lelaki dan perempuan, cinta kasih atau hanya kawan?

8:43 pm

lelaki dan perempuan,

cinta kasih atau hanya kawan?





apa pendapat korang tentang hubungan persahabatan yang terjalin di antara lelaki dan perempuan? boleh kah hubungan yang terjalin atas dasar kawan semata-mata? jika ya, akan wujudkah rasa berlainan di antara mereka suatu hari nanti?

lelaki mahupun perempuan sama sahaja. mungkin ya, berkawan dengan yang berlainan gender ini lebih cool kerana perspektif kedua-duanya adalah berbeza. bagi perempuan, contohnya seperti saya, saya menganggap berkawan dnegan lelaki adalah lebih cool kerana lelaki sering rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. kadang kala mereka lebih memahami daripada kawan perempuan.

berkawan dengan lelaki dan bertemankan seorang lelaki pula adalah berbeza. Teman lelaki adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja buat diri nya. Dia juga akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah yang dinamakan cinta.




selain daripada kawan lelaki dan teman lelaki, ada satu lagi yang akan wujud di antara lelaki dan perempuan apabila berkawan. contohnya, situasinya adalah anda berdua (lelaki dan perempuan) hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa berlainan terhadapnya dan seperti dalam hati ada taman tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. nescaya lah, perasaan ini tetap wujud walaupun anda menafikannya. Ini adalah kategori yang paling sukar di antara kedua-duanya. perlu kah anda mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Pendamkan perasaan dan bersedia untuk pecah berderai hati setiap kali si dia berbicara tentang gadis kesukaannya? semak otak bukan?

maka, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau kategori yang satu itu? hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan agak sukar untuk dikategorikan kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan.

Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan. Dan ya, lelaki dan perempuan tidak salah jika hanya kawan. Tidak perlu terlalu stereotype dari segi gender dalam hal-hal macam ni.


"True friendship is like sound health;
the value of it is seldom known until it be lost."


apa pendapat anda pula?

You Might Also Like

9 comments

  1. em.
    kebanyakannya hubungan berlainan gender ni sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa yang lain jugak.
    mesti ada timbul rasa sayang yang melebih2.
    ahaha.
    kira kita akan jealous bila dia rapat dengan org lain..
    kita nak ambik tau apa yang dia lakukan..
    huhu.
    tapi seeloknya kalau dah ada pasangan sendiri.
    janganlah try rapat dengan kawan yang berlainan gender.
    takot perasaan syg sesama kawan tu bertukar lain.
    (:

    ReplyDelete
  2. berkawan biar seribu,bercinta biar 4..ehehehehe. ;p

    ReplyDelete
  3. hm...in my opinion lak, x salah lelaki dan perempuan menjadi kawan. well, it's depends on how u see things. If you see a thing through a friends perspective, then u should have no problem with the relationship. u won't mind if he/she is talking about his/her partner :) kn? so..if you are the kind which is x boleh control your feelings or cepat jatuh cinta or mudah tertarik dgn kebaikan/keperihatinan yg diberi..i suggest, no need utk rapat2 sgt. it will kill u..:)

    ReplyDelete
  4. Berbeza pendapat adalh kawan yang baik
    tak kira lelaki dan perempuan~

    Jenis lelaki dalam hidup saya kompem sahabat ~aku bukan gay hahahaa

    ReplyDelete
  5. org dengan awk adik beradik kan.... wakakaka

    ReplyDelete
  6. teman atau cinta? I want both! :D

    ReplyDelete
  7. pokok pangkalnya hati...
    ada yang berkawan untuk tujuan mengenali lebih mendalam tentang wanita tersebut..ada yang hanya sekadar kawan baik/rapat tanpa sebarang hubungan perasaan berbentuk cinta...

    segalanya ada pada hati masing-masing.

    ReplyDelete
  8. i xnk kawan dgn u pun..i nk kapel trus dgn u..bak kata pepatah, ibarat cinta pandang pertama..peewwiitttt

    ReplyDelete
  9. mesti mau ingat.




    sebalik helain rambut lelaki mesti ada tanduk.




    ni realiti.
    aku laki.
    aku tau.








    hatihati.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook