Backpacking: Bulan madu ke Hatyai, Thailand dengan kos RM200

9:29 am


Ingat tak dalam entry sebelum ni tentang bulan madu di Pulau Langkawi, Ney cakap honeymoon kitorang macam program TV Romantika kan? Hahaha! Ye Episod 01 di Pulau Langkawi, Episode 02 di Hatyai, Thailand! Dan macam biasa, sebelum update di blog ni, kisah travel kami ni dah viral di Twitter dan blog lain. Betul ke dengan kos RM200 untuk 2 pax, boleh travel ke Hatyai?




Honeymoon Episod 02: Hatyai, Thailand

Murah sebab kami memang berada di Kedah, selepas balik dari Pulau Langkawi. Dari Alor Setar ke Padang Besar, Komuter paling awal ialah pada jam 7:30am. Perjalanan kira-kira 45 minit sahaja. Tiket harga RM5.70 seorang. Sepanjang perjalanan boleh lah feeling tengok bendang. Sampai je kat Padang Besar kira-kira jam 8:20am, cepat-cepat beratur kat lane beli tiket ke Hat Yai. Kaunter buka jam 9:00am tapi kalau korang sampai awal pun, beratur je sebab Q panjang gila!




Train yang Open Window tu ada 2 waktu je:

Dari Padang Besar ke Hat Yai:

9.55am & 2.40pm (waktu Malaysia)



Dari Hatyai ke Padang Besar


730am & 2.00pm (waktu Thailand)






Kat sini kena ingat procedure dia:

1. Beli tiket ke Hat Yai - RM7 / 50 baht.

2. Keluar dari kaunter tiket, terus ke pintu sebelah ambil white card. Better bawak pen sendiri. 

3. Terus beratur untuk ke Immigration Malaysia

4. Beratur lagi untuk cop stamp masuk Thailand di kaunter Immigration Thailand.

5. Masuk train, free seating. Kalau masuk awal, boleh cop tempat duduk tepi tingkap sebab open window menarik tengok pemandangan.








Procedure kat atas ni makan masa almost 3 jam maybe sebab weekend dan cuti sekolah. Mohon kaki masing-masing kuat lah bertahan ye. Train sepatutnya schedule bertolak ke Hat Yai jam 9:50am tapi procedure panjang sangat, jam 11:00am baru bertolak.



Perjalanan 45 minit sekejap je dah sampai. Oh ya, kalau nak beli sim kad better kat kedai luar je orang cakap lagi murah. Dalam tren diorang jual 200 baht . Kami tak beli simkad sebab dah save offline maps siap-siap dalam Google Maps.




Destinasi pertama kami ialah Kim yong Market iaitu pasar basah dan pasar kering. Ni tempat orang selalu shopping la. Dari Hat Yai Junction ke Kimyong Market korang boleh jalan kaki je! Tak payah lah naik tuktuk sangat hah alahai 650m je pun. Oleh sebab kami tak berminat nak beli apa-apa di Kim Yong Market, kami jalan-jalan je tengok. Tapi beli jugak la barang orang kirim  iaitu kacang almond 100 baht untuk 200gram dan ikan bilis spicy 100 baht untuk 500gram. Ala, orang kata kudap-kudap gitu haha! 



Lepas tu terlepak pulak kat kedai GG Coffee House beli Iced Van Houten Cocoa 40 baht. Lepak minum dulu sebab nak check-in guesthouse awal sangat.




Then sebab dah bosan, jam 12pm tu kami gerak ke guesthouse yg kami dah booking. Yes, jalan kaki lagi. Kami booking Get Guesthouse, 500m dari Kim Yong Market. Dekat Agoda harga dia RM62. Kami ada voucher Eatigo, redeem utk Agoda RM50. Bayar RM9.70 je bilik tu after segala rebate dari Eatigo, redeem gift card Agoda dan instant rebate last minute booking. Nak travel jimat ni kena lah jadi pengguna bijak ye.

Get Guesthouse ni Ney sangat recommended utk korang stay. Kami sendiri tak sangka room dia sebagus ini. Selain lokasi dekat dengan segala benda, dan bilik penuh barang IKEA, katil dia empuk hoi! Macam hotel, bilik dan tandas super clean! Bantal sampai 4 bijik, comforter tebal, bilik aircond, ada balkoni, towel disediakan, bukan shared bathroom, air mineral disediakan, water heatear, coffee & tea, ada TV with Astro & 55 channels, universal plug so xpayah pakai adapter, ada fridge, free toiletries, hot shower, fuh pelbagai! Oh ya, Get Guesthouse ni ada sediakan rental scooter 300 baht je utk 24 jam, and shuttle service ke Central Festival Mall. Mudah untuk kemana-mana. Kalau nak jimat sebab berdua je, better sewa je scooter, baru 300 baht untuk sehari! 



Masuk jam 2 petang, perut mula kriuk kriuk berbunyi keroncong. Terus kami mulakan langkah ke Kai Tod Decha, restoran yang memang sangat popular disebut oleh Malaysian yang datang ke Hatyai. 850meter dari Get Guesthouse, dan ya kami jalan kaki je. Tak terasa jauh bila lalu dibawah laluan kedai-kedai yang teduh. Kai Tod Decha atau Decha Fried Chicken Restaurant ni, 90% dlm kedai masa Ney datang tu ialah Malaysian. Haha!



Kedai ni kalau korang datang, kena ada tahap kesabaran yg tinggi sebab seat susah dapat dan azab menunggu makanan ambil masa 30-40 minit. Di Kai Tod Decha, kami order Mixed Tomyam size kecil (150 baht), Ayam Goreng (50 baht), Nasi Putih sepinggan (15 baht), Bubble Iced Tea yang dah hilang bubble sbb lambat hantar (30 baht). Total semua ialah 245 baht.Tapi takpe, sedap hahaha. Tomyam dia penuh khazanah alam dan rasa kelainan dan ayam goreng pun besar.



On the way balik dari Decha, dan dah kenyang tu kami jalan kaki nak balik Get Guesthouse. Ye la sebab kami takde Internet. Nak request Grab ke Floating Market tapi kena balik dulu la. Tapi dalam perjalanan sempat singgah Wonderful Massage Salon berdekatan dengan Get Guesthouse. Memandangkan badan lenguh lepas habis majlis kahwin, dan baru balik travel dari Pulau Langkawi, terus rasa badan perlu rehat dan dipijak-pijak. Fullbody Thai Massage 200 baht je!!!! Untuk satu jam, harga tu murah la. Spa ni dah la ada aircond, dan wifi laju. Siap serve teh panas after massage. Paling penting, yang urut perempuan, memang peremouan. Begitu sebaliknya, takde perempuan urut  lelaki ya! Bilik urut pun tertutup ada privacy.



Balik ke Get Guesthouse, kami terus request Grab untuk ke Khlong Hae Floating Market memandangkan kalau berdua, kos tuktuk amatlah mahal. Dari Get Guesthouse ke Khlong Hae Floating Market cuma 130 baht sahaja, dan perjalanan ambil masa dalam 10 minit. Sampai je situ terus terkejut! Kereta Malaysia dah la bersepah, pastu kawasan niaga tu sesak dengan rakyat Malaysia tengah shopping makanan! Hahaha! 




Dekat Khlong Hae Floating Market ni banyak muslim berniaga so tak payah risau sangat. Ney mmg target nak melahap je kt sini hahahaha. Baiklah Ney nak listkan apa aku beli jap.



Thai Kanom Luk Chup - Fruit & Veggie Shaped Mung Beans.

Diperbuat daripada mung beans, gula, santan, dan jelly. Rasa dia manissssssss. Tapi menarik utk dicuba. 20 baht je utk 7 ketul ni.


Khanom Kruk - Thai Coconut Pudding.

Ni memang faveret Ney la. Pi Thai ka, Laos ka memang aku pelahap benda ni paling banyak. Rasa mcm kuih cara gitu. Cuma yg ni dia asingkan gula, hang tabur la banyak mana. Harga 20 baht jugak.


Khai Nok Krata Thod - Thai Fried Quail Egg

Alaaaaaa telur burung puyuh tu? hah. dia goreng. haha. comel kan? Pastu dia tabur white peppers and kicap. Ney muak sampai tak habis. 20 baht jugak!


Khai Jiao - sejenis omelette ada inti mussels, sotong dan taugeh. Kenyang makan omelette gini. 30 baht je pun!


Comel kan? Nak beli air dalam bamboo 20 baht tp bamboo habis. Soh Ney beli air kelapa dalam cawan ultraman ni 20 baht. Ada macam2 jenis cawan. Refreshing gila air kelapa dia.


Pastu beli baby nenas, 25 baht. Buah wajib beli bila datang Thailand haha! Tapi manis gila lah. Ada yang lagi kecik harga 20 baht.


For dessert makan pulak crepe chocolate ni hah 35 baht. Amboih makan tak henti kat Khlong Hae Floating Market ni. Lagi banyak dari makan kat Decha sbb street food murah belaka. Puas!



Ada jugak orang tanya tak pi Khlong Hae Seafood ke yg viral uuuu? Malas aku serabut habis 300 baht makan situ. korang nak makan seafood kt Floating Market ni pn banyak. Pad Thai, Som Tam, Mango Sticky Rice semua ada. Lengkap serba serbi.

Masa ni, dalam hati aku: "apesal la kita habiskan sampai 245 baht makan kat Decha td? kat Khlong Hae Floating Market ni nilai sama pn macam-macam boleh melantak" 😔


Dari 6 petang sampai 8 malam duduk sini, makanan pn banyak dah habis terjual. Total habisla dalam 170 baht je untuk makanan. Lepas tu nak balik macam blur sbb takdak internet. Macam mana nak request Grab? Mujur ada terjumpa budak-budak Malaysia 8 orang tengah nak cari tuktuk. Maka kami bayar 50 baht sorang untuk balik town.


Yang kelakarnya, budak- budak tu pun nak turun sama tempat sebab terhasut dengan kami. Kami dok promote shopping Air Meiji kat 7-Eleven lah, promote Wonderful Massage murah lah. On the way balik guesthouse, kami pun singgah 7-Eleven.  Hahaha! Sebab orang kata kat sini wajib try Meiji tu. Gigih la kami dok shopping kejap. Total semua ni 64 baht.


Pagi esoknya, seawal jam 630am dah jalan kaki slow-slow ke Hatyai Railway Station. Ye lah, dekat je kan? Kami terus beli tiket ke Padang Besar, untuk train pertama pagi tu jam 730am.  Naik tren jam 730am takde orang sangat dan tak perlu bersesak.

Kesimpulan:

1. Nak jimat banyak jalan kaki. Nak rent scooter pun 300 baht je sehari. Lagi jimat dari naik grab .

2. Ney tak shopping baju ke apa sebab harga kat padang besar lagi murah haha! Makan heaven and murah la di Hat Yai.

3. Activity banyak boleh try. Mall banyak boleh terjah. Depends budget maing-masing je.


Kami dah selalu travel. Pi Hat Yai pun pakai baju Hat Yai beli kt Padang Besar RM15. Hahaha so focus travel selalunya bukan sshopping.But more to makan & melawat tempat-tempat best ❤️

Next time maybe boleh lajak ke Koh Lipe pulak? 😅

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook