni sangat bagus memberi pengajaran jangan cepat putus asa. Kehadiran Mia, si blogger turut buat Billy nak menguasai sukan surfing dan dalam masa yang sama surfing ke hati Mia. Eh eh? Agaknya dapat ke Mia tu? Dah la Mia awek Mike Malaya. Lepas tu berjaya ke Billy surfing dengan cekap tanpa tersungkur di lambung ombak? Hah kena lah tengok filem ni di pawagam!


Berdurasi selama 103 minit, filem arahan Waan Hafiz dan terbitan Global Solution Resources ini sudah ditayangkan mulai hari ini, 22 Febuari 2018 di pawagam berhampiran anda. Jom jom semua serbu pawagam dan meluncur bersama Billy dan rakan-rakan!

You Might Also Like

1 comments

  1. Hahahaha...kalau nak tgk cite cinta & komedi, worth it sgt..Suka kombinasi Syukri & Dotty tapi kalau nak tgk aksi surfing kat Malaysia, 50-50 laa..Pada Sally kurang sgt aktiviti surfing ditunjukkan.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S