Bagaimana kalau.....kita ada kuasa magik?

11:46 pm


Korang tahu apa yang membuatkan kita rasa istimewa? --- Memiliki kuasa luar biasa dan salah satunya kuasa magik.

Pernah terfikir tak kalau tiba-tiba kita ada kuasa magik? Tiba-tiba ada satu kuasa yang boleh penuhi hajat kita sekelip mata? Oh sekejap! Bukan nak pengaruhi kalian dengan imu sihir atau ke alam syirik mahupun khurafat, tapi kita letakkan diri kita dalam dunia fantasi kanak-kanak kejap. Jadi macam kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dunia fantasi dan magis. Best kan? 


Ney yakin, bukan Ney seorang, tapi majoriti dari kita mesti paling tidak pernah berharap memiliki kuasa magik. Mungkin akibat dari pengaruh rancangan TV, wayang ataupun sekadar kuat berangan, tapi setiap dari kita mesti pernah ada momen di mana tertimbulnya pemikiran seperti "Kalaulah kereta aku ni boleh terbang, mesti boleh lari dari kesesakan jalan ni semua" atau "Kalaulah masa boleh dihentikan, mesti aku boleh tatap muka dia lama-lama." atau "Lapar gila sekarang, cepat lah muncul pizza depan mata!". Pooooff! 



Tipulah korang tak pernah terfikir macam tu kan? Ney pun manusia. Malah, manusia memang kuat berangan. Jadi, memang adalah angan-angan nak miliki kuasa magik ni. Keluar burung terbang dari topi la arnab lah, keluar carrot dah kena makan dengan arnab pun boleh! Wah semua benda nak guna kuasa magik. 


Kalau korang tengok filem Magika, Harry Potter semua tu korang nak tak hidup dalam dunia penuh fantasi dan kuasa magik? Bila kita ada kuasa magik ni bukan je dapat penuhi impian kita dan orang lain, membantu untuk menggembirakan hati orang lain tapi dapat buat semua orang mengkagumi kita kan? Tapi, wujud kah kuasa magik? Macam mana kita nak jadi power macam tu?


Hah, berita baik untuk korang yang mahukan kuasa magik serta merta! Sempena cuti sekolah pun hampir tiba ni, apa kata kita ke CITTA Mall bawa anak-anak semua ke CITTA Magic Masters!

Ini antara aktiviti-aktiviti yang boleh korang sertai pada 17 dan 18 Mac 2018 di CITTA Magic Masters, CITTA Mall:



17 March 2018

2:00pm  Icelone the Magician
3:00pm Romantic Mushroom Comedic Magician Act
4:00pm Ae Jay aka Zerbeto
4:30pm Blanko the White Statue (Paint the "human clay")


18 March 2018

2:00pm Alex de Magician
3:00pm  The Mr. John Show (Puppet Show)
4:00pm Kimmy the Magician
4:30pm Floating statues 

Wahhh dunia penuh magik! Mesti anak korang semua happy cuti sekolah ni. Apa lagi? #JomCITTA beramai-ramai di CITTA Mall! Info lanjut: Facebook Events CITTA Magic Masters.

CITTA Mall
Jalan PJU 1A/48,
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya,
Malaysia


You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S