SIS Perapat Keperluan Wajib Dibawa Wanita Untuk Travel

6:22 am


Sebagai wanita, bukan sahaja penjagaan wajah dan tubuh badan perlu dititik berat kan tetapi kebersihan alat intim wanita juga haruslah dijaga dengan sebaik yang mungkin agar tidak mengundang sebarang masalah atau pun penyakit.

Kadang kala kita sering leka dan lupa tentang jaga kebersihan Miss V kita ketika travel. Padahal, itu bahagian paling sensitif dan perlu dijaga rapi tidak kisahlah dimana sahaja kita berada. Tidak kira masih bujang atau sudah berkahwin, pastinya korang mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih lagi-lagi yang dah berkahwin tu tentu lah nak yang terbaik setiap kali berhadapan dengan suami di kamar tidur kan? Eh, malu kite. Tapi takpe, berkongsi untuk kebaikkan bersama apa salahnya.


Dan ketika travel juga lah, kita mengabaikan rutin wajib satu ni. Ala kadar je nak cuci Miss V kalau tandas yang kita pergi tu takde pili air ye dak? Masa saya di Jepun, gelabah juga la pergi tandas di subway station takde pili air. Aduh, macam mana nak basuh ni! Bawa feminine wipes pun tetap rasa tak puas nak mencuci dengan bersihnya. Was-was je dah bersih ke tak ni? Macam mana kalau bakteria merebak? Kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita tidak boleh dipandang ringan oleh semua wanita sebab Miss V adalah sangat sensitif kepada keadaan sekitarnya dan senang dijangkiti kuman disebabkan oleh kelembapan yang tinggi.


Dah lah Miss V tu berkait rapat dengan pengeluaran haid, hubungan seks dan kehamilan. Alat sulit wanita juga mempunyai tahap PH yang rendah dan berasid jadi ianya juga tidak boleh dicuci dengan sebarangan sabun ataupun pencuci. Korang juga perlu mengetahui cara – cara mencuci alat sulit dengan baik.

Fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri mengatakan bahawa 90% daripada wanita mengalami masalah dengan Miss V mereka dan diantaranya ialah kegatalan, keputihan tidak normal, bisul, jangkitan saluran kencing atau kencing kotor (Urinary Tract Infection). Kebanyakan masalah ini berpunca daripada penjagaan kebersihan dan kesihatan Miss V yang tak sempurna. Tapi memang tak disangkalkan lagi UTI tu paling ramai wanita kena, sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Doktor kata jika korang gemar buang air kecil di tandas duduk, lebih cenderung korang mudah dapat UTI tu.


Disebabkan saya selalu travel, saya nak kongsikan cara-cara penjagaan Miss V ketika travel. Antara tips penjagaannya ialah:

1. Bilas bahagian luar dan dalam Miss V dengan air bersih selepas buang air kecil atau besar. Kemudian, lap alat sulit korang tu menggunakan tisu sebab alat sulit yang dibiarkan lembap akan membuatkan bahagian intim mudah dijangkiti kulat dan juga membuatkan korang terkena infeksi kulat. Jadi, jangan lupa bilas dan lap!

2. Elakkan dari menggunakan sabun mandi untuk mencuci Miss V kerana sabun mandi boleh menyebabkan kulit di sekitar Miss V menjadi kering dan akhirnya mengakibatkan masalah iritasi kulit. Kena ingat, Miss V tu PH dia lain. Tak boleh guna sabun sebarangan. kalau boleh, beli feminine wash online jika sukar dapatkan di kedai berhampiran. Okayh?

3. Tukar tuala wanita atau pantyliner sekerap yang mungkin untuk mengelakkan pembiakan kuman yang mudah tersebar melalui darah ketika kedatangan haid atau keputihan. Nampak macam haihhh remeh nya nak tukar selalu! Tapi korang kena ingat, darah haid merupakan darah kotor yang mempunyai pelbagai bakteria jahat yang hanya menunggu masa je untuk menyerang Miss V korang tu. Ia juga mempunyai bau yang tidak menyenangkan jadi sentiasalah menukar tuala wanita korang tu  agar korang sentiasa berasa selesa dan bersih.

4. Pakai seluar dalam kain kapas atau lebih dikenali sebagai material cotton. Elakkan pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak. Ya faham, kalau travel suka bawak disposable panties tu lepas tu nak murah beli je membabi buta disposable panties dari material entah apa-apa. Belilah yang cotton tu bukan banyak beza sangat harga pun demi menjaga kesihatan Miss V kita.

5. Bawa pencuci alat sulit wanita untuk digunakan selepas mencuci Miss V. Lambakan pencuci alat sulit wanita di pasaran sekarang ni tidak lah sukar bagi kita untuk beli mana yang sesuai. Tapi ingat, kalau boleh pilihlah yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi untuk memberi rawatan organik dan selamat untuk Miss V kita. kalau rasa tidak yakin selamat dan dikandungi bahan-bahan kimia, tak elok juga ya!


Sebut pasal pencuci alat sulit wanita ni, baru-baru ni saya ke Kota Kinabalu, Sabah untuk Majlis Pelancaran Produk DEL Billionaire Sdn Bhd . Dan salah satu produknya ialah SIS Perapat, iaitu produk pencuci alat sulit wanita. Menariknya, kalau selalu kita jumpa di pasaran, pencuci mesti dalam bentuk cecair atau wipes, yang ni sembur sembur je. Hadir dalam bentuk botol spray kecil bersaiz 50ml, saya rasa SIS Perapat ni memang menjadi satu keperluan wajib perlu dibawa wanita ketika travel. Senangnya, lepas ni sembur-sembur je! Banyak khasiat dan kelebihan SIS Perapat ni. Antaranya ialah:

- Extra wangi dan extra grip. Memang harum siang malam la kalau dah sembur SIS Perapat ke Miss V. Selain mencegah bau yang kurang enak serta memberi haruman dan mengekalkan kesegaran sepanjang hari, SIS Perapat juga membantu untuk mengetatkan lagi faraj dan memberikan efek semakin ghairah ketika melayan suami. Aiyohhhhh! Suka la korang kan?

- Menghilangkan kegatalan dan merawat keputihan tidak normal. Mungkin selepas ini, korang tidak perlu pakai pantyliner lagi?

- SIS Perapat juga membantu untuk mencerahkan celahan Miss V dan membunuh bakteria dan kulat.

- Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi iaitu ekstrak manjakani, sireh dan aura 7 bunga, SIS Perapat juga selamat digunakan oleh ibu hamil

- Sesuai untuk kaum lelaki memakainya juga tapi bukan spray di alat sulit lelaki la. Kalau travel ke mana-mana bawak ni as hygiene sanitizer untuk  mangkuk tandas duduk  yang penuh bakteria. Cuma spray je kan  mudah? Atau kaum lelaki juga digalakkan untuk beli dan pada isteri pun boleh kan?


Cara menggunakan SIS Perapat juga sangat mudah! Selepas mencuci bahagian Miss V korang, cuma perlu lap dan keringkan Miss V dan kemudiannya sembur SIS Perapat pada jarak 15 cm. Lepastu tak perlu dah lap dan bairkan SIS Perapat bertindak memerangkap kuman dan mencegah bau kurang enak. Memang wangi! SIS Perapat ni bau macam sireh dan bunga ros gitu, Terasa kesegarannya bila sembur SIS Perapat di Miss V. Tiada limitasi untuk sembur berapa banyak dan bila-bila masa, SIS Perapat memang solusi terbaik untuk traveller yang nak menjaga kesihatan Miss V mereka ketika travel. Tak terbeban pun nak selit SIS Perapat ni dalam handbag atau backpack. Harganya juga berpatutan iaitu cuma RM59 sebotol!


Menurut kata pengasasnya, Puan Sarzielawati Samad ketika dalam tempoh percubaan, SIS Perapat telah terjual 1000 botol dalam masa 30 hari sahaja. memang betul-betul rapat di hati pengguna nampaknya! Dan selain SIS Perapat, DEL Billionaire juga ada melancarkan Delia Gold Serum dimana kelebihan serum pada kulit memang lah tersangat banyak. Antaranya ialah untuk mengurangkan kedutan dan garisan halus di muka, wajah tampak lebih muda, kulit lebih lembab dan cantik, serta banyak lagi kebaikkan menggunakan Delia Gold Serum ni. Dengan harga bawah RM100, Delia Gold Serum juga antara benda wajib pakai harian!


Puan Sarzielawatie juga ada memperkenalkan Akademi Team SIS secara online dan offline dimana misi DEL Billionaire ialah ingin membentuk lebih ramai ejen-ejen wanita untuk lebih kaya, berjaya dan bergaya walaupun cuma surirumah yang duduk di rumah sahaja, atau yang masih belajar di pusat pengajian. Ruang dan peluang untuk mengikuti Team SIS terbuka kepada semua wanita di luar sana yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan sebarang pembelian boleh terus hubungi atau whatsapp 010-9377805 atau ke laman web www.sisperapat.comApa lagi? Jom sembur-sembur bersama SIS Perapat!

Disclaimer : Setiap orang berbeza keputusannya. Ada yang cepat ada yang lambat mengikut tubuh badan masing-masing. Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor, hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan. 

You Might Also Like

10 comments

  1. aku dulu brand follow me ingat shampoo selamber je pakai.. hahahaha

    ReplyDelete
  2. senang la pasni bawak je weh kalau nak travel. campak je masuk beg haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wey sbb dia spray jem ahhhh mudahnya. rapat rapat sis rapatt

      Delete
  3. Rasa lain sikit lepas pakai sis perapat daripada pencuci biasa yg lain . Yg panting rapat guyss 😂

    ReplyDelete
  4. product ni best, dah pakai , dan dah nak hbs pun pakai hahah pakai x hengat duniaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi wakkkk rapat sgt tuuuu abes sebotol pakai

      Delete
  5. tiap kali masuk tandas aku spray sis perapat ni weh..Best!

    ReplyDelete
  6. betul tu wak.. walau jauh mana perjalanan kita.. kebersihan dekat yg tuttt tu harus di jaga..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S