Review: The Hunger Games

5:01 pm


The Hunger Games, sebuah filem diadaptasi dari novel hasil karya Suzanne Collins. sebenarnya saya tak tahu pun ada novel The Hunger Games ni. tahu pun sebab Nadhrah beritahu tempoh hari, "Aiman beli novel The Hunger Games guna Baucer Buku 1Malaysia". LOL. Maka, planning secara tiba-tiba, saya dan adik kandung saya, Iqa dan adik bangau saya, Marzuki Kamal terus buat planning gila nak tengok The Hunger Games pukul 1020malam. Biasalah, TGV Cinemas depan rumah sekangkang kera macam ni tak perlu planning beriye. bila-bila pun boleh terjah tanpa risau tiket tiada.


Tapi macam biasa, novel adalah novel. filem adalah filem. biasanya filem diadaptasi dari novel ni tak sama sangat. Dalam filem The Hunger Games, hidup atau mati itu adalah pilihan yang penting. Dalam bandar atau negara entah, ada 12 Districts atau bahasa melayunya, daerah. Dan setiap daerah, ada 2 wakil. maka, setelah ditolak dicampur darab bahagi, 24 orang dari 12 daerah berlainan akan menentang satu sama lain dalam Hunger Games, dan hanya seorang yang terselamat akan menjadi pemenang.


Katniss Everdeen yang berumur 16 tahun, lakonan Jennifer Lawrence tinggal bersama emaknya dan adiknya, Prim Everdeen yang berumur 12 tahun. Setiap hari, Katniss keluar mencari makanan untuk mereka sekeluarga dengan menggunakan kemahiran memanahnya. Katniss akan masuk ke hutan bersama kawan baiknya, Gale lakonan Liam Hemsworth. Ketika hari pemilihan, nama Prim terpilih dan Katniss menawarkan diri menjadi sukarelawan menggantikan adiknya. Katniss dan Peeta Mellark lakonan Josh Hutcherson menjadi wakil District 12 untuk bertarung dalam Hunger Games. Sebelum memasuki Hunger Games, mereka dilatih oleh mentor mereka, Haymitch lakonan Woody Harrelson. Haymitch merupakan pemenang Hunger Games yang terdahulu, berasal dari District 12. Maka, berjayakah Katniss memenangi pertarungan dalam Hunger Games?


Dalam The Hunger Games, kita boleh lihat betapa gigihnya Katniss nak bertahan untuk hidup, demi emak dan adiknya. Semangat yang dia ada dia gunakan dalam Hunger Games untuk berjaya mengharungi semua rintangan Hunger Games dan kekal hidup. Ada jugak elemen romantik dalam filem ni. menjadi konflik bila Katniss dan Gale sebenarnya menaruh hati pada suatu sama lain tapi di Hunger Games, Peeta meluahkan perasaan bahawa dia dah lama jatuh cinta pada Katniss. dan dalam pertarungan, mereka menjadi kekasih District 12 dan menarik hati semua penonton Hunger Games. tapi Katniss tidak terlalu hilang fokus dan masih terus kuat bertarung untuk pulang. Saya suka teknologi dan imaginasi filem ni. Aksi yang ada pun menarik. habis telefon saya gigit-gigit saspen. terjerit pun ada sebab terkejut. sedih jugak masa salah satu peserta mati. penuh emosi betul lah cerita ni. tapi, saya geram juga bila tak tahu Katniss piih Gale atau Peeta akhirnya. 


Rasanya, belanja RM13 untuk tiket wayang yang mahal tu tak rugi untuk menonton filem dengan durasi selama 142minit ni. Katanya, ada dua lagi filem sekuel The Hunger Games akan menyusul selepas ni. Berapa bintang? 4 bintang dari 5 bintang.



You Might Also Like

2 comments

  1. filem ni mmg awesome la.. belum tgok dh tahu dh mmg awesome..

    wajib tengok ni!

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook