Mari menderma untuk anak yatim #TWTUPKASEH

9:22 am


siapa kata dunia maya ini tidak berfaedah? kalau kita guna cara yang betul, faedah untuk diri sendiri dan orang lain tu wujud disitu. main Twitter dikatakan buang masa? tidak. kalau anda berjaya libatkan diri dengan kerja-kerja amal seperti yang akan diceritakan selepas ni. apa itu #TWTUPKASEH?

#TWTUP adalah Tweetup iaitu meetup/gathering pengguna-pengguna Twitter. dah banyak kali saya join #TWTUP. selain dapat kenal pengguna-pengguna Twitter yang lain, dapat juga share any info and knowledge sesama mereka. so, apa itu #TWTUPKASEH? #TWTUPKASEH adalah salah satu Program Lawatan Kasih Twitterjaya ke Rumah Anak Yatim Amal Kasih Bestari di Kampung Melayu, Subang. Penganjur utama #TWTUPKASEH adalah Aida Suraya yang saya kenali dari Twitterjaya: @AidaSue.



#TWTUPKASEH di Harian Metro (Khamis, 16 Jun 2011)
artikel asal: Harian Metro Online


#TWTUPKASEH di Berita Harian (Ahad, 26 Jun 2011)
artikel asal: Berita Harian Online

#TWTUPKASEH akan diadakan pada 2 Julai 2011 di Rumah Amal Kasih Bestari, yang beralamat di Lot 5930 Jalan Jati, Kampung Betik, Kampung Melayu Subang 40150, Shah Alam Selangor (Bersebelahan Pasar Tani & Plaza Perabot). peta jalan ke Rumah Amal Kasih Bestari:


Apa yang diperlukan oleh anak-anak ini ialah wang, sponsor, pakaian sekolah dan persiapan hari raya, buku, alat tulis, makanan dan pelbagai lagi yang boleh didermakan. Bagaimana untuk menderma? Online Banking ke akaun Maybank: 162106784493 ( Aida Suraya ) atau melalui Cek diatas nama: “Rumah Amal Kasih Bestari” atau anda juga boleh dermakan sahaja terus ke anak-anak yatim ini ketika #TWTUPKASEH. Pelbagai aktiviti juga akan diadakan di #TWTUPKASEH. sebarang pertanyaan boleh menghubungi Aida Suraya melalui Twitter @AidaSue atau melalui email: [email protected]

Bila lagi nak buat amal jariah kepada anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan seperti ini? sekurang-kurangnya ada manfaat bersama dari aktiviti seperti ini. mari hulurkan bantuan kepada mereka. selamat beramal!

Update #TWTUPKASEH Donation (29 Jun 2011): RM 16,157.00.
Terima kasih pada semua yang menderma pada anak Rumah Amal Kasih Bestari :)

You Might Also Like

3 comments

  1. yahoooo!!!tambah lagi sorang tukang promote.kan best kalau kaya,senang sikit nak derma duit.hahahaha

    ReplyDelete
  2. love to join charity project. insyaAllah, will be there...just 5 minutes from my home

    ReplyDelete
  3. dah ramai buat entri ni
    nak tolong promote jugak la

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S