Bayar Bil Boleh Menang Mini Cooper?

11:06 am



Tengah kemas rumah tadi, Ney baru sedar banyak bil belum dibayar. Dah nak penghujung May ni cepat je rasa masa berlalu. Tengok timbunan bil PTPTN, UMobile, Celcom, TNB, dan macam-macam lagi bil yang sampai rasa serabut kepala. Tapi sekarang zaman dah maju. Macam-macam medium boleh kita guna untuk bayar bil dan slaah satunya ialah JomPAY .




Ney setiap bulan menggunakan JomPAY untuk langsaikan semua bil kerana ianya amat mudah digunakan. JomPAY ni ni salah satu mekanisme untuk membayar bil korang, dan beroperasi dibawah Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Dengan menggunakan JomPAY ni, pelanggan bank boleh membayar bil menggunakan Mobile Banking, Internet Banking, atau ATM . Mudahkan? Sangat convenient, pantas, dan selamat untuk bayar bil.



Lagi seronok Ney nak bayar bil menggunakan JomPAY ni sebab mulai hari ni hingga 30 September 2018, ada contest! Wah bayar bill pun ada contest menang hadiah? JomPAY tadi baru je melancarkan Kempen Fire This Baby Up: JomPAY Like a Champion and Win yang menawarkan hadiah sejumlah 2.3 juta termasuklah dua buah kereta limited edition Mini Cooper! Wah lepas ni bayar bil je pun, siapa tahu boleh menang Mini Cooper sebijik?


Semua orang boleh join contest ni dengan hanya save JomPAY billers sebagai "favourite" dalam Internet Banking untuk 40 jenis bank di Malaysia ni. Pemenang hadiah utama 2 orang akan menerima sebuah limited edition Mini John Cooper Works setiap seorang yang yaan diumumkan pada bulan Julai dan Oktober 2018. Bukan tu je, setiap minggu dan setiap bulan akan ada hadiah cash rebate dari bank-bank yang terlibat dan hadiahnya sejumlah RM1,700,000 untum dimenangi!

Kempen ni sebagai reward la untuk korang. Bila-bila masa dan dimana sahaja kita boleh bayar bil menggunakan JomPAY dan servis ni percuma untuk klrang cuba. Apa lagi? Ayuh kita bayar semua bil menggunakan JomPAY! Nanti boleh balik raya haji naik Mini Cooper kan?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S