Majlis Pelancaran 3 Program Perdana Nexus Produktiviti Peruncitan Dan Makanan & Minuman

9:59 pm


Hari ni di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, inisiatif untuk meningkatkan produktiviti modal insan negara dijayakan oleh Nexus Produktiviti Peruncitan dan Makanan & Minuman untuk industri F&B. Disasarkan pertumbuhan sebanyak 7.2% produktiviti buruh bagi subsektor peruncitan dan makanan & minuman untuk kita capai sasaran produktiviti negara iaitu RM92,300 menjelang tahun 2020. Apa agaknya program ni sebenarnya?



Menerusi program ni jugak, mereka mensasarkan untuk memperkasakan persatuan-persatuan industri untuk menjadi ejen perubahan yang penting dalam negara melalui platform Nexus Produktiviti. Penyatuan diantara persatuan-persatuan ni akan memperkukuhkan lagi jaringan hubungan industri bagi menghubungkan enterprise dan pakar-pakar industri dalam bidang ni. Wah baguslah network pun makin berkembang kan?


Untuk pengetahuan korang, buat masa ni sub-sektor Peruncitan dan Makanan & Minuman menggaji tidak kurang dari 2.7 juta pekerja dan mencatat nilai tambah sebanyak RM89 Billion! Woahhhh banyak tu! Ye lah banyak sebab tercatat rekod sumbangan kepada GDP pun around 8.3%. Tapi korang nampak macam banyak kan sebenarnya produktiviti ni masih dikalangan yang terendah. Sebab tu wujudnya platform Nexus Produktiviti sebagai platform perkongsian dan sebanyak 80 hingga 100 buah syarikat terpilih dijadualkan akan terlibat dengan inisiatif ini.


3 Program Perdana dilancarkan di platform Nexus Produktiviti ni iaitu:

Program Pendigitalan Peruncitan


- Diterajui oleh Pengerusi E-Dagang Malaysia, Encik Ganesh Kumar Bangah 



- Membimbing dan melengkapkan para usahawan runcit terpilih supaya memahami, menyesuaikan dan menguasai revolusi online.



- Mensasarkan untuk memperoleh pertumbuhan yang lestari dan meningkatkan jualan dengan membawa perniagaan mwreka menerusi atas talian.


Program Penerokaan Pertumbuhan O2O


- Diterajui oleh Pengasas Fave, Encik Joel Neoh



- Menekankan penerokaan saluran perniagaan online baru dan model perniagaan untuk meningkat jualan. 



- Memberi pendidikan dalam penggunaan perkakasan digital baru dan maklumat pengguna


Perubahan Ke Arah Kecemerlangan


- Diterajui oleh Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PKT Logistic Group Sdn Bhd, Dato' Michael Tio



- Direka khas untuk pengurusan atasan di sub-sektor Peruncitan dan Makanan & Minuman 



- Dipertanggungjawab untuk mengurus para pekerja ke arah penghasilan output dan menghasilkan persekitaran kerja yang baik



Pelaksanaan inisiatif Nexus Produktiviti Peruncitan dan Makanan & Minuman ini disokong oleh Perbadanan Produktiviti (MPC), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Inisiatif ini juga dijadualkan menerima sokongan dari tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan merupakan kerjasama dengab Organisasi Peruncit Bumiputera (BRO), Persatuan Francais Malaysia (MFA), Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA). Pihak K-Pintar juga telah dilantik sebagai Pengurus Projek dan ditugaskan untuk mengukur tahap produktiviti syarikat-syarikat yang terlibat dalam program ni serta memantau pelaksanaan keseluruhan projek.


Wah sangat bagus inisiatif begini kan? Semoga sektor Peruncitan dan Makanan & Minuman kita meningkat produktiviti, meningkat jualan, peluang untuk pertumbuhan dimanfaatkan, pembangunan secara holistik dan memperkasakan lagi ekonomi negara melalui platform Nexus Produktiviti ini.

Maklumat lanjut tentang inisiatif ini boleh rujuk di:

Website www.mpc.gov.my
Instagram - @MPC_HQ
Twitter - @MPC_HQ

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook