Dekad Baharu Johor : Perumahan & Pemilikan Tanah di Johor

5:35 pm


Selepas membaca Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018 di laman web www.dekadbaharujohor.my minggu lalu, Ney tertarik dengan laporan perumahan & pemilikan tanah di negeri Johor. 16,010 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) telah siap dibina, dan berbaki 83,990 masih dalam pembinaan di sekitar Johor. Sejak Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin mensasarkan 100,000 unit RMMJ menjelang 2023, seramai 17,292 pemohon telah menerima tawaran RMMJ sejak 2013. Wah ramainya! Dan RMMJ ni apa?



Objektif utama ketika keluar rangka rancangan untuk mula program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) ini ialah untuk menyediakan kemudahan perumahan yang bersesuaian dengan keperluan golongan sasar dan dasar kerajaan. Fokus utama mestilah untuk mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat Johor.



Golongan berpendapatan rendah dan sederhana agak sukar untuk mencari rumah yang mampu untuk dimiliki oleh diri sendiri. Harga rumah yang telah meningkat naik seiring dengan ekonomi dunia yang tidak stabil ketika ini menyebabkan pembinaan rumah mampu milik seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membeli rumah yang sesuai. Dengan wujudnya Program RMMJ ini dan pelbagai rumah mampu milik yang telah dibina di Johor menjadikan ia harus dipertimbangkan oleh mereka yang ingin membeli rumah ketika ini.



Terdapat 3 dasar yang diperkenalkan untuk RMMJ:

1. Rumah Komuniti Jenis A

- Harga rumah ialah RM 42,000
- Had maksimum pendapatan ialah RM 3,000

2. Rumah Komuniti Jenis B

- Harga rumah ialah RM 80,000
- Had maksimum pendapatan ialah RM 5,000

3. Rumah Mampu Milik Johor

- Harga rumah ialah RM 150,000
- Had maksimum pendapatan ialah RM 8,000


Dalam kad laporan manifesto PRU Ke-13 oleh Barisan Nasional Negeri Johor, status-status aku janji untuk perumahan dan pemilikan tanah telah berjaya dilaksanakan.

✔️ Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) - 16,010 unit telah siap dibina.

✔️ Menyelesaikan projek rumah terbengkalai - 35 projek telah diselesaikan.

✔️ Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) - 1,170 unit telah siap.

✔️ Meneruskan Program Bantuan Rumah - 4,029 unit telah dibaik pulih atau bina baharu.

✔️ Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor - 9,102 peneroka telah menerima.

Untung siapa #TeamJohor kan?  Bila urusan memiliki rumah sendiri dipermudahkan dengan bantuan kerajaan negeri. Hak milik tanah juga terpelihara. Kalau korang nak baca dengan lebih lanjut tentang #DekadBaharuJohor ni boleh terus ke www.dekadbaharujohor.my. Pelbagai kemajuan dan pencapaian telah berjaya dilaksanakan dalam masa 5 tahun ini. Bangga! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S