Kempen #PerfectTogether Ramadan Raya bersama Mission Foods & Emborg
8:55 pm
Bila Ney masak di rumah, biasanya Ney akan guna bahan-bahan nutrisi tinggi dan berkualiti dan Ney memang pengguna tegar produk Mission Foods dan Emborg dalam penyediaan makanan. Nak buat tortilla wrap, guna Mission Foods, lepas tu biasa buat dessert Cheesekut misalnya, Ney kadang-kadang guna produk Emborg. Dua jenama ni memang sinonim dalam kehidupan seharian Ney. Mantap kalau gabung dua jenama ni dalam masakan harian tau?
Pagi tadi, Ney berkesempatan ke Majlis Pelancaran Kempen #PerfectTogether di Glasshouse, Seputeh. Mission Foods dan Emborg berkerjasama untuk kempen ini sempena bulan Ramadan dan Raya, bersama-sama dengan Chef No 1 Malaysia, Chef Wan! Wah kalau dah tiga nama besar ni bergabung memang meletop lah uolls! Mesti terhasil masakan-masakan yang sedap kan?
"Kerjasama antara Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini sangat memberi inspirasi dan pengalaman yang seronok", kata Chef Wan. Ye lah bulan Ramadan dan Hari Raya semuanya tentang keluarga dan rakan-rakan berkumpul, untuk berkongsi hidangan bersama tidak kiralah ketika bersahur atau berbuka puasa. Memang lagi bertambah perfect together lah kombinasi semua ni!
Sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, Chef Wan akan berkongsi tips dan resepinya yang tersendiri yang menggabungkan produk Missions Foods dan Emborg untuk menghasilkan kira-kira 10 resepi mudah dan cepat yang akan dipaparkan di video online nanti. Resepi mudah dan cepat ini memang sesuai untuk dimakan di rumah atau on-the-go bawa ke pejabat dan sebagainya.
Masa kat Majlis Pelancaran Kempen #PerfectTogether tadi, sempat la kitorang tengok demonstrasi dari Chef Wan sendiri, untuk resepi seperti Murtabak Kambing Wrap, Piza Tuna Pedas dan Ikan Bilis, dan juga Tat Kelapa dan Pisang Keju Wrap. Masa demo tu Chef Wan memang banyak berkongsi tips dan cara-cara bagaimana nak menggabungkan dua produk ni, dan info nutrisi resepi yang dihasilkannya. Dari guna Naan, Wrap sampai lah Tortilla Chips lepas tu Cook & Bake butter, Cheddar Cheese Topping, semua guna. Memang mudah, nampak sihat, dan sedap resepi-resepi yang dikongsikan oleh Chef Wan pagi tadi. Sesuai la nak masak masak bulan puasa. Ye la, selalu kan terkejar-kejar waktu sahur dan berbuka puasa haha!
Kempen ini akan bermula pada hari pertama Ramadan, untuk korang tonton dan cuba sendiri resepi-resepi ni ketika bulan puasa nanti. Jangan lupa tonton secara eksklusif video-video yang bakal ditayangkan di:
Instagram Mission Foods: @missionfoods.my
Facebook Mission Foods: www.fb.com/missionfoodsmalaysia
Instagram Emborg:
Facebook Emborg: www.fb.com/EmborgMalaysia
Instagram Chef Wan:
Kempen ini juga akan dimeriahkan dengan beberapa personaliti seperti Juliza Adzlizan, Didie Nasir dan Danish Haraz yang akan join bersama Chef Wan masak-masak dan berkongsi juga resepi mereka. Untuk maklumat lanjut boleh ke website Mission Foods www.missionfoods.com.my dan website Emborg www.emborg.com. Selamat memasak korang!
0 comments
drop your comment here!