Tips DIY persiapan perkahwinan - mudah dan jimat!

5:59 am


Life is hectic since early 2018 for my wedding preparation. Tak sempat nak karang panjang dalam blog sendiri, Ney sempat update Twitter je buat thread. Hajat hati, nanti senang nak refer semula masa nak tulis blog haha! Sampai dah viral sana sini thread tu, ni baru ada masa nak menaip di blog. Alhamdulillah, Ney dah berjaya diijabkabul dengan suami, Shafiq pada 11.8.18 yang lepas... dan almost everything are DIY!


Sebenarnya Shafiq dah ajak Ney kawen since 2016, masa dia confess dia suka Ney. Hahaha! Tapi tu lah, dah terbiasa kawan sejak 2010 lagi, masa dia confess pun Ney tak tahu react macam mana. We just follow the flow. Untuk someone yang dah pernah heartbroken and depress teruk macam Ney, nak accept lelaki memang agak aneh rasanya. Tapi tu lah orang cakap, bila kita follow je the flow lama-lama jatuh sayang juga. Fast forward to 2018, hah selama dari dia confess tu memang tak prepare pun walaupun dia ajak kawen ke apa. Dalam hati macam "Ye ke dia ni nak kawen dengan aku?". Malas la nak letak harapan tinggi menggunung sangat kan. Tetibe early 2018 around end January baru nampak dia serius yang amat sebab ajak beli cincin kahwen tetibe hahaha!. Masa tu dah decide nak kawen August 2018 since we both born in August and 8 definitely our favourite number. Hari raya ketiga haritu dia datang dengan family masuk meminang, dan bayangkan ada few months je nak prepare? Apa je yang seharusnya dilakukan? Hah sebelum tu boleh baca Panduan Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk entry sebelum ni 🤭


1. Guna aplikasi atau website wedding planner.

Ney guna The Knot. Actually web ni based in US. Malaysia ada apps WeddingLah tapi macam sendu. Tak update hosting la apa menyusahkan haha! So dalam web wedding planner macam ni, it is more like organizer or planner for us to prepare wedding. Dari checklist, dan flow apa yang perlu kita prepare dia akan guide. Lagi best dia ada fungsi RSVP dan website wedding kita sendiri untuk invite kawan-kawan secara digital. Mudah dan jimat kan?


2. Pilih tarikh yang sesuai, elak hot dates.

Kami mula-mula nak 18.8.18, konon obses bebenor dengan nombor 8. Tapi baru sedar tarikh cantik tu popular. Kebetulan hari pertama cuti sekolah, dan dekat dengan hari raya haji. Ahh, vendor venue, catering, semua ramai dah fully book! Tak boleh jadi ni, terus tukar 11.8.18. Hahahahahahha! Biar tak cuti sekolah pun, senang. Dan kami pilih nikah di waktu pagi, dan resepsi di waktu malam. Taknak panas! hahahahaha. 




3. Pilih venue wedding

We both love beach so much. Dan kami berusaha cari mana-mana wedding venue yang jimat tepi pantai .Mula-mula konon nak buat kat hotel senang semua dah ada. Tapi mostly area Cherating sana, Allahu jauhnya. Mujur ada kenalan suggest Mawar Villa Batu Hitam yang rupanya terletak di Pantai Batu Hitam je! Ada lah dalam 5 minit je dari rumah. With white huge villa, betul di tepi pantai memang cantik . And we love it! So kami decide nak buat disini. Terus lock date. Sewa tapak cuma RM2000, bilik di Villa sepatutnya kena booking atleast 10 bilik, tapi kami ambil booking dari guest kami. Kira RM150 sebilik. Tak sponsor sesiapa haha! Jimat. Alhamdulillah, 26 bilik di Villa habis dibooking. 

Mawar Villa Batu Hitam
Kg Sungai Karang Pantai, Kuantan
Tel: 0102991209



4. Pilih bridal untuk pelamin

Asalnya nak deko sendiri pelamin tapi macam payah juga takde siapa nak dikerah tenaga. Mujur Ibu ada kenalan, iaitu Abang Qhairy! Abang Qhairy ni ada bridal sendiri iaitu Dekorasi Ilham Kreatif di Kuantan ni. Tapi sebab kami nak buat sesimple yang mungkin, no fancy sangat dan asalnya nak kain and bunga sikit je. So dapatlah dengan harga RM750 untuk upah deko dan sewa barang dia. Sebab nak jimat, kami minta pelamin without stage, or jackstand oe benda lain lagi sebab semua dah prepare sendiri. Kain & bunga je diperlukan haha! Mujur juga Mawar Villa willing to build pelamin batu ala ala Istana Frozen. 

Dekorasi Ilham Kreatif
Instagram: @dekorasiilham
Tel: 0199096773




5. Pilih pakaian untuk nikah dan resepsi

Sebagai seorang blogger, Ney ni banyak gila barang kat rumah termasuklah lambakan kain haha! Tapi kebetulan lah, mak mertua bagi kain sari dari India, warna cream gold. Kami pun buat keputusan, nikah pakai warna cream, resepsi warna putih. Baju Ney waktu nikah, baju kurung moden makcik yang jahitkan. Cuma beli kain alas  lining di Nagoya, kos RM60. Untuk resepsi pulak baju dress putih yang dibeli di Shopee berharga RM159. Plain dress je tapi sepupu dan makcik tolong modified bagi cantik dengan letak beads and lace. Tudung dah dia bagi free sekali baju.



Shafiq pula untuk nikah pakai baju melayu cream dibeli di Kamdar harga tak lebih RM50. Around RM44-48 macam tu. Untuk malam, dia recycle je suit di rumah. Pakai ler apa ada. Blazer warna silver, kemeja putih, seluar hitam tangkap muat. haha! Untuk kasut pula, Shafiq beli di Bata, kasut Polo RM80 dan Ney beli kasut heels di Pasar Karat Ipoh, dengan harga RM15. Haha!


6. Dulang hantaran

Untuk penjimatan unggul, kami decide pakai Dulang Nyiru je untuk diletakkan barang hantaran, dan dulang kayu pallete tu. Kos beli Nyiru cuma RM5 per dulang. Dulang kayu pallete tu pula ialah RM10 per dulang. Dan sebab kami nak jimat, kami buat 3 dulang dari pihak lelaki dan berbalas 5 dulang dari pihak perempuan. Barang hantaran pula kebanyankkannya barang yang kami dah guna sebenarnya haha! Apa je barang dapat masa pergi event pun ada kat atas dulang.

Dari pihak lelaki:.
- Rantai emas (ni dia bagi masa birthday Ney sebelum kahwin lagi haha!)
- Mas kahwin RM22.50 dan cheque hantaran, dan cincin kawen.
- Telekung travel yang dah lama Ney beli haha! 

Dari pihak perempuan:
- Jam & Kasut PUMA
-  De Essence Perfume by MD. (thank to En Maizul, my lecturer yang sponsor. Boleh check FB: Perfume by MD).
- Handphone Blackberry (yang ni dia memang dah guna setahun! haha)
- Al-Quran dan rehal dapat masa event
- Kain pelikat & sejadah yang dapat kat event haha.


Reuse je lah apa ada ye. Beli pun yang murah-murah discounted price dah. Dulang hantaran ni sebagai menutup mulut makcik-makcik bawang je. Oh ye, dulang hantaran semua di deko sendiri je. Lagi best, sehari sebelum nikah pun dulang hantaran tak siap deko lagi. So kawan baru datang dari Sarawak, terus tolong deko haha! 

Dulang Nyiru: 0128231073
Perfume by MD: Facebook Perfume by MD

Jom Shopping Shopee! Use my referral code NEYRA223 to get rm7.00 off off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/bqfg34k



7. Kad Kahwin

Firstly, Ney memang decide nak guna digital invitation using website TheKnot je, mudah RSVP terus dan masuk guestlist. Tapi ye lah, orang tua mana nak moden macam ni. Last minute kami decide buat jugak physical card tapi dalam kuantiti sikit. Mahal pulak! Mujur ada ICetak di Kuantan, yang offer cuma RM180 untuk 300 pcs kad double side bewarna sekali dengan sampul, 1 guestbook, dan 3 banner penunjuk arah berwarna.


Kad kahwin Ney design menggunakan aplikasi Canva. Pilih template sedia ada dan tukar wording je. Lepas tu untuk peta pulak, ayah dan Ney lukis guna Microsoft Power Point. Haha! Lepas tu kami hantar ke ICetak semua softcopy, dan mereka tolong cantikkan apa yang patut. Alhamdulillah, siap cantik!

ICetak Production
Website: www.icetak.my
Tel: 01110859869


8. Goodies / Door Gift

Kami decide doorgift mestilah dalam botol kecil yang senang carry, masuk dalam handbag atau poket. So kami beli botol kaca size 30ml macam tu di SFF, 75 sen sebijik. 75 sen ni harga lepas discount sebab SSF Members. Actually, boleh dapat lebih murah di kilang sekitar KL atau Selangor tapi fikir payah nak angkut balik ke Kuantan, additional cost lain lagi, beli je la 75 sen ni sebab 70% off dari harga asal haha.


Untuk isinya pula kami beli Kopi Che Nah terus dari kilangnya. Mudah, sebab kilangnya di Chenderong Balai, Perak which is dekat dengan kampung ayah. So makcik tolong bawakkan balik Kuantan sebab dia duduk Pahang, tapi ada balik kampung haritu kejap kat Perak, dia belikan. Haha! Kami estimate 15kilogram untuk 500 botol kaca, tapi makcik beli 21 kilogram .Haha! Banyak gila lebih extra buat jamu orang minum kopi la jawabnya. 21kilogram Kopi Che Nah, RM200.



Untuk guest biasa takde goodie bag. Bagi terus sebotol kopi macam tu. Tapi untuk VIP which is rombongan pengantin lelaki dari Kedah, kami letak botol kopi yang sama, dan juga kuih suji brunei dan tart nenas dalam botol kaca sama dan serunding yang di pack dalam bekas kecil lepas tu letak dalam goodie bag lutsinar (yang ni tak sure berapa kos sebab Ibu beli haha!). Rasanya bag lutsinar tu around 90sen sekeping, beli di Cowboy. Dasar bekas tu kami carik kapas je haha! Hah Goodies Special ni untuk 60 orang sahaja. Untuk sticker thank you dilekatkan di penutup botol kaca pula beli di Shopee, cuma RM3 untuk 120pcs. Oh ye, kuih suji & tart nenas dibeli dari Lana Cookies. RM15 je sebalang weyh!

Kuih suji dari Lana Cookies: 0148180793


9. Bunga Telur

Ibu dan makcik Ney sejenis gigih so bunga telur dibuat oleh mereka menggunakan manik dan riben. Segala jenis beads tu cantum-cantum jadilah bunga. Fuh, dashat!




Lepas tu kami tak letak telur tapi letak serunding yang makcik belikan dari Kelantan, dan gula-gula kacang dari kedai Arab. Unik kan? Sebab telur mahal, lepas tu mana ada masa nak rebus dan prepare last minute!


10. Decoration Wedding

Banyak kami beli dari Kedai Eco atau Shopee. Dari Fairylight, kain, lampu led, lilin, dan macam-macam jenis lagi benda comel. Kebanyakkannya murah sebab pos dari China so kami beli je awal-awal. End up masa wedding tu semua campak deko beramai-ramai. 



Untuk candle holder Ney recycle je dari botol kaca goodies hasil attend wedding orang lain selama ni. Rendam botol kaca ni semua dalam air cuka, nanti esoknya sticker kat botol tertanggal. Keringkan, lepas tu letak pasir pantai bagi berat sikit then letak lilin.


Untuk centerpiece table VIP pulak, Ney buat benda yang sama tapi pakai botol Kicap Jalen. Lepas tu spray warna gold, then letak je bunga haha! Senang! Pasu bunga pun Ibu DIY and recycle tin biskut Jacobs je. Haha!


11. Inai Kahwin

Syukur ada kawan tangannya berseni. Aisyah Madini, kawan Ney yang terbang dari Sarawak untuk wedding Ney. Dia yang lukiskan inai dan sebenarnya Ney tak suka berinai pun. So Aisyah tolong lukiskan design yang tak nampak sarat sangat, dan bayangkan kami berinai jam 2 pagi, sebelum hari nikah? Gila busy sampai tak sempat berinai haha! Thanks sayangku Aisyah. Kalau yang stay sekitar Kuching nak cari orang inaikan, hah boleh lah contact Aisyah: 0138286137.


12. Photographer & Videographer 

Photographer Ney upah kawan Ney sendiri iaitu Fad Ali. Lebih mudah ambil orang kita kenal so tak kekok bergambar dan komunikasi juga mudah. Fad Ali Production masa tu buat promosi, so Ney dapat harga RM1850 je pakej untuk dua sesi, nikah dan sanding, outdoor, poster frame, album, dan softcopy. Alah biasa punya rate pun tak mahal abam Fad ni. Standard Package dia pun RM2000 je. Gambar memang tiptop!

Fad Ali Production
Instagram: @photobyfadali
Tel: 0132293902


My second photographer is Amirul Seman based in Kuantan. Quite good and dedicated photographer juga.

Amirul Seman Production
Instagram: @amirulsemanproduction
Tel: 0169354793

Videographer pulak, cousin Ney sendiri, Iwan dari Four K Pictures. Untuk nikah dan resepsi, upahnya cuma RM450. Tapi ni harga sedara la. Kalau standard package diorang, pun tak mahal tau! Pakej bermula dengan harga RM599. Murah kan? 

Four K Pictures
Instagram: @fourkpictures
Tel: 0193508592


13. MUA Wedding

Untuk makeup, both nikah dan resepsi aku ambil MUA Aisha cuma RM300 je untuk both sesi. Lagi mudah, Aisha duduk Beserah je so takde additional charge for transportation. Hasilnya memang memuaskan.

MakeupByAishaSya
Tel: 0167691524

14. Catering & Kanopi

Okayh yang ni bukan aku nak recommend korang untuk guna tapi, JANGAN BOOKING!

Catering kami book Kak La Catering dari Semambu untuk resepsi malam. Nikah kami masak sendiri, kawan Ibu tolong. Resepsi je dengan Kak La ni. Dia ni ada gerai makan di Kawasan Perindustrian Semambu. Makanan memang sedap tapi tak sangka servis teruk gila! Kak La ni bossy, kita as customer pulak kena ikut arahan dia macam-macam. Demand nak meja sampai 6 lah untuk letak barang dia, demand dia yang tentukan mana nak letak food station ke apa. Aku sabar lagi masa ni.  

Lepas tu sehari sebelum nikah, waktu petang dia datang konon nak setup pinggan susun semua atas meja. Jadah awal? Kanopi pun tak siap pasang lagi masa tu. Sabar lagi. Paling tak sabar, dia mengarahkan owner Villa buat macam-macam, padan muka kena sound balik haha! Lepas tu paling aku marah, malam tu. Malam Resepsi. Dia masak ayam goreng tang tu jugak? Bukak kuali gas goreng masa tu. Yes, baguslah makan panas-panas tapi kalau kuali kawah besar takpe, ni kuali kecik macam kat dapur rumah kita. End up Q panjang, lepas tu ramai tak dapat makan ayam. Tambah bara api, habis wedding dia mintak tambahan RM1000!!! Alasan, masa wedding makanan tak cukup, dia tambah siap for another 100 pax. Padahal banyak makanan tak habis, and jemputan tak ramai. Lepas tu kenapa tak mintak consent kita untuk tambah lauk? Banned! Kak La is cancelled.

Satu lagi hal Kanopi. Villa booking kanopi untuk kami dari Berkat Maju Canopy. 2 set khemah transparent with fairy light RM1700. Kira 1 set RM850. Tahu apa jadi? One of the kemah tak functional fairy lightnya and causing whole Villa blackout dua kali. Bila komplen and bagitahu nak discount sebab khemah satu tak function whole wedding, dia putar beli macam-macam taknak mintak maaf. Berkat Maju Canopy, duit saya bayar untuk awak tu saya tak berkat kan. Makan lah duit haram. Berkat Maju is cancelled!


Orang cakap, memang dalam wedding pasti ada slack sikit sana sini. Mujur kami tak ambil full package under satu pakej je. Book asing semua so selamat sikit satu buat taik, tak semua disaster. Dah hampir sebulan kawen, Alhamdulillah dah selamat semuanya .Terima kasih keluarga, sedara mara, dan kawan-kawan yang banyak membantu. Harap tips ni banyak boleh membantu bakal pengantin di luar sana sebab lepas viral di Twitter dan Facebook, ramai jugak PM ucap terima kasih syukur tips banyak bantu mereka. Alhamdulillah. 

You Might Also Like

2 comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook