Greenfield Residence Mid Autumn Festival

9:03 am



Hujung minggu tak buat apa, sempat Ney singgah ke Greenfield Residence Sales Gallery di Bandar Sunway baru-baru ni. Kebetulan sedang mencari rumah untuk dibeli, dan Greenfield Residence buat open day sempena sambutan Mid Autumn Festival atau selalu orang panggil mooncake festival, wah terus semangat nak datang event ni. Alang-alang ushar rumah baru, ada pulak festival menarik apa salahnya kan?



Sebab tak pernah pulak sambut Mooncake Festival ni, Ney agak teruja sikit. Wahhhh meriah rupanya nak sambut festival ni. Di Greenfield Residence Sales Gallery, siap ada ruangan kreativiti reka cantik-cantim tanglung sendiri, buat doh arnab comel, dan juga buat mooncake sendiri! Memang seronok semua aktiviti yang disediakan.


Di khemah bahagian luar dewan pulak ada persembahan pembukaan oleh kumpulan 24 Drum, lawak komedi di atas pentas oleh Mr. Bean Malaysia, dan juga pengunjung bertambah meriah ketika sesi cabutan bertuah. Menarik semua hadiah yang ditawarkan. Bagua aktiviti macam ni dapat eratkan silaturahim antara keluarga, dan komuniti yang lain.

Sebanyak 816 buah rumah akan dibina dalam 3 menara yang berlainan di Greenfield Residence ni dengan setiap satu mempunyai keluasan di antara 581 kaki persegi hingga 1,302 kaki persegi. Harga pula bermula dari RM 430,000 sahaja which is Ney rasa sangat berbaloi lebih-lebih lagi untuk kawasan Bandar Sunway pulak tu! Pelbagai fasiliti juga disediakan dan diantaranya ialah infinity pool sepanjang 50 meter, sundeck, tab panas, floating gym, taman bunga, track jogging dan macam-macam-macam lagi.


Paling Ney suka mestilah lokasinya strategik. Terletak berdekatan dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Sunway Mentari, dan akses kenderaan awam seperti BRT, LRT, dan KTM. Yang berdekatan pula ada Sunway Lagoon Theme Park, Sunway Pyramid, Sunway University, Sunway Medical Centre dan macam-macam lagi. Untuk maklumat lanjut tentang Greenfield Residence, korang boleh check di www.greenfieldresidence.com.my atau telefon sahaja 03-74992066.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook