Homemade burger sedap di Cloves Restaurant & Cafe

10:11 pm



Bila dah bosan makan burger di restoran makanan segera, tekak terasa nak makan burger sedap yang daging burgernya adalah dari resepi homemade tersendiri. Bila dapat tahu dari rancangan TV Jalan jalan cari makan yang Cloves Restaurant & Cafe ada burger sedap, terus ajak kawan-kawan ke sana. Katanya sini port makanan western dan asian di Jalan Genting Klang. Google punya google, eh la tak jauh pun dari LRT Wangsa Maju! Cun!




Cloves Restaurant & Cafe di Jalan Genting Klang ni terletak dalam kawasan PV 128 yang banyak kedai makan tu. Cloves ni di tingkat 2, menghadap jalan besar tu. So kalau dari jalan besar tu boleh nampak lah sign Cloves ni. Bawak pulak si genit comel ni bawak makan, restoran ni nampak sesuai untuk santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Siap ada pasangan yang sambut anniversary kat sini masa tu. Wah romantik betul! Banyak juga makanan yang kami order petang tu tapi Ney order Triple B Burger dan Garden Salad.


Triple B Burger (RM 25.00)

Fuh bila dapat hidangan ni depan mata, terus selak roti burger tu nak tengok apa yang tebal sangat burger ni. Ye la bertingkat-tingkat burger ni ada 3 lapisan rupanya daging burger, beef bacon dan sayur sayuran. Punya banyak limpahan mayonis sampai meleleh-leleh tumpah ke ladang kentang goreng yang juga banyak di letakkan di sebelah burger tu. Terfikir jugak ni nak makan macam mana mulut tak mampu nak nganga luas-luas? Haha!

Daging burgernya homemade, diperbuat dari resepi original chefnya sendiri. Sangat tebal isinya, lembut dan sedap! Betul-betul terasa daging tu lembut dan juicy. Puas hati betul dapat daging burger tebal macam ni.  Bukan sahaja mayonis, burger ini secukup rasa dengan limpahan sos lada hitam dan mustard. Bertambah lengkap rasanya dengan kepingan beef bacon tu. Dengan harga RM25 memang sangat berbaloi untuk korang cuba Triple B Burger ni. 


Garden Salad (RM 18.00)

Garden Salad ni Ney order la sebab Nizar kata dia nak diet haha!  Sekali datang dalam mangkuk besar terus terkejut portion banyak macam ni, berkongsi la nak habiskan Garden Salad ni. Gabungan daun salad, bawang, lobak merah, tomato dan telur dalam satu mangkuk dan tambahan rasa sos dressing tu memang mantap! Gaul semua, lepas tu kongsi makan bersama. Selera terus memikirkan makan burger tadi macam banyak terasa gemuk sangat dah, tu semangat makan Garden Salad.


Tropical Punch & Minted Strawberry Lemonade (RM 9.90)

Untuk lebih lengkap sesi makan ni Ney order Tropical Punch dan kawan pulak order Minted Strawberry Lemonade. Rasa Tropical Punch tu manis buah, lepas tu tak habis-habis mulut ni mengunyah banyak buah tembikai yang dipotong kiub kecil dalam air tu. Rasa fresh selepas perut dah kekenyangan melantak burger dan salad tadi.


Selain burger kat sini ada jugak makanan western dan asian yang lain. Tengok Sally makan Rib Eye Steak dan Lamb Shoulder nampak sedap jugak meleleh air liur. Kalau sejenis tekak melayu, kat sini  ada juga Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Daun Kari, Mee Bandung Batu Pahat, Laksa Kedah dan macam-macam lagi. Boleh datang sini bersama keluarga  dan rakan-rakan, sambut birthday ke, anniversary ke atau apa sahaja. Katanya khidmat katering juga disediakan untuk maksima 200 pax. 

Jom cuba sendiri keenakan makanan western dan asian disini!

Cloves Restaurant & Cafe
(Cloves Dining)

Jalan Genting Kelang,
Taman Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8585

You Might Also Like

1 comments

  1. Sally mmg suka gila dengan Minted Strawberry Lemonade tu, rasa strawberry dia manis masam, ada peppermint lagi...mmg rasa fresh lepas makan steak yang berlemak tuu..hahahaha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S