Tips percutian murah di Asia Tenggara

2:07 am


Bila kita travel, kita sentiasa nak percutian bajet murah dan jimat kan? Macam tu jugak bila Ney ke Filipina, Laos, Indonesia atau kemana sahaja, kalau boleh sampai ikat perut nak jimat. Tak kisah lah dari segi kos belanja makan minum, kos penerbangan, atau kos tempat tinggal. Ada orang beli tiket awal setahun sebab nak murah. Ada orang sampai bawak maggi satu luggage sebab taknak belanja lebih untuk makanan di negara orang. Ada orang nak jimat, sampai terpaksa stay hostel walaupun tak selesa. Kenapa kena berbelanja lebih, kalau kita boleh jimat ketika travel? Kali ni Ney nak kongsi tip percutian murah di sekitar Asia Tenggara.



Bercuti lebih kerap, dan jimat berbelanja di sekitar Asia Tenggara

Ney dah bercuti di semua negara Asia Tenggara, Alhamdulillah dah completed pun. Dan hampir kesemua negara Asia Tenggara ni Ney travel secara solo travel, dan backpacking. Dah travel seorang diri mestilah lagi nak jimat ye dak? Dan kalau ditanya bagaimana untuk travel kos rendah di Malaysia, Indonesia, atau Singapura, Ney rasa agak mudah untuk kita berjimat sebab pertukaran matawang tidak terlalu besar beza nilainya. Dan makanan halal juga mudah untuk didapati. Begitu juga dengan pilihan hotel-hotel murah yang berlambak di tiga negara maju ni.


Tapi, bagaimana pula dengan negara seperti Filipina ke Laos ke yang bukan muslim friendly dan agak susah pengangkutannya? Mudah kah urusan bercuti ke sana? Mampukah kita berjimat kalau nak ke sana? Sebagai contoh, Ney ke Cebu, Filipina selama 6 hari 5 malam pada tahun 2016 hanya dengan kos sebanyak RM 1,187.23 termasuk kos penerbangan, penginapan, makan minum dan aktiviti dan ramai terkejut bila baca entry blog Ney masa tu. Biar betul dekat seminggu duduk sana banyak tu je habis? Dah la mahal matawang sana kalau nak compare dengan kita punya duit yang semakin merudum jatuh nilainya. Ya, antara tips yang selalu Ney guna untuk bercuti dengan kerap tapi jimat kos ialah: 

1) Tempah tiket penerbangan hanya ketika ada promosi murah, atau tempat duduk percuma.

2) Rancang perjalanan atau itineri sebelum bercuti ke sana. Perlu tahu route jalan, kenderaan apa perlu dinaiki, bas no berapa, mana nak tunggu taxi, dan apa pilihan yang ada. Tak lah sampai bebrelanja lebih kalau dah buat research!

3) Tempah online hotel murah di Zenrooms.com misalnya kerana mereka merupakan rangkaian hotel bajet pilihan ramai! Serius, harga yang ditawarkan memang paling murah terutamanya di sekitar Asia Tenggara.

4) Makan bila perlu, tapi tidaklah sampai perlu bawa satu luggage mi segera!


Percutian jimat kos, tapi berkualiti dan berbaloi-baloi

Kita fokus kepada topik tempat tinggal. Ada orang, tak selesa untuk tinggal di dorm atau hostel bercampuran lelaki dan perempuan semata-mata demi nak jimat. Ada orang, paranoid untuk tinggal dengan strangers sebab takut kecurian, diganggu, dan macam-macam lagi. Pilihan yang ada untuk jenis manusia begini tentunya duduk di hotel. Tapi, hotel tak murah macam dorm, macam mana nak jimat?

Ada banyak platform yang menawarkan rangkaian hotel dengan harga murah tapi lately Ney banyak tempah hotel-hotel murah untuk travel di Zenrooms.com. ZEN ni ada pelbagai jenis bilik-bilik yang cantik, selesa tapi dengan harga yang sangat murah di sekitar Asia Tenggara ni. Ya, ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina pun ada! Fokus utama ZEN ni, untuk menawarkan perkhidmatan bilik hotel termurah, tapi masih berkualiti kondisi biliknya. Barulah berbaloi-baloi harganya kan?






Fasiliti lengkap di ZEN dan memudahkan ketika travel 

Kalau korang nak tahu kenapa Ney lebih cenderung untuk memilih ZEN ketika travel, sebab semua bilik-bilik ZEN ni mempunyai fasiliti lengkap yang akan memudahkan lagi hidup korang waktu sedang travel. Salah satunya, akses Wi-Fi . Bilik-bilik ZEN dijamin akan dilengkapi dengan akses Internet atau Wi-Fi percuma dengan kelajuan tinggi. Hah, mudahlah untuk berhubung dengan keluarga, atau update gambar travel di Instagram atau Facebook kan? Ye la selalunya Ney malas beli simkad dan subscribe data Internet local ketika travel sebab nak berjimat. 100% bergantung harapan dengan Internet di bilik hotel!

Selain akses Wi-Fi, bilik-bilik di ZEN juga dijamin selesa, bersih, berhawa dingin, ada hot shower, dan juga 24 jam customer support! Hah, kalau ada masalah bilik ke apa, boleh terus maklum kan kepada mereka. Tak perlu panik ketika travel pun! Dijamin terjaga kebajikan gituh.


Tentang ZEN Rooms

Dengan objektif untuk membaikpulih sektor industri hotel yang masih berada di takuk lama, atau orang kata old fashioned, ZEN mula beroperasi di Indonesia sekitar pertengahan tahun 2015. Di Asia Tenggara ni, ZEN terkenal lah dengan rangkaian hotel bajet murah mereka. Selepas 3 tahun, ZEN semakin maju dan membangun tapi masih mengekalkan harga yang murah, dan servis berkualiti tinggi. Bayangkan paling murah harga bilik di ZEN ni RM23 je? Gilaaaaa tak masuk akal harga tapi tu lah realitinya! Sebab tu Ney suka pakai ZEN ni kalau travel. ZEN boleh didapati di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Hong Kong, dan Sri Lanka. Kalau korang travel ke negara ni semua, boleh la stay di ZEN! Dekat Malaysia ni sendiri ZEN dah ada di 7 bandar utama, dengan 2,500 buah bilik di 100 buah hotel.

Hah jangan lupa follow Instagram @zenrooms.mys atau Facebook ZEN Rooms MY untuk sebarang promosi dan maklumat lanjut. Kadang-kadang ada contest tau! Hehehe. Dah nak dekat raya ni, ramai betul yang nak kahwin. Apa kata korang book mana-mana hotel dengan ZEN untuk honeymoon? Book sekarang di www.zenrooms.com, boleh jimat beribu-ribu lemon! Happy vacation semua! 








You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook