Misi Membangun Dekad Baharu Johor

9:10 am


Hari ni, usai solat Isyak, sempat Ney tonton temu bual khas bersama Menteri Besar Johor, YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di Astro Awani. Wah, Ney bukan rakyat Johor tapi dengar tentang Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018 memang membanggakan. Apakah misi membangun Dekad Baharu Johor?
“Dalam masa sepuluh tahun akan datang, akan bermulalah era baharu untuk Johor yang akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya secara transformatif, melalui Misi yang dikenali sebagai Membangun Dekad Baharu Untuk Johor atau DEKAD BAHARU JOHOR.” -- YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor 

Selama 5 tahun ni, banyak transformasi besar berlaku untuk rakyat Johor. Dan sebab tu lah Kad Laporan Pencapaian Johor 2013-2018 ni keluar malam ni untuk rakyat semua menilai sendiri prestasi kerajaan untuk negeri Johor. Memang kagum hasil muafakat dan kesejateraan #TeamJohor selama ni bersama-sama dalam misi membangun #DekadBaharuJohor ni. Bak kata YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sendiri, pelbagai inisiatif untuk keutamaan Bangsa Johor telah diberi. Priority first bak kata orang! Untung rakyat Johor kan? Dekad hadapan adalah dekad baharu untuk Johor terus maju.


Antara pencapaian utama 2013-2018 yang dapat Ney lihat, paling membanggakan ialah Johor Connectivity. Jalan-jalan kampung telah dinaiktaraf dan memberi lebih keselesaan kepada rakyat Johor. 334.36 KM jalan raya dibina baharu untuk menghubungkan kampung-kampung dan 29,386 unit lampu telah dipasang demi keselamatan rakyat sendiri. Bukan tu je, 1,212km jalan raya juga telah dilebarkan dan Johor merupakan negeri pertama yang mempunyai sistem pemetaan digital untum jalan kampung. Wow! Sebagai anak seorang juruukur jalan raya, tetibe rasa kagum.


Indeks jenayah di Johor juga telah menurun 46% mengikut sumber Polis Diraja Malaysia. Kalau lihat statistik, tahun 2017 hanya mencatatkan 11,307 kes jenayah berbanding 20,970 kes pada tahun 2011. Banyak berbeza bukan? Hampir separuh indeks berkurangan ni salah satu pencapaian yang agak bagus.



Dari segi keusahawanan pula, pembangunan di Johor sangatlah tersusun. Pembukaan Entrepreneur Development  Centre (EDC) Johor sebagai pusat sehenti keusahawanan Johor dan juga lebih 10,000 orang usahawan telah berjaya dibangunkan setiap tahun. Johor juga merupakan negeri pertama yang mewujudkan Pelan Tindakan Strategik  PKA 2015-2020.

Haruslah, rakyat merupakan keutamaan. Kedai harga patut IMCOOP wujud untuk meringankan lagi kos sara hidup rakyat Johor. Kini, terdapat 3,127 pemegang kad diskaun dan 18 buah kedai telah membangun. Begitu juga dengan pusat edaran barang basah juga semakin banyak saban hari.



Hah macam tu jugak dengan tempat tinggal dan pekerjaan juga diberi keutamaan. Sejak 2013, seramai 17,292 pemohon telah menerima tawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan 16,010 unit telah pun dibina. Kerajaan mensasarkan 100,000 unit RMMJ akan siap menjelang tahun 2023. Untung warga Johor. Ye lah, rumah makin mahal harganya dan dengan wujudnya RMMJ ni memang sangat membantu.

Selain itu, 180,000 peluang pekerjaan juga kini tersedia untuk rakyat Johor. Dari segi pembuatan, minyak dan gas, perladangan, pembinaan, peruncitan dan macam-macam lagi industri bersedia menawarkan peluang pekerjaan.


Banyak fokus Kerajaan Negeri Johor untuk Misi Dekad Baharu Johor. Antaranya ialah:

- Prasarana Johor akan dibangunkan pada skala besar-besaran.

-Perubahan drastik struktur ekonomi Johor dengan berpaksi dan berorientasikam ekonomi masa hadapan.

- Memantapkan tatakelola kerajaan dan governas yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang.

- Menggandakan usaha besae-besaran untuk memastikan Bangsa Johor dibangunkan pemikiran, bakat dan kemahirannya secara bersepadu.

- Kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama.

- Kesejahteraan dan keselamatan insan.

Banyak lagi sebenarnya pencapaian Johor dalam masa 5 tahun ni dan misi-misi Dekad Baharu Johor tapi Ney kupas sedikit sebanyak yang perlu je. Korangk kenalah baca selanjutnya di www.dekadbaharujohor.my kalau nak tahu lagi banyak pasal ni. Kad laporan pencapaian  Johor 2013-2018 juga boleh dimuat turun dari website yang sama ok?

Dekad hadapan, dekad baharu Johor. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S