Kad Jemputan ke Gathering GengBlogger

7:40 am


Kad Jemputan Ke Gathering GengBlogger

bajet bunyi macam letak kad jemputan ke majlis perkahwinan aku je. ye lah, sekarang macam trend jimat kos sejak setem naik harga ni. semua jemputan perkahwinan melalui Fesbuk atau Belog masing-masing. scan je kad jemputan sekeping, upload kat Fesbuk lepas tu tag nama kawan ramai-ramai. lepas tu, siap boleh create event dalam Fesbuk so tak payah susah-susah nak pegi pos kad jemputan perkahwinan kan? dah jimat banyak kos. kesian posmen kurang kerja. dah lah gaji naik. eh merepek.


sebenarnya nak jemput semua orang datang Gathering GengBlogger ni. atas permintaan enchek joegrimjow kacak suruh aku buat promosi kat sini, dengan suka rela aku menaip entri ini di belog ku yang semakin ringan tanpa chatbox dan banner. oh! harap maaf ye, atas permintaan kakak liza, kakak nass, abang syahirul dan abang khai terpaksa saya membuang chatbox buat sementara waktu ini. berbalik kepada isu utama kita,apa itu GengBlogger (GB)? GB ialah sebuah laman ping sosial yang beralamat rumah di sini (sila klik!) dan akan mengadakan gathering pada 10 Julai 2010 di Taman Tasik Putra, Putrajaya. ye rakan-rakan blogger, tinggal seminggu sahaja lagi. Tema gathering kali ini ialah ‘Unlocking the secret of your childhood memories’. Jangan tanya aku sebab aku pun baru tentang tema itu.

Aktiviti yang akan diadakan di gathering ini:

9.00-10.00 : Pendaftaran
10.00-1.00 : Suai kenal + games
1.00-3.00 : Makan + solat
3.00-4.00 : Sharing session
4.00-5.00 : Aktiviti bebas + bergambar

aku adalah jarang pergi gathering blogger atau tweetup di mana-mana. sebab aku malu-malu penguin. tapi untuk gathering ini, InsyaAllah aku hadirkan diri. beratus-ratus blogger akan menyertai gathering GB ini, dan kepada sesiapa tidak kira lah blogger atau tidak yang mahu datang ke gathering ini, boleh lah hadirkan diri tanpa sifat kemaluan yang ada ye. bawa lah mak, ayah, pakcik, makcik, datuk, nenek, bapak gula, mak ayam, anak ayam datang memeriahkan majlis. aku boleh jamin semua blogger-blogger kacak dan cun melecun akan hadir ke gathering GB ini maka, jangan lepaskan peluang mencuci mata.

untuk sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk:



You Might Also Like

6 comments

  1. hoho
    thx u thx u
    camni baru best pomot2

    ReplyDelete
  2. ye saya pegi.. gyahahahahahhhh

    ReplyDelete
  3. uih syahirul gelak mcm someone
    hahahahah
    pegi juge!
    ketemu d sane ;)

    ReplyDelete
  4. nak pegi gath pon kne ade borang pendaftaran ker??Ahahaha

    ReplyDelete
  5. http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/2010/07/promosi-gathering-gengblogger-di.html

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S