Rencah Nusantara Bufet Ramadan di The Everly Putrajaya

4:46 pm



Salah satu tempat wajib untuk Ney berbuka puasa setiap kali bulan Ramadan, pastinya The Everly Putrajaya. Kalau tahun lepas, ada tema Warisan, Kini Selamanya... tema tahun ni pula ialah, Rencah Nusantara - 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa. Dengar nama tema pun dah macam wow sangat!  Wah agaknya apa yang menarik tahun ni?


Sebenarnya 4 Chef ni ialah Chef Ismail dari Pantai Timur, Chef Mario dari Utara, Chef Syukri dari Selatan, dan seorang lagi Chef Jamal dari  kawasan Barat atau Tengah Semenanjung Malaysia. Hah gitu 4 penjuru la senang cerita. Pelbagai signature hidangan masing-masing dipertengahkan, dan bakal menambat selera kalian semua.



Kalau dari Pantai Timur pastinya kita ada Ikan Patin Masak Tempoyak, di Selatan pula ada Asam Pedas Daging Tetel dan paling menarik dari Utara ada Mee Kuah Daging! Fuh semua menyelerakan tapi paling Ney gemari masa ke previu Bufet Ramadan di The Everly Putrajaya ialah Mee Kuah Daging, resepi istimewa oleh Chef Mario. Katanya, orang rumah yang dari Utara, dan Mee Kuah Daging ni resepi asalny oleh mak mertua Chef Mario, tapi telah diolah sedikit. Kuahnya pekat, manis pedas sedikit, dan dagingnya sangat lembut. Mesti susah kan nak masak Mee Kuah Daging ni?






Selain tiga menu utama ini, kelihatan juga beberapa variasi makanan lain seperti udang goreng oat, kebab, kuey teow goreng, tempura sayur, mee sup utara, kambing golek, sup gearbox, apam balik, dan macam-macam lagi lah. Terlalu banyak untuk disenaraikan apa yang ditelan dalam perut ni. Tu belum masuk part dessertnya lagi, lepas tu air pun rambang mata nak minum yang mana. Tapi air Madu Tiga tu memang sangat sedap! Eh Madu Tiga? Hehehe.






Bagi Ney, untuk kawasan Putrajaya, dan bufet ramadan di dalam hotel, The Everly Putrajaya harganya agak berpatutan iaitu Early  Bird RM88 (promosi berakhir 18 May 2018) dan harga normal RM98. Untuk big group of friends atau majlis berbuka puasa syarikat ke, The Everly Putrajaya menwarkan kemasukan percuma 1 orang untuk setiap 10 tempahan. Oh ye, untuk kanak-kanak dan warga emas pula, diskaun 50% diberikan untuk yang berumur 6 hingga 12 tahun, dan warga emas berumur 60 tahun keatas. Lagi tawaran menarik sempena bulan Ramadan ni, Pakej Penginapan 1 malam beserta bufet berbuka puasa untuk 2 orang hanya berharga RM369 sahaja! Boleh la tidur lena, sahur dan berbuka di The Everly Putrajaya kan?



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh whatsapp +601163186029 atau hubungi mereka di talian +60388922929. Jangan lupa juga follow mereka di Twitter @TheEverlyPutra atau Instagram @theeverly_putrajaya atau Facebook The Everly Putrajaya.

Ops, siapa nak menang voucher berbuka puasa di The Everly Putrajaya? Hah stay tune updates di Facebook page ieyra.com okayh?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook