Pakaian formal murah di Jalan Jalan Japan

4:23 pm


Sejak tak bekerja macam orang lain ni, bila nak pergi interview kerja baru payah betul fikir nak pakai apa? Yela bukan selalu pakai formal attire ke pejabat. Nak beli baru macam mahal kan? Rasa sayang nak habiskan duit yang tak berapa nak ada dalam bank tu. Maka, terus Ney ke Jalan Jalan Japan petang tadi bersama Sally!



Jalan Jalan Japan ialah sebuah kedai menjual barangan preloved yang terbesar dari Jepun ke Malaysia. Kalau di Jepun, kedainya nama BookOff! Banyak barangan seperti baju, perkakas dapur, peralatan rumah, mainan, barangan bayi, peralatan memancing, sukan air dan macam-macam lagi. Rambang mata juga la setiap kali datang kesini. Sebelum ke Tokyo Japan haritu pun banyak shopping pakaian winter kat sini. Memang murah dan berbaloi! Kondisi pakaian juga masih dalam keadaan yang sangat baik.



Jadi kali ni saya ke sini untuk mencari pakaian formal ke pejabat dan juga meeting berjumpa client. Ye la ketika bekerja mestilah nak sentiasa kemas, bersih dan kekal cantik bergaya.  Ney ke Jalan Jalan Japan One Shamelin Mall di Cheras, bila masuk je kedai terus hah serbu bahagian baju formal dan suit bekerja. Seronok boleh mix and match! Tapi target saya untuk belanja kurang dari RM100. Mampukah? Mari lihat pilihan yang ada:

 

Pilihan 1: White top (RM5), Seluar hitam (RM5), Tas tangan (RM20), Jacket (RM10) dan Kasut (RM5). Total: RM45.

Baju sangat selesa, kain yang lembut dan tak panas. Memang tak sangka dapat  baju dan seluar serendah harga RM5! Jacket atau blazer tu pun Ney rasa terkejut tengok cuma harga RM10. Sangat berkualiti materialnya. Kasut masih elok tapaknya, dan boleh diguna pakai. Tas tangan yang cukup besar boleh memuatkan fail-fail penting! Wahh dengan kos kurang RM100 boleh dapat satu set lengkap kan?



Pilihan 2: White stripe top (RM5), Seluar (RM5), Kasut (RM10), Blazer (RM20), Bag dokumen (RM10). Total: RM50.

Baju stripe terlalu simple jika tidak digayakan dengan jacket.  Maka Ney pilih jacket atau blazer (RM20) warna kelabu untum dipadankan bersama white top (RM5) itu. Kasut yang selesa itu pula berharga RM10 sahaja dan bag di tangan juga berharga RM10. Wah menarik sangat bag macam ni. File, dokumen penting semua boleh masukkan dalam satu bag dan ke pejabat dengan senang hati! Masih bawah harg RM100.


Amacam? Siapa cakap untuk cantik bergaya kita kena ke outlet mahal membeli suit formal ke pejabat? Datang je Jalan Jalan Japan ni.  Semua barangan terpakai atau preloved store yang sangat berbaloi untuk dibeli! Jommmm shopping? 

You Might Also Like

11 comments

  1. Wow! Nak g interview ke tuuuuu..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ada dua cawangan.One City Subang & 1Shamelin Mall Cheras

      Delete
  3. murah juga ye.. ramai yang dah pi sana

    ReplyDelete
  4. perghhh
    kalau gaji masuk memang dah pergi nih
    macam best jer
    murah lak tu

    ReplyDelete


  5. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook