SELAMAT HARI GURU, pendidik!

4:50 am





16 May. Hari Pendidik. dengan kata lain, Hari Guru. semua yang pernah bergelar pelajar pasti tahu tarikh keramat ini bukan? siapakah pendidik? Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara.Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Pendidik di dalam islam pula adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu menyampaikan Ilmu Fardhu Ain atau Ilmu Fardhu Kifayah. dan mendidik itu adalah amanat Allah s.w.t dan tugas mereka adalah mulia.




zaman aku sekolah dulu, Hari Guru lah hari yang ditunggu oleh aku dan rakan-rakan. terutamanya ketika zaman muda mudi ku di SK ASSUNTA CONVENT, Kuantan, Pahang. berebut pergi ke Koperasi Sekolah yang kecik dimiliki oleh Kedai Buku Men Men itu. segala bagai benda yang boleh dijadikan hadiah kami beli untuk guru-guru kami. dari sebatang pen, hingga lah sebuah diari. ye la, masa sekolah rendah mana cukup wang mahu beli hadiah mahal-mahal. belanja sekolah pun hanya RM2 sehari. alhamdulillah, aku perolehi 5A di dalam peperiksaan UPSR. semua di atas jasa-jasa guru yang mengajar ku. zaman peperiksaan UPKK ku di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah, Kuantan, Pahang aku lupa pula keputusannya berapa. aiyyaaaa..maaf ustazah-ustazah ku.

*niat di hati mahu post gambar-gambar zaman kurus ku di sekolah rendah, malangnya tiada scanner*



sekolah menengah ku pula di SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. atau lebih dikenali sebagai SMART. 5 tahun sisa pengajian menengah ku dihabiskan disini. dan terlalu banyak kenangan di kelas 1 Gigih, 2 Gigih, 3 Dinamik *Kelas Bahasa Arab*. dan di zaman nakal ku 4 Sains Gigih dan 5 Sains Gigih *Kelas Lukisan Kejuruteraan*. kenangan di SMART bersama guru-guru yang sangat sempoi hingga bertemu di Berjaya Megamall atau di pusat snooker berhampiran juga masih boleh lepak bersama. Alhamdulillah, aku memperolehi 6A 2B untuk PMR, dan.. errr... 3A 3B 2C 2E untuk SPM. aiyaaa. sangat teruk. Terima kasih guru! dan termasuklah guru-guru tuisyen aku di Educare Study Centre. percaya atau tidak, hingga ke hari ini aku masih hubungi mereka.



zaman kolej. ya, aku baru sahaja mengakhiri zaman kolej ku di Kolej Profesional Mara Beranang dalam bidang Higher National Diploma in Computing Business IT. 3 tahun 6 bulan yang sangat memberi kesan kepada ku. segala penat lelah, menitisnya peluh kami hingga ke titisan terakhir dan bersengkang mata menyiapkan tugasan yang diberi *kami tiada final exam, hanya assignment semata-mata* akhirnya, alhamdulillah aku memperolehi cgpa 3.34 di sana akhirnya dan bakal bergraduasi oktober ini. terima kasih kepada mentor dan semua pengajar yang tersayang. sayang kalian dunia akhirat.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan yang bergelar pendidik. dan terutamanya juga kepada mereka yang pernah mendidik aku. tidak akan aku berdiri sini, hari ini tanpa kalian. cahaya ilmu yang diberikan akan aku manfaatkan sebaik mungkin untuk masa hadapan ku. Selamat Hari Guru juga kepada rakan-rakan yang sudah bergelar guru, atau yang akan bergelar guru terutamanya kepada Cikgu Mohd Hafizuddin, Cikgu Mariyam, Cikgu Shafaza Zara, Cikgu Nurul dan Cikgu Nur Khairunnass maaf jika ada nama yang tidak dinyatakan disini. aku tidak mengetahui nama rakan-rakan blogger dan twitterer lain yang bergelar guru. Selamat Hari Guru juga untuk sepupu-sepupu ku, Cikgu Marsitah, Cikgu Hasnor Izwandy, Cikgu Mohd Aidil, Cikgu Noor Aida. Diharapkan kalian akan terus menjadi pendidik bangsa. Ini untuk kalian semua:


Allah understood our thirst for
Knowledge, And Our Need To Be Led
By someone wiser;
He needed a heart of compassion,
Of encouragement, and patience;
Someone who would accept
The Challenge Regardless Of The
Opposition;
Someone who could see potential
And believe in the best in others . . .
So He made teachers.
A good teacher is like a candle,
it consumes itself to light the way for others
and a good teacher is a master of simplification
and an enemy of simplism.

♥ ♥ ♥





Photobucket

Hidup Untuk Memberi

You Might Also Like

5 comments

  1. selamat hari guru. rindu kat cikgu2 sekolah... ko SMART ke dulu? aku dulu SHAH Pekan..

    ReplyDelete
  2. hang SHAH? sepupu ku skolah sana

    ReplyDelete
  3. ni budak pandai nii. mesti hormat guru.... hahahaha.

    patut ah guru2 sayang lebih....

    ReplyDelete
  4. haip. tak pandai la. hailaaaa...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook