LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge di Midvalley Megamall

9:30 pm


Cuti sekolah kali ni sekejap je kan? Mesti ramai ibu bapa yang tak berkesempatan nak bawa anak-anak bercuti jauh ke apa. Takpe, untuk mereka yang duduk dalam Kuala Lumpur, ada pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak di Midvalley Megamall!

Jika si manja peminat tegar LEGO Ninjago, semestinya ini aktiviti wajib untuk meraka cuba. Sempena pelancaran set terbaru LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Spinner, LEGO Malaysia membawa semangat ninja tu ke event LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge yang diadakan di Midvalley Megamall pada 14 Mac sehingga 25 Mac 2018. Wah eksklusif hanya sempena cuti sekolah ni!

LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge:
Tarikh: 14 Mac - 25 Mac 2018
Waktu: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Centre Court, Ground Floor, Midvalley Megamall


Banyak trick and skills boleh korang belajar di LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge ni. Belajar untuk palm spin ke, the orbit, the Zen, the LeapFrog, dan pelbagai lagi skill-skill seorang Spinjitzu! Gituhhh,.. Satu set Spinjitzu Spinner ni termasuklah LEGO brick handle, spinner dengan kapsul minifigure, dan rip cord. Ala-ala main gasing gitu tapi versi selamat untuk kanak-kanak. Selain daripada kanak-kanak boleh bermain dengan spinner masing-masing, mereka juga berpeluang untuk menang goodies dan berjumpa dengan ninja Kai, Jay dan Llyod! Seronoknya...




Terdapat 3 kawasan untuk bermain di LEGO Ninjago Spinjitzu Masters Challenge; the training dojo, practise dojo, dan spinjitzu battle arena. Kanak-kanak yang nak main akan mengikuti latihan dan berlawan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ye la nak train sampai jadi Spinjitzu Master kan? Siap ada coach kot akan ajar skill-skill hebat. Wah, memang betul jadi ninja lepas ni! Tak lupa juga kalau beli playset LEGO Spinkitzu Masters masa event ni, boleh dapat harga promosi atau menangi pelbagai hadiah eksklusif.


Jom kita ke Midvalley Megamall! More info boleh ke Facebook LEGO Malaysia okayh?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S