CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

6:53 am




Contest lagi? bukan kah telah ku katakan tiada lg contest akan ku join bulan March ni? memang mentipu. mana nak tahan weyh kalau dah nampak contest kat blog-blog orang lain. betul sesumpah aku tak tipu, tak rugi follow semua orang. boleh dapat tahu banyak info.

Contest: Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100 ini dianjurkan oleh Diari Seorang Lelaki . anda boleh klik link tersebut atau klik saja banner di atas untuk terus lintas langsung ke blog beliau.

So, apakah yang akan aku buat kalau diberi RM100?

ada dua perkara yang akan aku buat:



1. membayar bil broadband celcom dan bil telefon celcom

separuh dari duit RM100 itu akan aku bayar bil broadband Celcom ku sebanyak RM50. biasa lah beb, aku kan guna pakej student. berbaloi-baloi walaupun sedikit hampa dengan prestasi Celcom yang kurang memberangsangkan minda sejak dua menjak ini. aku berharap dengan RM50, aku mampu memberikan sinar ultra biru di dada vodafone modem Celcom ku itu. tiada lagi lampu hijau berkelip segan tak mahu. dan RM5 akan ku bayar pula bil telefon Celcom ku. RM5 je? sewa talian beb. call free, sms free yang lain semua free. nama pun 1 + 5 plan. berbaloi-baloi.

2. Sedekah kepada yang memerlukan

ingat lagi aku pernah cerita pasal adik sheila di SINI ?? RM30 akan di serahkan kepada si comel ini mcm biasa lah tiap bulan. hehehe. membantu sesama insan. sebulan sekali buat amal jariah kan. bukan dosa pun kan? dapat lah secebis pahala.

dan baki duet yang tinggal akan aku simpan. sama ada buat duit topup handphone aku atau belanja beli makanan di pasar malam setiap hari Isnin. hahaha.


apa hadiah contest ni?

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda


so, kalau minat nak join jangan segan silu mcm penguin nak beranak.
cepat-cepat tekan banner tu okayh?

You Might Also Like

5 comments

  1. hahaha cakap pasal bil celcom.. bil aku 3 bulan aku tak bayar.. habis kena bar semalam.. 2 hari xdpt guna henset akibatnya aku kerugian ada sorang awek nak belanja mcD hohoho

    ReplyDelete
  2. entry menarik + padat.. ;p

    tQ for joining & good luck..

    ReplyDelete
  3. wahaha.
    org pn nak join..
    tp entry masok draft je..
    T_T

    ReplyDelete
  4. uhuhu..tlong byrkan ntuk i jgk leh..?memerlukan jgk nih..haha..kire sedekah.uhuhu

    ReplyDelete
  5. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook