Justin Bieber VS Westlife. Dulu & Sekarang.

12:57 pm




(nowplaying: sejarah mungkin berulang - newboyz)

perasan tak, sekarang ni bila dengar lagu Baby by Justin Bieber mesti rasa meluat gila? lepas tuh siap kutuk budak umur 3 tahun menangis gila kuat hanya sebab jatuh cinta dengan Justin Bieber walalupun video dia sampai 11 juta orang view? tapi, korang ingat tak zaman sekolah korang dulu macam mana?

(nota: khususnya untuk mereka yang lahir tahun 80-90)


zaman sekolah aku dulu, dalam darjah 6 hingga tingkatan 3 kot, memang aku gila kat westlife dengan newboyz. yang lain-lain tu biasa je la tahap kegilaan aku. masa tu dah rasa admire gila kat diorang sampaikan semua album nak beli walau tak mampu mana sebab dulu duit belanja sekolah RM2 je sehari. tapi dulu beli kaset je la. letak dalam walkman senyap-senyap bawak pegi sekolah. semua keratan akhbar dengan majalah ada gambar westlife, habis aku potong letak dalam 1 folio. sampai tebal folio tu terus aku malas binding baru. tu belum part hafal biodata setiap ahli westlife. poster besar-besar dari majalah galaxy masa tu, aku tampal dalam almari. kang tepek kat dinding mak marah.


itu baru westlife. cerita newboyz pulak. masa tu kan zaman tomok tak baligh lagi? poster gedabak siap biodata dari majalah mangga tu aku tampal kat pintu almari. masa tu admire gila kat shah indrawan bin ismail ni. umur belasan tahun, suara sengau gila kan? tapi sengau tu jugak pujaan hati. then, ada trend kumpul kad gambar artis masa tu. memang gila aku tampal semua kad kat almari. style rambut syuk dengan tomok jadi kegilaan para lelaki masa tu. ala, sama jugak macam sekarang ni. rambut justin bieber yang comel tu jugak la korang tiru kan? "amoi, potong rambut saya style justin bibir boleh ka?" terkial-kial amoi kat saloon cari gambar justin bibir nak buat rujukan.

betul tak? teringat tak semua ni? jangan nak hipokrit tak mengaku. sape yang hidup se-zaman dengan aku mesti ada sedikit ciri-ciri di atas. tak dapat dinafikan mereka sangat famous. nak imbau kenangan korang tak? tengok gambar-gambar bawah ni.

New Boyz


Q-face


Boboy

GT-Boyz


Westlife


Atomic Kitten


Backstreet Boys


Boyzone

A1


Britney Spears


Hanson


M2M


N'Sync


O-Town


Sclub7


Spice Girls


Tatu


The Moffats



ingat tak mereka di atas ini? semua muka suci murni tak tercemar lagi. ada yang masih wujud hingga sekarang tapi tu pun dah berpecah belah. ada yang hilang terus entah ke mana. zaman aku dulu, semua ni antara yang HOT. dulu mana ada indie-indie band macam Hujan, Awanband, Bunkface semua tu. semua tangkap leleh je layan mamat-mamat kacak rambut belah tengah masa tu kan? britney spears masa tu pun comel-comel dara sunti je lagi. takde banyak masalah macam sekarang.

tadi, aku godek-godek almari baju lama aku. jumpa ini:





aku sampai sekarang minat diorg.

korang camne?




You Might Also Like

16 comments

  1. Masih minat pada sayangku Mandy Moore, dari dulu sampai sekarang.. (since 2000) :P

    ReplyDelete
  2. wah..teringt zmn sekolah2 dulu..kum. westlife..bsb..n'sync..moffats..britny..mmg popular... gile kumpul gmbr..lirik lagu.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CARTOON & ME

    ReplyDelete
  3. seyesly aya pon xsuke jb tuh. hehe :P

    ReplyDelete
  4. ala itu kamu...bukan kami.entah2 skrg pun kamu suka justin bieber.kan?
    kamu layan nasyid je zaman skolah

    Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

    ReplyDelete
  5. hahah td ape lg 1 eh penyanyi
    aku pun dh terlupa jap

    haa Leonardo deCaprio

    ReplyDelete
  6. tak pernah dengar pon GT Boyz tu weh. yang lain familiar la :D

    ReplyDelete
  7. hahaha. betul. setuju suma. kalu nyanyi lagu zmn2 dlu suma tau. lagu2 skrg dh xtau dah.hahaha

    ReplyDelete
  8. ahhaa..
    izyan suke sgt westlife dr wktu darjah 3 lagi tau..
    hahaha
    =))

    ReplyDelete
  9. woh..gila memory semua ni.. teringt balik zaman ddk asrama. hihi

    ReplyDelete
  10. tq..terkenang balik suma 2 (except kump. dr M'sia la..x pnah nk minat..zaman2 kat asrama, kaset & walkman dulu...artist2 ni pon banyak dah yg menghilang~

    ReplyDelete
  11. teringat dulu time 1 skolah dengan q face, nakal ooo dorang ni...

    ReplyDelete
  12. owh sungguh kenangan :)
    zaman sekolah dulu suka tengok dance BSB. kumpulan moffats pun minat jugak. penah tujukan lagu if u only knew kat 1st gf :)

    ReplyDelete
  13. hahahahahah.. yana suka westlife dengan newboyz jugak.. tapi lepas dua album dia, macam dah x ikut sangat... huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. auuww.. sy shuker newboyz dulu, kini & selamany.. sma cam awk gak ar.. cuma sy tampal kt buku lukisan besar tu sampai penuh buku tu,lps tu smbung kt belakang lg. ha3.. smpai skrang msh de lg..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S