Pak Omar Champion Nasi Lemak di Publika

2:24 pm


Kalau tanya apa kegemaran rakyat Malaysia ni, mesti ramai akan jawab Nasi Lemak. Kalau tanya kawan-kawan yang datang melawat negara kita ni pun, menu wajib pasti disebutnya Nasi Lemak. Nasi Lemak antara signature traditional dish untuk Malaysia, dan orang cakap, padu nya nasi lemak tu terletak pada sambalnya. Betul ke tu?


Ney nak suggest satu restoran nasi lemak yang padu, power, lejen dan champion di Kuala Lumpur ni. Terletak di Publika, Pak Omar Champion Nasi Lemak yang terkenal dengan Ayam Goreng Berempahnya yang sangat sedap! Bayangkan ayam goreng yang disalut dengan tepung dan rempah ratus Asia lepastu digoreng sampai rangup, perghhh! Pak Omar ni dari dulu memang berpengalaman dalam kulinari masakan Melayu sebab dulu muda-mudi dia banyak luangkan masa belajar memasak di dapur kat Kamlung Baru Kuala Lumpur. Masa tahun 2013, Pak Omar masuk pertandingan memasak top 10, dan jadi pemenang. Itu yang orang dok panggil Pak Omar Champion!



Nasi Lemak Pak Omar, masih mengekalkan rasa yang sama dari dulu sampai sekarang iaitu Nasi Kukus yang mengandungi bahan-bahan seperti halia, daun pandan, serai dan santan untuk membangkitkan aroma dan rasa nasi lemak yang sedap. Untuk sambalnya pula, Pak Omar memilih  Ayam Goreng Berempah dan Rendang. Ada rendang daging, dan juga rendang kambing yang duper lembut dagingnya. Bila makan tu terasa kelembutan masa mengunyah. Dan menariknya, rendang Pak Omar tak menggunakan santan, tapi dia guna yoghurt, dan dimasak dengan Minang style.



Selain Ayam Goreng Berempah dan Rendang Kambing dan juga Rendang Daging, ada juga Sambal Sotong!  Besar pulak tu sotongnya memang akan puas hati! Hah selain sambal, kacang, dan ikan bilis goreng yang merupakan menu tambahan, Nasi Lemak Pak Omar ni ada juga Sayur Kangkung Goreng. Unik  bukan? Oh ye, kalau korang datang ramai dalam big group, kat sini ada juga Jumbo Nasi Lemak yang sesuai dimakan  untuk 3-4 orang sekaligus.




Kalau korang taknak makan Nasi Lemak,  restoran ni ada jugak Mee Siam dan Karipap besar gila haha. Mesti kenyang makan karipap Pak Omar. Lepas tu boleh jugak order menu tambahan seperti Acar Nyonya Style, Sambal Petai, Sambal Bendi dan Ikan Masin Sweet Spicy tapi menu ni based on seasonal la. Ney recommend korang try Ikan Masin tu. Dah la crispy, lepas tu rasa manis dan pedas sekata. Seronok meratah weyh.



Pak Omar Champion Nasi Lemak dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dan terletak di Block G2-A1-07, Publika, Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook