Juadah Iftar Kampung Di The Westin Kuala Lumpur

7:16 am



Amacam puasa? Pejam celik dah nak masuk 5 Ramadhan. Ney hari-hari berbuka puasa di rumah je sampai lah hari ketiga berpuasa baru ni, Ney iftar di luar. Salah satu lagi tempat wajib Ney berbuka puasa setiap tahun semestinya The Westin Kuala Lumpur. Terletak berhadapan dengan Pavilion Kuala Lumpur, dan berdekatan dengan MRT Bukit Bintang, sememangnya ini lokasi paling strategik dan mudah akses!

Tema tahun ni ialah Juadah Iftar Kampung, dan semestinya pelbagai jenis masakan kampung dihidangkan. Tapi bukan masakan kampung je, banyak juga masakan dari serata dunia. Lebih 50 jenis masakan yang terhidang, agaknya apakah lauk kegemaran Ney kali ni?


Asam Pedas! Yesssss kali ni ada asam pedas dari Johor, asam pedas dari Melaka dan masak tempoyak. Fuhhhh mengancam! Asam pedas pula dihidangkan dalam claypot, dan kita boleh pilih apa kita nak letak dalam kuah asam pedas sebelum dimasak bersama kuahnya. Ada ikan, kupang, udang, ayam, dan macam-macam lagi. Kuahnya pekat, terasa lemaknya, memang sedap betul! Dah ada Asam Pedas, ada pulak Gulai Daging Tetel. Fuh kalau Daging Tetel pun buat asam pedas mesti lagi padu!





Selain tu, ada juga Beef Ribs yang menjadi rebutan ramai setiap kali Bufet Ramadan di The Westin Kuala Lumpur. Beef Ribs kat sini memang tidak pernah mengecewakan. Lembut, juicy, dan manis je rasanya. Macam tu juga dengan Ayam Bakar Sambal Kelapa, first time Ney makan. Unik pulak ayam tu sebelum dibakar, disumbat penuh dengan sambal kelapa. 






Gulai Keting Kambing Keluak pun mantap jugak sampai boleh ratah macam tu je sambil cicah dengan roti canai. Lagi satu signature kat sini, Westin Briyani dengan Roasted Lamb seekor! Pelbagai jenis makanan lain lagi lah ada kat The Westin ni seperti ketam masak lemak, murtabak, kebab, roti john, satay, lemang pulut hitam, ketupat, kebab, yong tau foo, kerang rebus, char kuey teow, nasi ayam, dan lain-lain lagi.









Bab pemanis mulut pulak, sampai rambang mata! Ada pelbagai jenis kek, kuih muih tradisional, buah-buahan, aiskrim dan juga yougurt! Tahu kenapa rambang mata? Sebab kalau di The Westin ni, dessert diletakkan dalam bilik yang berlainan. Kira macam melangkah masuk je bilik tu terasa macam syurga dunia! 

Juadah Iftar Kampung di The Westin Kuala Lumpur berharga RM158 seorang bermula 19 Mei hingga 12 Jun 2018. Kanak-kanak dibawah 4 tahun, masuk PERCUMA dan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun akan menerima 50%  diskaun.



Tapi satu lagi yang menarik, Ramadan kali ini kalau korang berbuka puasa di The Westin, korang berpeluang menikmati Pesta Durian - makan sampai puas! Hah bukan setakat Bufet Ramadan untuk berbuka puasa tapi Bufet Durian pun ada rupanya. Kalau korang dah memang bayar Bufet Ramadan, korang cuma perlu tambah RM18 je seorang untuk join Bufet Durian pulak. Untuk yang tak ambil pakej Bufet Ramadan Dinner, korang boleh jugak join Bufet Durian, cuma bayar RM48 sahaja seorang. 

Manakala kepada yang ada membership reward   SPG, Marriott Rewards dan The Ritz-Carlton pula layak untuk dapat special discounts up to 8 orang! Beyond Dining dan Club Marriott members pula layak dapat 20% discount untuk maksima 10  orang dan major bank cardholders juga layak menerima 20% discount! Tapi untuk Bufet Ramadan je ye. Tak valid untuk Pesta Durian tadi!

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi Westin Dining di talian 03 2773 8338 aau ke laman web www.thewestinkualalumpur.com/ramadan-bukapuasa untuk maklumat lanjut. Jangan lupa follow mereka di Instagram & Twiter @westin dan juga Facebook: www.facebook.com/Westin.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook