10 gagal di bumi Afrika

8:42 pm



10 gagal di bumi Afrika


PARIS – Biasanya jersi No. 10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tetapi malangnya ia tidak berlaku pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Satu ketika dulu, memakai jersi No.10 ibarat penghormatan besar sebagai pemain berpengaruh dan digeruni lawan di atas padang seperti yang dibuktikan Pele, Diego Maradona dan Zinedine Zidane.

Namun pengiktirafan yang terbina selama ini gagal diikuti jejaknya oleh generasi pemain sekarang serta jauh daripada jangkaan yang diharapkan.

Pemain seperti Kaka misalnya jelas mengecewakan kerana bermain di luar kemampuan sebenar. Berbanding dengan generasi Pele dahulu, kelibat dan percubaan Kaka langsung tidak menepati sasaran.

Hanya tiga hantaran tepat kepada rakan sahaja mampu dilakukan Kaka di depan gawang lawan manakala untuk menjaringkan gol walaupun satu, jauh sekali.

Nasib serupa menimpa Lionel Messi yang pulang bukan sahaja tanpa sebiji gol tetapi juga pulang dengan rasa malu kerana reputasinya seburuk penampilan pertamanya pada Piala Dunia sebelum ini.

Pada 2006, Messi meninggalkan padang sebagai pemain simpanan dengan kecewa selepas menyaksikan Jerman menewaskan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.

Kali ini turun sebagai pemain tonggak dan pemain terbaik dunia, Messi menerima nasib sama tetapi dalam nada lebih memalukan kerana Argentina dibelasah 0-4 sekali lagi oleh Jerman.

Jika di England, Geoff Hurst pernah membuktikan jaringan hatrik berjaya menjulang pasukannya pada perlawanan akhir Piala Dunia 1966.

Namun tidak bagi Wayne Rooney yang hanya gah di Liga Perdana England tetapi tenggelam punca seperti baru belajar bermain bola di pentas antarabangsa. – AFP


You Might Also Like

4 comments

  1. Team2 bola yg hebat tahun ni byk yg terkena voodoo.. Sekian.

    p/s: masih sediy #bra tak dpt pergi final, sobs

    ReplyDelete
  2. wahahahaha ko kan sukung anjing-betina. kalah kan? hahaha

    ReplyDelete
  3. cian argentina kalah..uhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. ish...biasalah...adat permainan..ada kalah menang..kdg2 kita tak rasa pun team yg kuat akan kalah tp sebaliknya..teruk plak tu kalah nak2 mcm argentina..bola tu bulat..:)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook