Warisan Bonda: Bufet Ramadan di Ambassador Putrajaya

9:17 am



Masih dalam mood berbuka puasa sempena beberapa hari lagi menjelang Ramadhan ni. Dan Putrajaya, masih menjadi pilihan kegemaran Ney untuk berbuka puasa lagi tahun ni, cuma kali ni Ney cuba pula Ambassador Putrajaya.





Sempena bulan Ramadhan ini, Ambassador Putrajaya akan mengadakan Bufet Ramadan dengan tema Warisan Bonda. Nampaknya walaupun berada jauh di perantauan, kita masih boleh menikmati juadah masakan bonda di Ambassador Putrajaya yang terletak di Presint 15, Putrajaya. Hah kalau nak kesini memang sangat mudah! Google Maps atau Waze sahaja "Ambassador Putrajaya" nescaya korang tidak akan sesat untuk ke sini.






Lebih 60 jenis lauk pauk dan menu menarik bakal terhidang di depan mata korang sempena bulan Ramadhan nanti. Bila suap ke mulut je nanti pasti korang menitis air mata teringat masakan bonda di kampung. Ye, Ney tahu mana ada orang boleh lawan masakan Ibu kita kan? Tapi atleast Bufet Ramadan Warisan Bonda  ni boleh mengubat sedikit kerinduan. Memang sedap-sedap semuanya!

Antara juadah yang disediakan sempena bulan Ramadan yang mulia ni ialah Daging Salai Masak Mangga Muda Lemak Cili Api, Sambal Udang Petai, Lemon Chicken Butter, Sambal Sotong, Ikan Dory Sweet Sour, Ayam Goreng Berempah dan macam-macam lagi. Baca nama lauk pun perut dah kriuk kriuk berbunyi.






Menariknya, di bahagian luar dewan pula terdapat gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai makanan lain yang ada. Antaranya pelbagai jenis cucur seperti cucur jagung, cucur ikan bilis, dan cucur udang. Ada juga keropok lekor, pisang goreng, karipap dan macam-macam lagi. Ada juga gerai lain seperti mee sup, laksa, mee kari, kambing golek berperisa lemon, chicken wing, seafood bakar, hah macam-macam lah! Terlalu banyak makanan sedap terhidang di Ambassador Putrajaya ni.

Bukan sahaja makanan semua sedap belaka, kemudahan yang disediakan juga lengkap. Surau berada di tingkat 3, tandas cukup besar dan bersih, landasan jalan untuk OKU juga ada dan sangat memudahkan, macam-macam lagi.


Tak mahal sangat berbuka di sini, untuk dewasa cuma RM68 dan kanak-kanak pula RM38 sahaja. Untuk kumpulan besar yang mungkin nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai ke, ada harga istimewa untuk 10 orang cuma RM580 sahaja! Hah menarik kan? Untuk maklumat lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi:

Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 
Persint 15, 62050 Putrajaya


Telefon:
Farah : 016 - 6700 457
Hanis : 016 - 6700 752
Rezza : 016 - 6700 473
Liana : 016 - 4318 434


Selamat berpuasa semua!

You Might Also Like

2 comments

  1. Waaaa meriah !
    Sis lain² ok lagi, tp bila nampak itu kambing adeiid eiii x bole tahannn

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook