3 hari insomnia di Kuala Lumpur. (GB gath + Drakula BFF gath)

9:45 am


3 hari insomnia di Kuala Lumpur.

(GB gath + Drakula BFF gath)




sesungguhnya aku selsema. sakit tekak. demam. dan segala bagai lagi penyakit yang datang selepas insomnia selama 3 hari di Kuala Lumpur. entri ini juga sudah tertangguh maka, aku ringkaskan cerita. konon je ringkas, tapi dah macam diari.


Hari Pertama, 09/07/2010 :




Tiba petang itu, enchek Syah dan Qiela menjemput ku. 3 budak ber-otak senget terus menuju ke kolej lama ku di Beranang, Selangor. selepas berjumpa dengan mentor tersayang dan mengambil hak milik ku apa yang patut, kami terus menuju ke Teras Jernang, Bangi untuk menjemput tuan muda Anarm. malangnya, selepas ber-GPS dan menanti terus menanti selama 2 jam, baru kami dapat menjemput Anarm dengan selamatnya. sempat juga kami bersarapan pada petang itu dengan keropok lekor, dan makan di tepi masjid.



selepas berjaya menculik Anarm, kami terus menuju ke Medan Sate, Kajang dan menyerbu Satay Kajang Hj Samuri. alhamdulillah, berjaya juga aku tunaikan janji aku untuk belanja mereka semua. terima kasih juga untuk Muaz kerana dapat join budak kepala senget makan satay.



selepas menghantar budak pendiam nama Anarm, kami menuju ke Bangi untuk misi mencari BF Qiela di McD Bangi. online bersama lappy apple rasa macam kaya seminit. terima kasih enchek BF Qiela sebab bagi pinjam lappy. sangap gila nak online sebab aku tak bawak lappy sepanjang berada di Kuala Lumpur.


dan, hari pertama ini juga segala jadual ku bercampur aduk. di sinilah insomnia bermula. sumpah, siapa yang ada di hari kejadian je tahu. Gathering Drakula BFF bermula. lepak di Bangsar bersama Hanz, Aman, Khai, dan Eifa. aku lebih banyak diamkan diri gara-gara terkedu bertemu dengan mereka. lebih-lebih lagi abang kembar 7 jam ku itu.



selepas itu, kami menuju ke Jalan P.Ramlee untuk berjumpa dengan Stephanie Liah. you are so beautiful, dear! thanks for the D&G gold pouch. alang-alang dah lalu jalan P.Ramlee itu, sah-sah sempat kami mengacau bapuk peha macam drumstik itu.selepas aktiviti melepak di tepi jalan di hadapan Rum Jungle Club macam orang tak betul, kami terus menuju ke Pusat Karaoke di Ampang. esok nak gath GB, tapi kami masih sempat ber-karaoke. terima kasih rakan-rakan sekalian kerana membuat aku jadi gila sebentar tidak cukup tidur.


Hari Kedua, 10/07/2010 :



seawal 6.30 pagi aku bangun dan blur. perlu ke mandi? pukul 7.00 pagi aku mandi, bersiap semua dan melakukan pengorbanan kredit telefon ku untuk menelefon rakan-rakan blogger yang aku pasti belum tentu bangun. ringkaskan cerita, selepas driver ambil, dan menuju pula ke rumah Ariff Shah untuk menjemput beliau, kami bertiga bersarapan di Patio di kawasan USJ berapa entah aku pun tak pasti. selepas itu menuju pula ke mana ye? menjemput FeezMior di tepi highway dan terus menuju ke Putrajaya sebelum Qiela dan Mr. BF nya membebel kami lambat. Gathering GengBlogger (GB) di Taman Cabaran, Putrajaya. berjaya menemui lokasi yang sepatutnya selepas mengharungi pelbagai presint yang ada. tiba di sana 10.30 pagi. terbaik kan lambat?


Gathering GB adalah best walaupun hanya 70+ blogger dan rakan yang hadir, tapi berjaya juga menemui rakan-rakan alam maya di alam realiti. nice to know all of you. sorry if aku tak banyak cakap atau menegur. bukan sombong, cuma aku segan. aku malas update gambar banyak-banyak di sini. maka sila lihat SINI dan SINI. maaf lah, aku rasa kalau aku upload pun macam gambar sama je dengan korang. hahaha!



tengah hari itu sempat aku, Paeh dan Fazreen pergi ke Alamanda mencari makanan. lapar hokayh! makan crispy popiah, beef kebab, and watermelon juice. kenyang! selepas itu terus menuju ke Taman Cabaran semula tapi kami tak join masuk sesi perbincangan dalam bilik khas tu. kami buat mini gath kat luar je. dengar talk pasal blog dari Tan Sri Piratz sambil baring di atas lantai menikmati angin sepoi-sepoi bahasa melayu. mereka semua ni aku dah pernah jumpa so, takde lah segan sangat.



selepas tamat GB gath pada pukul 5.30 petang, aku, Syah, dan Ariff menuju ke Midvalley. hampir sesat sebentar hasil gabungan GPS aku dan Ariff. tiba di Midvalley, lepak pula bersama JoeGrimJow di Food Court. dinner aku malam itu Crispy Chicken Chop. sempat mengacau Khai dan pasangannya berdating di McD, dan selepas itu kami berjalan-jalan dalam Midvalley dan The Gardens.


kegilaan kami bermula di dalam Midvalley. masuk ke kedai yang ada. dan baru tahu rupanya Ariff Shah sangat teruja melihat peti ais. Syah pulak sebagai persediaan kot? Joe pun sama teruja. then, kami lepak pula di sofa dalam kedai tu sambil menonton TV yang ada. best betul korang buat macam rumah sendiri ye?


tiba-tiba dahaga. menuju ke Gardens, and lepak makan dessert. Terima kasih kepada joe merangkap bos herbalife yang belanja kami dessert petang itu. aku makan Strawberry Lola. sedap! tapi tak habis. sejuk!


selepas hai hai bye bye dengan joe... aku, syah, dan ariff menuju ke Bangsar untuk menjemput Hanz dan Aman. disinilah gathering drakula BFF bermula lagi. menuju terus ke Ampang Point selepas menjemput mereka. di sana, bertemu dengan Sis Emyra dan Sis Julia merangkap kakak-kakak tersayang Khai. jumpa jugak mereka semua sebab sebelum ni kenal di FB je. dan terharu betul sis emyra tegur aku dulu before aku tegur dia. kenal pulak ye saya yang bernama syahirah. sian dia pelik macam mana aku dari kuantan ada kat sana tibe-tibe. sis julia pun tegur sebab tiba-tiba dia teringat aku ni double S dalam FB. cis. cis.



main bowling macam tak hengat dunia. masuk longkang banyak kali itu sudah pasti la. sampai lenguh tangan aku ni. tapi korang memang happening! best gila! pstt...gambar-gambar yang ada itu sila lah email ye. hahaha. terima kasih Khai, sebab belanja bowling malam tu walaupun kamu tak main pun gara-gara sayangkan kuku anda.

lepas main bowling, lepak pulak Restoran Nurin kat Ampang. makan cheese nan sambil tengok Syah berdengkur atas meja. sian dia penat bawak kereta kan? malam itu juga Ariff berjaya hisap shisha buat pertama kali nya. sian dia jadi budak nakal lepas lepak dengan kami. then, borak-borak dan berlaku satu kejadian aku tertinggal sesuatu di Nurin. patut hati rasa tak sedap je sebelum balik malam tu. rupanya memang sah tertinggal! damn! apa-apa pun, thanks again to Khai yang belanja makan malam itu.

then pergi USJ, jumpa Feez and her BF. lepas tu pulang ke rumah dan tidur. masa tu dah lalok sangat tapi sempat borak-borak dengan Feez before tidur. apa kita borak eh? aku pun tak henggat!


Hari Ketiga, 11/07/2010 :



pagi-pagi lagi dah kejut Feez bangun tidur. sebab aku dah janji dengan Julia
untuk lepak sama-sama before aku pulang ke Pahang dan dia pulang ke Penang. lepak bersama Paeh, Julia, dan Piratz di Papa Rich, Bandar Sri Permaisuri. kami kecewa dan merajuk dengan Aman Firdaus kerana tidak angkat phone dan tak dapat join kami. anyway, thanks to Julia kerana belanja kami hari itu.

after hantar Paeh kat KTM Salak Selatan, then Julia hantar aku ke Pandan dan aku bertemu bersama Ben10 ku, si Ben10 pula hantar aku ke hentian bas. thanks kamu sebab cari dan belikan tiket untuk kite. and thanks sebab teman kite untuk beberapa puluh minit. sayang kamu ketat-ketat.

****************************************

berjaya update semuanya dalam satu entry. penat tahu! now, aku nak qada' tidur yang tak cukup-cukup lagi ni. zzzz...


You Might Also Like

22 comments

  1. anam pendiam? wow... sama ;p

    ReplyDelete
  2. hehe bgs2 eratkan ukhwah

    ReplyDelete
  3. Gyahahhaahahaha~

    gile la cite smua skali.. kalo pic kat bowling tu i bg, kompom lagi byk gambo.. terima kasih sbb bercerita habis2an..

    thanx sbb dtg jumpa kami smua kat sini.. appreciate it.. psl pouch yg ilang tu siyes i tak taw kalo khai tak bg taw.. sabo aje la, beli baru oke..

    hopefully dpt berkumpul ramai2 lagi mcm ni dan kalo dpt bercuti di mana2 nanti ngan blogger2 lagi best..

    sumpah penat sgt drive kete 2 hari tak cukup tidor.. taapi, ia menyeronokkan dpt spend masa ngan kwn2..

    take care.. moga berjaya di utp nanti.. kirim salam sama jerung ye? gyahahhahahaa~

    ReplyDelete
  4. sangat syok ok ku baca entri aktiviti mu..ahahahaha...jelez..ku rasa la kan,klu ku disana,mybe ku pon byk diam..ahahahaha

    ReplyDelete
  5. Ehehehe.. Detail gila entri dah macam diary.. Hehehe.. Twin, next time turun KL, kita lepark2 overnite plak eh.. Kali ni u datang, masing2 kepala tahap barai punya.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. scromix; kamu pendiam ke? tak lah diam sgt mcm anarm

    x-po; gyahhahahaha~

    syah; peluh2 i update. kahkahkah. td kan, i kuar ngan my ex..tgk pouch E72 dia i rasa nak nanges. waaaaaa...kenangan di Nurin betul!
    ayat last tu mmg kena ade ke syah tiap kali u komen? cis

    apiih; jeles kan? hahahaa

    khai; kami je barai, u tak barai pon aritu. cis. cis. jangan lupa janji i-city mu!

    ReplyDelete
  7. cis.. diary iera..
    amat kejelesan disitu..

    ReplyDelete
  8. kuat gile ko berjalan bro .

    ReplyDelete
  9. ummmmpre hehehehehe......x per nt kiter lengkap kan jadual.....kiter jalan2 lg kaw hehehehhe.....tapi kene lah info dengan hanz hehehehe....sebulan awal kekekeke...takut kene keje....apew pun eyra thank...sudi jumper kiter orang yang gile ini heheheheh ummmmpreee ehehehe

    ReplyDelete
  10. eh i barai gak.. hehe.. even x tunjuk je kat depan korang.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. luth, jeles ke? Haha

    azry, hahaha exhausted giler kot

    hanz, eyra dtg 1st week of august insyaallah. Sila sediakan hadiah siap2

    khai, eleh u tu. I dtg jauh2 u ta completekan jadual i pon. *ungkit pasal icity lagi* hahahaha

    ReplyDelete
  12. wahh.
    macam penat je kat KL.
    hahaha.
    sama cam apiih.
    kalau org pn mesti banyak diam.
    d:


    ENTRY BARU ; Teringin Bela Hamster Tapi....

    ReplyDelete
  13. annadzirah ; akak tido beberapa jam je. kepala barai layan mereka

    ReplyDelete
  14. sedap nye dessert 2..
    meleleh air liur aku..

    ReplyDelete
  15. diraja; im happy i have friends like them

    shahir; hahahaha sila terliur. murah je. rm6.50

    ReplyDelete
  16. spatutnya bold italic besarkan font bagi kaler merah kat statement "kami kecewa dan merajuk dengan Aman Firdaus kerana tidak angkat phone dan tak dapat join kami"
    hahahaha

    ReplyDelete
  17. btol2. bagi besar font Aman Firdaus tue. Sebesar yang boleh. Ahahaha~

    ReplyDelete
  18. tak dpt pergi..sibuk dgn orientasi..huh!

    ReplyDelete
  19. julia and aman; korang mmg pasangan bahagia. hahaha


    fitri; next time ade lg :P

    ReplyDelete
  20. wakakakakaka!siyes cam aku bace diari hidup ko utk 3 ari wei.terbaikkk ar.muahaha.

    ReplyDelete
  21. WOIT.. kta borak ape pn aku dh lupa ah..hehe..masing2 dh mamun kn..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook