Hujung minggu di Ipoh , Perak - apa yang menarik?

10:04 am


Hujung minggu lepas waktu cuti Merdeka, lepas camping dengan Suami di Ulu Slim, Perak kami terus naik ke Ipoh untuk jalan-jalan dan tidur semalaman. Ney dan suami Ney both study di UTP, Tronoh dulu so kitorang saje singgah Ipoh nak imbau nostalgia tempat outing dulu-dulu. Ye la dulu study kami bukan bercinta pun, tak boleh nak feeling outing date macam orang lain haha! 


Kami tiba di Ipoh, dah petang. Last minute jugak booking bilik dari Agoda sebab tak plan kan? Mujur terjumpa Ipoh Discovery Homestay dan harga sangat murah dan berbaloi RM33 je satu malam! Lepas check-in di Ipoh Discovery Homestay kami decide nak jalan-jalan sekitar bandar atau pergi cari tempat makan best. Masa tanya kat Twitter, ramai suggest makan di Miker Food di Padang Polo, Ipoh. Puas juga berpusing-pusing sana sini rupanya betul tengah-tengah kawasan padang tu hah!



Sedap dan berbaloi makan di Miker Food. Terutamanya Meat Pizza by Chic Pizza! betul-betul sedap homemade pizza diorang.  Chicken Chop pun sedap, moist and tebal. Terbaiklah suggestion semua orang. Dah kekenyangan, kami ronda sekitar bandar Ipoh malam tu. Hajat hati nak ke Gerbang Malam tapi......hujan lah pulak!


Esok paginya kami ke Menglembu untuk ziarah rumah makcik Ney. Wah sampai je betul-betul langkah kanan! Makcik tengah ketuk siput sedut masa tu. Sedapnya siput sedut masak lemak! Lepas tu ada pulak Gulai Daging & Ayam Goreng Spicy hasil air tangan Acik Ti. Kekenyangan kami terbaring depan TV masa tu.


Lepas tu kami ke bandar Ipoh dan dan decide untuk ke Ipoh Parade. Ni memang nostalgia habis. Sebab kampung arwah embah pun di Kampar, Perak je so Ipoh ni bandar besar terdekat lah untuk hangout. Dah banyak perubahan di Ipoh Parade sampai logo pun dah bertukar! Hahaha! Teringat dulu selalu beli secondhand textbook kat sini entah ada ke tak lagi kedainya. Tak jumpa pulak.



Tengah jalan-jalan terjumpa kawan-kawan pulak tengah makan kat Foodcourt Ipoh Parade. Ye lah, cuti hari Merdeka kan ramai bercuti sana sini. Masa kat tingkat atas sekali tu tengok ramainya orang kat tingkat bawah! Wahhh ada Ipoh Parade's Youth Short Film Festival lah. Mesti best kalau pi tengok finalist punyai film. Terjumpa pulak, Baki Zainal as host petang tu, sempat tegur dan borak dengan dia sambil bahan dalam whatsapp group sebab swag sangat outfit dia haritu. Kalau korang nak tahu, Ney dengan Baki pernah travel sama ke Pulau Tioman sebelum ni. Hehehe...




So dah penat berjalan tu Ney duduk la kejap layan Ipoh Parade's Youth Short Film Festival. Wah tak sangka betul anak muda sekarang creative! Masa tengok kategori Insta-Video tak berapa nak impress lagi sebab video seminit je kakan tapi bila diorang tayang kategori Amatur untuk umur bawah 21 tahun, terus rasa macam woahhhh! Kagum gila lah umur 21 tahun buat short film macam ni! Lepas tu terfikir, what I have done all this while? At age 21? OMG!

Masa tengok one of the short film: Roti Kosong by Muhammad Umar Akmal untuk kategori bawah 21 tahun, dalam hati terdetik berkata, "this boy will be a great filmmaker in the future!". mesej memang sampai, storyline menarik dan teknik sinematografi nya memang mantap. Tak sangka umur bawah 21 tahun buat filem terbaik macam ni and guess what? Roti Kosong menang!

Rasanya dengan adanya pertandingan macam ni memang dapat mencungkil lebih banyak bakat terpendam remaja zaman kini. Ney ada jugak google info pasal pertandingan Ipoh Parade's Youth Short Film Festival ni and terkejut Ney dapat tahu tiada yuran penyertaan dikenakan dan hadiah agak menarik! Memang bagus sebab anak-anak muda pun rasa macam tak salah mencuba, bukan kena bayar pun ye dak? Haha! Harap lebih banyak pertandingan seumapa ni akan diadakan in future.



Sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami singgah dulu ke Kedai Soya & Taufufah Funny Mountain berdekatan Ipoh Parade. Mana mungkin keluar dari Ipoh tanpa drive-thru taufufah yang sedap dimakan panas-panas tu. Fuh terbaik! Jalan-jalan di Ipoh kali ni memang banyak imbau nostalgia dan ubat rindu kami pada Ipoh. Kena datang lagi nampaknya. Hehehe.



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S