Bufet Ramadan Murah di Lake Cempaka Villa Bangi

7:15 am




Pejam celik dah seminggu rupanya kita berpuasa. Awal puasa, rajin lagi nak memasak. Dah masuk minggu kedua terasa malasnya kan? Belum masuk part pening nak fikir nak berbuka mana ke, kawan-kawan ajak reunion lah, macam-macam lagi. Hah untuk kawasan Bangi, Ney nak suggest korang berbuka di Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi.


Terletak di sekitar Taman Tasik Cempaka berhampiran restoran Mc Donald Bangi Seksyen 9, dan tidak jauh dari Bazaar Ramadhan Bangi. Untuk pengetahuan korang, Lake Cempaka Villa ni kepunyaan Felda D'Saji yang cukup terkenal dalam hidangan sajian melayu. Dengan harga Bufet Ramadan cuma RM58 sahaja untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak kira sangat murah! Dah la pelbagai jenis makanan dihidangkan, dapat pulak view cantik menghadap tasik. Lokasi agak privacy, so rasa best je iftar dengan kawan-kawan baru ni.


Antara makanan yang dihidangkan dan menjadi faveret Ney ialah Sambal Goreng Jawa! Weyh, ni memang makan ruji kami kalau hari raya, sebab Ney keturunan Jawa. Sedapnya MasyaAllah penuh pinggan Ney makan. Memang sedap! Lagi satu yang menarik ialah Asam Pedas Daging Tetel, kalau nak makan dengan nasi pun ok,  nak mkan dengan roti pun sedap. Kenapa ada roti pulak ni? Hah sebab roti paun tu dipotong-potong dan hidang bersama sup daging kawah panas-panas. Sedapnya makan roti cicah sup! Creamy mushroom soup pun ada tau!






Bukan tu je, ada juga Telur Itik Masak Lemak Mangga Muda, Rendang Kacang Panjang Hati Ayam, Ayam Masak Lemak, Laksa Johor dan lain-lain lagi. Tarikan lain dari yang lain kat sini ialah Nasi Khai Mok Khai yang berasal dari Thailand. Hah tak perlu susah ke Thai nampaknya, dia Bangi pun boleh makan masakan Thailand! Sambal pun pelbagai ada Sambal Petai, Sambal Hijau, Sambal Tempoyak dan lain-lain. Sampai menjerit member nampak Sambal Tempoyak sebab dia teringin lama dah. Haha!








Suka makan kambing golek? Hah kat sini pun ada! Boleh makan sepuas hati korang, lengkap dengan sos lada hitam. Ada juga ayam bakar, sosej, jagung dan wedges untuk lengkapkan hidangan ala western korang tu.  Pasta dengan sos carbonara dan bolognese juga disediakan di Lake Cempaka Villa ni. Live station pun ada di sini, dan korang akan dihidangkan dengan Mee Goreng Mamak, Kuey Teow Goreng, Keropok Lekor, dan aneka cuxur yang digoreng panas-panas untuk korang nikmati ketika berbuka puasa. Untuk pemanis mulut, pelbagai aneka kuih-muih melayu tradisional dan juga kek disediakan. Bubur lambuk dan bubur jagung juga ada kalau tak, tak lengkaplah iftar tanpa bubur lambuk kan?

Kemudahan surau yang selesa dan tandas yang bersih memang terbaik! Ney sempat solat Maghrib disurau mereka memang cukup untuk muatkan ramai orang dalam satu masa. Tidaklah sampai berhimpit ye dak? 

Harga untuk dewasa RM58, kanak-kanak pula RM33 sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang Bufet Ramadan di Lake Cempaka Villa boleh juga ke Facebook: Lake Cempaka Villa Official atau Instagram: @lakecempakavillaofficial.

Lake Cempaka Villa 
Taman Tasik Cempaka 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi 
43650 Bangi, Selangor


Telefon 
0104217147 (Pn Farhana)
0172020380 (En Firhad)



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook